saya juga pernah gemuk

Bismillah.

nak share sikit life journey dari kurus-gemok-kurus balik. sebab kak ainpeter tak percaya sarah pernah gemok. berfikir panjang juga nak share ke tak nak share ke tak. bukan apa, segan :3 so, feel free to read.

---

I am once a sprinter. dulu di sekolah, bersama denganku ada Nasreen, Iman, Nawal, Arwah Dekjah. Ini yang selalu dalam team 4x100m atau 4x200m. Kalau 100m one shot biasanya Nasreen dengan saya. Feh. berlari ibarat angin. Dulu, sukan punya pasal, apa pun buleh. Muka berbelang hitam belengut tu kira standard lah. barulah macho. Ustaz ustazah tak suruh buat apa apa pun, tetap turun training sendiri. Siapa tak suka sukan kan? Masa tu zaman ringan. Zaman melompat buleh melantun 2meter. lani melompat melantun seinci dua jah.

Masuk Kolej. minggu pertama ada Karnival Kesihatan. Ada klinik bergerak, ada kempen kesihatan, ada program derma darah. macem macem ada. Karnival Kesihatan tu seminggu lama dia. bila ingat balik macam kelakar pun ada. That was my first experience derma darah. tapi hari terakhir baru berjaya derma darah. sebab apa? huahua.

Masa tu, just after SPM. masuk kolej. berat range 44-45kg je masa tu. kan sebelum nak derma darah kena timbang dulu lah, tanya itu ini dululah bagai. alkisah, sarah tak lepas nak derma. Nurse baju biru tu kata berat kena at least 46kg. sudahnya, 3 hari pulun makan nasi bundle kat Kafe Abang Din, lepas tu setiap malam makan oblong. Lepas makan, tidur. Misi menaikkan 2kg berjaya dalam masa tiga hari :D

Jadi hari Jumaat tu kembalilah daku ke tempat derma darah, dan berjaya derma darah buat kali yang pertama. hoyeahhhh. yang sedihnya lepas derma darah berat keep on increasing sebab sebab sebab habit makan nasi sedap kat cafe abg din tu diteruskan sehinggalah habis belajar di kolej -_- kafe kat belakang blok akademik pun sedap gak. dia punya daging dia sedaaap.

so, this is me back then. tahun 2009, baru lepas habis zaman sekolah. which is zaman aktif bersukan.


habis kolej, nahhhh. inilah yang terjadi. comel sangat kaannnn. masa ni tahun 2011


percaya tak percaya, inilah saya lepas hampir setahun setengah. bambam sangat kaaannn. duduk kolej, best. makanan dia sedap. stok makanan kat bilik pun sentiasa ada. sentiasa ok. dan dan dan sangatlah tak rajin bersenam dan bersukan. sebab masa tu kan, mcm culture shock banyak sangat sebab kalau kat sekolah dulu nak bersukan ke, nak berkawad ke, semua asing lelaki perempuan. bila masuk kolej, semuanya bercampur. jadi memang taklah kan nak larilari bila depan belakang ada lelaki -,-

naik dekat 10kg jugaklah. masa ni berat 57kg. ngaha. menu kat kolej dulu, pagi wajib makan biskut hupseng cicah vico ke, milo ke. asalkan chocolate hot drink. lepas tu. tengahari wajib makan nasi lauk ikan keli kat kafe abg din. biasanya Amelia yg tolong potongkan kepala ikan keli. hihi. maceh Meliaaa. seram sangat tengok kepala ikan keli. kan? lepas tu petang beli cucoq. tak pun makan kuey tiew kung fu. sedaaaap sangat. malam makan macam macam. kekadang oblong abg amran, kekadang makan segala macam makanan dalam stok almari makanan ku. dan habit tu dibawa sampailah ke tahun satu di utm..

so bila dah gemok, memang rasa tak sedap sangat badan. kan sarah selalu pergi camping semua kan. memang mengah seh. penat. tak kira la time KAHFI ke, time KMK ke, dia punya energy tu dah tak macam zaman sekolah. seluar pun dah banyak  yang tak muat -,-

lepas tu kan, balik kampung asyik kena kutuk je dengan pakcik pakcik ku yang hampeh tapi osem tu. cikwan dengan cik n. asal nak makan je kan, mesti dia cakap "kau ni konja asek makan aja. mana tak gemok. dah la pendek" haha. memang kena bahan lah kalau balik kampung. lagi lagi cikwan suka sangat panggil orang gemok. kalau pendek tu memang takleh tolong ah dah genetik pendek nak buat cane kan. hehe

so, i decided to find a solution. to lose weight and get back my energy so buleh happy bila berprogram sana sini :D

dipendekkan cerita, saya start consume Herbalife. masa tu beli dengan my classmate zaman sekolah, Jannah. thanks a lot Jannah!

ingat lagi masa tu lagi 2 minggu nak habis Ramadhan, semester 3 di UTM. ambil shake 2 kali. time sahur and after terawih. masa tu bajet sikit sangat, so just ambil F1 Shake Chocolate dgn Teamix. 2 minggu turun 4kg!  macam orang lain, kewangan ku juga terhad. ada lah sikit2 duit JPA. so makan on-off-on-off. bila ada duit, reorder. dan masa tu tak pandai makan sangat shake. so kekadang main tipu lepas shake amek kuih, makan nasik. hahaha. yang lawak nye kan, buat shake bukannya gunu blender bagai. shaker cup pun sarah takdak masa tu. buat shake guna mug lepas tu kacau (STIR) hahahaha. habis berketulketul. and masa tu cakap dalam hati "aaaa tak sedapnya shake ni!"

tapi tapi tapi lani bila dah lama, dah tahu buat shake macam mana, yang real sedap punya, memang jadi addicted. sedap sangat :D *alamak terus rasa lapar shake*

so this is me. after consume Herbalife Nutrition


ahaa. kembali muda. in total 2 months lose 8kg and maintain till now. saya punya lose weight dulu macam lembab sikit (banyak) kalau nak banding dengan orang lain. sebabnya, makan on-off-on-off macam tadi tulah. lepas tu banyak kali menipu makan benda2 haram sementara. haha.

yang bestnya kan, bila ada Nutrisi Herbalife ni, saya buleh control sendiri berat badan. kalau contoh time raya ke, time mood happy ke kan, or time exam makan banyak, memang berat akan naik sikit. ada lah dalam 2-3kg. taaaapi bila dah lama consume Herbalife, and dah tolong raaaamai orang lose weight jugak, so setakat nak turun 2-3kg balik dalam masa seminggu insya Allah no problem. sbb dah tahu takleh main tipu kalau nak lose weight hihi.

yang paaaaling best, balik kampung pun dah tak kena panggil gemok dah hoyeahhhhhhhh! tapi kena panggil pendek pulak. biasalah tu, bahanbahan manja. hihi.

---

so tamatlah kisah ku. begitulah. kalau kurus sekarang, tak semestinya akan kurus selamanya. banyak je faktor yang buleh menggemokkan kita. first and foremost haruslah sebab tak jaga makan.then cycle tidur yang tunggang terbalik. then tak cukup air, then skip breakfast and baaaaanyak lagi faktor yang menggemokkan.

---

kesimpulannya, siapa berminat nak lose weight ke, nak improve energy macam saya ke, or nak ambil kesempatan turun berat badan time Ramadhan ni ke, buleh lah isi form kat atas tu.

moga sharing ni bermanfaat.
moga Allah redha.
wassalam

Sarah ZainalPuteh
Herbalife Skudai/KL
0137498252 ;)

Comments

Anonymous said…
Part kacau shake tu x menahan. Kelako. Anw, nice story, very inspiring

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back