sebab aku percaya kat kau

Bismillah.

Tadi, tengahari semalam lepas lunch dan setelkan beberapa perkara di UTM, Sarah pergi ke Herbalife Pick Up Center kat Tebrau sekejap. Which, tetiba jadi laaaama pulak. phewh.

Pergi dengan semangat sebab nak ambil luggage free sebab qualify promotion Herbalife bagi. hehew. Drive dengan happy, jalan pun smooth je takda traffic jam.

Selesai ambil barang, reverse kereta. tetiba dengan bunyi pop pop pop pop centu. sudah la. ingatkan bunyi apa. sekali tayar kereta dah lebik penyek pancit what so ever nama dia -,-

Nampak macam simple leper terpenyek kan.

Masa tu sensorang. Kawasan tu macam sunyi bukan takda orang tapi macam takda orang. So dengan happy nya mencuba sendiri cabut tayar, kononya nak tukar dengan tayar spare. gigih masuk bawah kereta sebab nak ambil tayar spare. taaaaapi tools nya takdak. haha. ingatkan tayar tu dia sangkut centu je rupanya kena ada putar putar guna tools agaknya baru buleh cabut hehew.

Jadi gigih cari orang. maka nampak sepasang suami isteri, minta izin kat puan isteri nak pinjam encik suami sekejap. tolong tengokkan tayar kereta. encik suami tu tak pandai. dia tak buleh tolong. takpe, usaha lagi.

Allah dan janji kan, bersama kesusahan ada kesenangan. lepas dah usaha, sekali kan, baru perasan kat hujung jalan tu ada kedai tayar kereta. Alhamdulillah :D Allah sangat baik Alhamdulillah.

drive slow slow bawa kereta pi kedai tayar, uncle tu pun tolong. lama jugak lah. baru terfikir nak call suami ayah bagitahu tayar kereta problem. sekali bila uncle tu cabut tayar kan, haaaa kau. macam ni ha kondisi tayar nya.


Haaa. nampak simple je tadi terpenyek kan. rupanya dah rabak dah ya Allah. memang oh memang.

---

That creepy moment

tiba tiba terfikir, 

Allah jugalah  yang menjaga keselamatan Sarah masa Sarah drive dari KL-Skudai kelmarin. 

Allah jugalah yang menjaga keselamtan Sarah masa drive dari rumah ke Tebrau tadi.

Allah jaga tayar ni okay sepanjang perjalanan. Allah bagi tayar rosak masa tengah parking, masa nak reverse kereta. masa jalan tak crowded. masa kat hujung jalan ada kedai baiki kereta!

Allah.. Nikmat TuhanMu yang mana lagi kau nak dustakan Cik Sarah? T.T (Mafhum surah Ar Rahman)

Seram sangat bila fikir. ohh kalau lah tayar pecah masa drive KL-Skudai, dengan memalam buta, sensorang pula tu. Ohh tak dapat bayangkan. dengan bawak laju gila pula masa tu. ohh. Astaghfirullah.

---

The Alhamdulillah moment

Sebelum pergi Tebrau tu, baru closing sales. dapatlah untung dalam RM200 centu. Alhamdulillah. Then terus bank in kat Maybank Tmn U.

Sekali kan, tukar tayar kereta harga RM200. phewh. Alhamdulillah! Kalau tak lagi mahal, tapi bila senyum sengih buat muka comel kesian kat uncle tu, dia bagi RM200. hehew.

Tapi kan, nak jadikan cerita, masa tu dalam purse ada RM50 jek. takda cash banyak. Jadi lepas uncle tu betulkan tayar kereta kan, Sarah pun cakaplah kat uncle tu,

"Uncle, saya takda duit cash. ada RM50 je. Uncle ambil jela dulu RM50 ni, saya pergi cari ATM kejap"

"Okay, kalau macam tu Amoy, you pergi kat petronas. keluar sini, belok kiri, terus lepas tu ke kanan. ada nampak petronas sebelah kiri"

"Okay uncle. thanks. bagi saya 10  minit nanti saya datang balik"

---

That overwhelming moment

Lepas dah keluarkan duit RM200 tu, patah balik kat kedai tu, and bayar balance RM150 pada uncle tu.

Then, saja tanya kat uncle tu soalan ni

"Uncle, kenapa uncle percaya yang saya akan patah balik pergi kedai uncle nak bayar balance? buleh je saya balik terus uncle"

"Sebab i percaya sama lu amoy. sebab you muslim pakai tudung besar, mesti baik punya, takkan lari maa"

"o macam tu ye uncle. thanks uncle"

*sebak*

Rupanya Muslim di Malaysia masih mendapat tempat yang istimewa di hati uncle ni.

Serious sebak. Allah..

Uncle tu percaya kat saya sebab saya comel Muslimah and pakai tudung besar (read: labuh) Allah. mudahnya nak sampaikan islam. pakai elok elok tutup aurat elok elok dah dapat trust orang.

Saya percaya, mesti sebelum ni, uncle ni pernah berurusan dengan orang Muslim, dan Muslim tu tunjuk contoh, attitude dan akhlak yang baik pada uncle ni. kalau tak, tak mungkin uncle ni percara or beri good image about Muslim. buleh je uncle tu nak ikut saya pergi keluarkan duit. tapi tak, dia duk tunggu kat kedai. atau suruh pekerja dia ikut saya. tapi tak.

Sebab dia percaya.

Jadi saya just nak ucapkan terima kasih, kepada that Muslim whoever they are where they lives yang pernah berurusan dengan uncle ni, sebab dah berakhlak dengan akhlak yang baik pada uncle ni. banyak pahala korang. sebab dah buat uncle ni percaya pada Muslim. Alhamdulillah. Biiznillah ;)

So guys, never under estimate good attitude or akhlak kita pada orang. just do good and be good to others. people will respect you insya Allah.

---

Okay itu je nak cerita. balik jalan jem. kononnya bajet nak balik awal buleh elak jem. sekali, huuu. Ada hikmah di sebalik semua ni, insya Allah.

Okay, jap lagi nak gerak balik Bangi balik. horey!

Bismillahitawakkaltu 'alallah! ;)

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.