kerana kita punya nafsu

Bismillah.

Ramadhan hari kelima selesai Alhamdulillah. ambil masa satu minit jom untuk muhasabah apa yang kita dah lakukan hari ini.

*satu minit berlalu*

baik. moga Allah memanjangkan umur kita, memberi kita kekuatan untuk berpuasa dengan penuh iman dan taqwa, agar dosa dosa silam kita terampun, serta memberi kita ruang dan peluang untuk berjumpa dengan laylatul qadr.

---

Korang pernah dengar tak pasal momentum? Momentum ni sangat berkait rapat dengan inertia. pernah dengar tak pasal inertia? 

Momentum haruslah tahu kan. inertia ni, analoginya macam ni. 

seorang lelaki berlari 100 meter dengan pantas, sampai ke garisan penamat lelaki tersebut masih lagi meneruskan larian dengan lari lari anak.

okay. sepatutnya dah sampai garisan penamat stop la kan apekehei nya nak sambung lari. tapi mana buleehhh. tak logik. sebab momentum larian yang laju tu still ada kat kaki, so terpaksa stop slow slow. itulah inertia. 

kalu definisi omputeh nya ini

the tendency of a body to resist acceleration; the tendency of a body at rest to remain at rest or of a body in straight line motion to stay in motion in a straight line unless acted on by an outside force.

---

apa kaitan nafsu dengan inertia?

pernah terfikir tak kenapa masa bulan Ramadhan ni, masih ada lagi yang buat maksiat. okay kalau bukan maksiat pun, kenapa kita masih lagi rasa malas malas nak solat awal waktu, nak banyakkan tilawah quran, nak solat sunat, nak jadi rajin. susah bangun sahur. susah sangat nak qiyam. malas nak terawih. kenapa jadi macam tu?


kalau kita dah biasa tidur lewat, time Ramadhan pun kita akan tidur lewat dan berkemungkinan akan tertinggal sahur. sedangkan ArRasul ada mengingatkan kita pada sahur itu ada barokah. kalau kita dah terbiasa solat akhir waktu, time Ramadhan pun kita akan solat akhir waktu. tiada perbezaan.


pernah terfikir tak kenapa benda ni berlaku?

sebab nya inertia tu tadilah. bila kita punya momentum malas tu tinggi melangit, time syaitan takda pun badan masih lagi dalam mode inertia malas. momentum tu masih kuat. sedih kan? sebenarnya tu nafsu. nafsu yang kita kena belajar untuk kawal.

sebab tu orang orang mukmin kalau nak sambut Ramadhan, preparationnya ha kau dua tiga bulan awal. alah, macam orang nak kahwin atau orang nak sambut raya. mesti korang dah siap tempah baju raya kan? dah beli kain or shopping sesiap kankan? ehe.

dan sebenarnya dia terkait juga dengan iman. kerana Ramadhan ni hakikatnya satu marathon yang panjang. persediaan kena cukup. memang lemaulah kita kalau masa hari pertama Ramadhan baru nak siapsiapkan diri. memang kemungkinan besar untuk rasa lemah, takda semangat or syu'ur (perasaan) nak sambut Ramadhan dalam keadaan yang sangat best tu takda.kalau iman atau hati kita tak bersedia untuk dilatih tubikan dengan latihan yang berat sepanjang Ramadhan, memang awal awal dah out dah. sedih kan kalau jadi macam tu kat kita.

---

Sharing dari Ustaz AaGym (one of my favorite Ustaz from Indonesia) katanya;

moga Allah memberi kita keupayaan untuk mengendalikan diri kita sendiri. kita tidak akan celaka andai kita dapat mengendalikan nafsu kita sendiri, insya Allah.

contohnya seperti kita membawa kereta. yang mengendalikan kereta itu kita. jadi secara logiknya yang akan membawa kereta tu dengan selamat atau tidak, adalah diri kita sendiri. *muhasabah diri. uhu*

sebenarnya, mengendalikan hawa nafsu, atau jihadun nafs ini adalah fardhu ain, betul betul sebuah priority kita. yang perlu kita titik berat setiap hari, setiap saat. kadangkala kita seringkali sibuk menyelamatkan diri kita daripada musuh luaran, sedangkan musuh utama yang ada dalam diri kita sendiri tidak kita kendalikan dengan betul. nak lawan musuh luaran senang gila kacang peas. sebab kita nampak. tapi yang lagi susah bila nak lawan musuh dalam diri kita sendiri, sebab kita tak nampak! seram sangat kaaannnn.

ramai orang jatuh kerana tak dapat mengendalikan hawa nafsu. kadang kita merendahkan diri kita hanya kerana tak dapat kawal marah. perasan atau tidak, marah itu juga suatu nafsu. kan? *muhasabah lagi*

kadang kita sibuk berkerja, sibuk mencari duit untuk meyuap rezeki pada keluarga, sibuk belajar, sehingga terlupa menyibukkan diri untuk mengendalikan hawa nafsu. percaya atau tidak, bila nafsu kita terkendalikan dengan baik, insya Allah kerja dan ibadah seharian kita akan jadi lebih produktif, akan jadi lebih baik. kerja kerja kita akan mendapat hasil yang berlipat kali ganda insya Allah.

---


saya yakin dan percaya, kalau saya dan anda dapat mengendalikan dengan baik nafsu kita sepanjang Ramadhan, insya Allah kita akan sangat mudah nak lawan hawa nafsu kita di luar Ramadhan. kerana kita sudah dapat mengawal diri kita sendiri. 

cuba bayangkan kalau masa Ramadhan pun kita tak dapat kawal diri, yang mana time tu syaitan durjana tu takda, nanti kalau time syaitan ada laaagilah susah nak kawal diri. kankan? aaa seram. seram seram.

moga Ramadhan kali ini betulbetul menjadi medan untuk mendidik hati saya, dan anda.

---

tak tahu nak tutup tulisan ni macam mana -,-
kita tutup dengan muhasabah diri sendiri lah ek?
sungguh, tulisan ini 99% untuk diri saya sendiri, 1% untuk anda (kalau ada lah yang membaca), itupun kalau anda faham apa yang saya cuba sampaikan.
moga bermanfaat.
wassalam

Comments

Fieda said…
ada..ada... ada kena mengena ngan saya gk. seriau gak fikir2 ramadhan bakal berakhir ne. motif? time xde syaitan nirrajim ne pun x 'kelas' sngt amalan, esok2 itu syaitan dah keluar? apakah...?
nauzubillah..mudah2n sy juga terus istiqamah. amin!

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.