ketahanan jantung, beruntunglah bagi mereka yang berukhuwah

riadhah haluansiswi
 
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim).
 
Islam berkembang kerana adanya Ukhuwah Islamiyyah. Persaudaraan dalam Islam, yang diikat dengan ikatan Iman. Silaturrahmi yang ikatannya melebihi hubunga darah sesama insan.

Berbahagialah para Daie', kerana setiap hari kalian menyantuni masyarakat menyambung tali silaturrahmi, dalam usaha menyebarkan kefahaman Islam. Mereka merasa bahagia duduk dan berbagi rasa, mendengar permasalahan masyarakat.

Mengikat tali persaudaraan. Menjadi pelayan Ummah, tertekan, banyak masalah. kadang gembira kadang berdukacita.
Ketahuilah, terdapat keajaiban yang besar, korelasi antara kerja-kerja seharian Daie dengan kesihatan jantung mereka. Allahuakbar!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Dia seorang Doktor. Myriam Hostern namanya. Telah bertahun-tahun beliah menekuni bidang khusus kesihatan jantung, dan telah bertahun-tahun pula beliau harus sering berduka kerana menyaksikan pesakitnya kehilangan nyawa akibat sakit jantung.
Doktor Myriam mendapatkan suatu perkara yang menarik daya tahan terhadap serangan jantung ternyata tidak berhubungan langsung dengan pola pemakanan, gaya hidup bahkan tingkat tekanan ketika mereka menghadapi persoalan dalam kehidupan bermasyarakat.

Sangat aneh, apabila beliau mendapati orang-orang yang lebih lemah daya tahan jantungnya ini adalah orang-orang yang tinggalmenyediri dengan tenang, jarang menghadapi persoalan pelik kehidupan, dan mereka menghadapi kehidupan seharian tanpa masalah, dugaan atau tekanan. Ritma kehidupan mereka sangatlah mendatar.

Rasa ingin tahu Doktor Myriam membawa beliau kepada suatu penelitian. Bersama-sama dengan rakan penyelidiknya dari Institue Caroline, Sweden, beliau mengukur dan merakam degupan jantung 300 orang wanita sihat selama 24 jam. Perkara ini dilakukan berulang-ulang selama bertahun-tahun. Penelitian juga dilakukan terhadap teman-teman para wanita ini, sekaligus diusahakan untuk memperoleh gambaran tentang seberapa tinggi level kemarahan dan depresi mereka.

Doktor Myriam dan pasukannya tertarik kepada apa yang disebut sebagai 'variabiliti (kepelbagaian) degupan jantung' yang menjadi kayu pengukur untuk mengetahui perubahan degupan jantung yang terjadi selama tempoh seharian penuh. Hasil penelitian bertahun-tahun itu pada awalnya sangat mengejutkan; orang yang sihat dan berjantung kuat justeru adalah mereka yang memiliki gelombang degupan jantung yang tinggi, bahkan rentang gelombang itu sangat lebar. Ertinya, degupan jantung mereka sangat pelbagai.

Di sini sangat jelas tergambar, bahawa orang-orang yang aktif dan banyak terhubung dengan sesama manusia dalam kerja seharian mereka mengalami pelbagai goncangan emosi. Mereka ketawa, bersemangat, ghairah, kadang juga marah. Mereka sedih, kecewa, berehat, tegang, dalam tekanan, takut, cemas, optimis dan segala bentuk emosi yang lain. Kesemua hal yang sangat emosional lahir daripada hubungannya sesama manusia sangat mempengaruhi hormon adrenaline, yang turut mengatur ritma degupan jantung.

Yang menjadi hairan nya, bukankah dengan segala macam emosi setiap hari, justeru jantung harus berkerja lebih keras dan tidak sihat. Justeru sebaliknya. Pelik bukan?

"Jantung dalam kondisi begitu.." Kata Doktor Myriam, "..adalah jantung yang berolahraga. Jantung ini menjadi terlatih dan kuat. Jantung ini adalah jantung yang sangat sihat" Begitulah, dan sebaliknya jantung orang yang kehidupannya datar-datar sahaja, tenteram sentiasa jiwanya dan sangat kurang interaksi sosialnya memiliki kepelbagaian degupan jantung yang sangat kecil. Akibatnya, jantung mereka menjadi jantung yang lemah terhadap suatu serangan.

Jadinya, bagaimana caranya untuk kita menguatkan jantung kita? "Mudah sekali," kata Doktor Myriam. "Perbanyakkanlah hubungan dengan sesama manusia, perkayakan getar-getar emosi bersama mereka, lakukanlah hal-hal yang pelbagai sehari-harian dan hadapilah ujian dan cabaran baru setiap hari!"
Jadi benarlah, selain meluaskan rezeki, bersilaturrahmi itu memanjangkan umur, bahkan dalam makna yang paling luas.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Rujukan:
Buku: Dalam Dekapan Ukhuwah
Penulis: Salim A. Fillah
Olahan kembali: sarahzainalputeh.haluansiswa

selingan

Ada beza antara ketahanan dan kesihatan jantung. Ketahanan lebih kepada apabila ada ujian, masalah dan tekanan yang menimpa. mentally. kesihatan jantung lebih kepada kesihatan jantung itu sendiri. salur darahnya, lemak viseralnya. Mohon, jagalah ketahanan dan kesihatan jantung kita. Pulangkan kepada Rabbi dalam sebaik-baik keadaan :)

riadhah, andai diniat kerana Allah akan mendapat pahala Ibadah :)



Comments

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back