lawan nafsu, payah lahai




 
Khaulah Azur. My inspiration

mujahadah melawan hawa nafsu.
payah ya Allah.
susah.

"perjuangan yang sebenar adalah melawan hawa nafsu"

seriously,
the hardest battle is to beat me myself.
apedia yang nak diperjuangkan sangat tu?

satu je focus sekarang ni.
satu je ya Allah.
mohon beri kekuatan.
nak konsisten bangun sebelum subuh.
itu je. satu tu je. 

semester lepas bangun sebelum subuh punya rekod agak cemerlang.
sekarang ni punah.
saya sedar sekarang jarang bangun sebelum subuh.
asal bangun mesti dah azan.
sedih. pilu pun ada juga.
hemm.

keadaan macam ni tak buleh dibiarkan berterusan.
tidak baik untuk kondisi hati dan iman.
sebab Islam tidak dibangunkan oleh pemuda yang bangun selepas azan subuh T.T

nak jadi macam Khaulah Azur.
Wanita hebat. serious bila baca sirah Khaulah,
hati loncat2 nak jadi macam Khaulah.
sifat dia buleh ku kata macam ku.
ehee.
ganas. kuat semangat.
ehee sekali lagi. *perasan*

jadi sekarang nak FOKUS FOKUS FOKUS
lawan nafsu penat.
lawan nafsu tidur.
lawan nafsu tilam empuk *baru dapat tilam baru*
lawan tetap lawan!
yosh sarah!

banyak kali usaha.
banyak kali jugalah gagal.
no problem. usaha lagi. dan lagi. dan lagi. dan lagi.
sampai berjaya!
Allah nak lihat kesungguhan kita =D

banyak juga usaha2 yang dilakukan.
ambil Ibrah Sahabat Saidina Abu Bakar yang membiasakan diri solat 2 rakaat sebelum tidur.
Minum NW, NRG dan Teamix consistently sebelum tidur. sebab nak bangun dalam keadaan segar.

 Ini NW. superpowerrrr. sangat bagus untuk peredaran darah ke jantung. Nitroc Oxide semua. insya Allah time bangun rasa lebih segar dan bertenaga ^_^

TEKAD yang kuat.
Niat dalam hati. sebelum tidur biasanya minda dah mula nak lalok separa sedar. masa tu, kalau kita ulang2 banyak kali dalam hati apa yang kita nak buat esoknya, insya Allah akan jadi.
sebab minda akan set fisiologi badan untuk dengar arahan tu.
doa saya simple je sebelum tidur

"Ya Allah, Engkau tahu betapa aku sangat2 bangun sebelum subuh. mohon bangunkan aku sebelum Subuh. Hantarlah MalaikatMu kejut aku bangun esok pagi2. Tolong tolong tolong"

jap. doa tak semestinya kena dalam bahasa arab.
tak perlu juga nak panjang2. simple2 je dah.
and sebelum doa tu adabnya kenalah ada puja puji Allah dan selawat kepada Nabi. simple je kan?
muehehe









okay. itu je. 
mohon doakan ye?

Comments

nurul.iman said…
inshaaAllah.... kudoakan..(:


btw, sarah, setting nk comment ni susah la.. :p

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.