sampaikanlah, mudahkanlah

Bismillah.

*ini post personal, tak perlu baca kalau takda masa*

she really wanted to perform Hajj. She did pray hard. She did cried. She did said it repetitively to go to Makkah and perform Hajj. Alhamdulillah Allah gives her chance, along with her son and daughter in-law. Alhamdulillah. 

She is my Nenek. 70+ years old. 

* * *

Saya tak tahu bila perasaan itu muncul. Tapi sejak dua menjak ni, perasaan tu semakin berkobar dan melonjak lonjak (dapat bayangkan tak perasaan tu macam mana?)


Setiap kali Takbir, mesti teringat Kaabah.
Setiap kali Solawat, mesti terbayang Rasul sedang menunggu di Masjid Nabawi *sebak*
Setiap kali dengar lagu Maher Zain yang Assalamualaika Ya Rasullullah dan Irfan Makki Waiting for THE Call mesti sebak. mesti menangis
*nangis jap*
Setiap kali balik rumah mesti mengadu kat Umi "Umi, manje nak gi Umrah. Tahun depan. Doakan tau. ada rezeki Je bawak Umi Ayah skali"

Serius. perasaan membuak nak pergi ziarah Baytullah, nak ziarah Rasul dan sahabat2nya di Madinah. Perasaan itu yang sekarang ini menjadi salah satu driving force untuk saya kerja kuat. nak capai dream.

Alhamdulillah Allah beri peluang dan tunjuk cara macam mana. Kalau setakat nak guna duit JPA, mana cukup. Nak minta Ayah? ohh malu ku sudah 21 tahun. dah tak boleh depend pada Ayah sangat dah. ngaa kena cepatcepat jadi kaya tak buleh tangguhtangguh dah T.T

Insya Allah saya akan berusaha. Allah pasti akan berikan kalau kita betulbetul berkehendak kearah itu. sebab Allah kan dalam sangkaan hambaNya? Kawankawan tolong doakan sekali ye :')

Robbi, sampaikanlah ku kesana. Mudahkanlah urusanku untuk kesana. Bawalah bersamaku mereka yang berhajat untuk kesana; Zahidah Azman dan Aishah Ismail :')

Robbi, sampaikanlah.
Robbi, mudahkanlah.

*tears brimming*

Comments

si merah padi said…
akak pn bile musin haji je tengok gmbar kaabah kt tv rasa sayu sangat2. selelu duk ckp ngan abang ghaz, kalau ada rezeki lebih nanti kte gi ye..teringin sgt2. nk kumpul duit jugak, nak pergi skali.
Semoga Dia permudah kan . Terus kan meminta dari Dia . :)

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.