Menjemput Kekasih

Bismillah.

Bila kekasih hati nak datang rumah, kemain mop lantai, cuci lantai depan, vacum satu rumah, ha segala bagai buat.

Eceh. Itu standard la kan. Time Abang dulu,masa Kak Azie nak mai rumah, kemain Abang buat centu. Tetiba jadi rajin. Ehe.

---

So, Ramadhan dah nak datang. Tetamu agung, bulan agung, takkan tak nak buat preparation kut?

Dah ada check list amal wajib sepanjang Ramadhan ni? Nak baca Quran berapa banyak kali? Nak khatam berapa kali? Nak qiyam banyak mana? Infaq? Berapa kali nak sponsor orang berbuka? Wuu banyak tau pahala orang yang beri makan orang berpuasa. 

Rindu pula zaman bulan Ramadhan jatuh tengah sem, nanti ramai abang kakak datang iftar kat rumah. Best sangat. Bonding makan rapat :') 

My suggestion, banyakkanlah baca buku berkenaan Ramadhan, belajar dan taaruf dengan tetamu agung, kekasih hati kita, barulah feeling sikit nak sambut si kekasih hati. Saya suka buku "Indahnya Ramadhan Di Rumah Kita" tulisan Dr. Akram Ridha. Superb! Siapa nak beli buleh pi Masjid Jamek. Belilah belilah. Tak rugi pun. Serious best dan bermanfaat insya Allah :)

---

Dan, Halovate: Contengan Jalanan, kalau nak baca as jentikan ringan kepada hati, silalah baca. Sarah nangis baca buku tu. Persediaan Ramadhan, the masjid hopping, and how Hlovate cerita cana yang Ramadhanni bukan setakat lapar dan dahaga je, bukan setakat tahan hawa nafsu je, it is more than that, there are many more things you have to explore about Ramadhan.

Kalau susah sangat, klik Langitilahi.com kat situ pun seriously banyak sangat artikel bermanfaat untuk preparation Ramadhan.

---

Kalau Umi,

Umi dari dulu sampai sekarang, kalau nak Ramadhan je, memang habis satu rumah dibersihkan. Mop lantai, basuh langsir, basuh lantai, vacum, segala macam hal buat before Ramadhan. 

Umi is the one yang didik kitorang untuk sambut Ramadhan sungguh sungguh. Sambut Ramadhan macam nak sambut Eid Fitri. So kitorang biasanya kalau nak Raya, uh tak buat pape pun. Takde nye time Ramadhan nak gigih cuci rumah semua. Umi kata, time Ramadhan, fokus ibadah. Nak buat kuih raya pun, gitu gitu aje. Idok nye hari hari terakhir Ramadhan nak duduk lelama kat dapur. Kan?

---

Okay, moga Allah sampaikan kita dengan tetamu agung, Ramadhan dan dapat melaluinya cukup 30 hari dengan penuh taqwa. 

Moga kita dapat keistimewaan Ramadhan.

10 hari pertama rahmat
10 hari kedua keampunan
10 hari ketiga pembebasan dari api neraka

Allahumma ameen.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back