my life as student

my life as student..
as MUSLIM student to be exact

Psychology. Saya ambil course Psychology. Industrial and Organizational Psychology. lagi 2 tahun nak habis. seronok. banyak sains. kurang nombor. i like ^_^ ni classmate saya


setiap hari pergi kelas macam biasa. buat assignments. setelkan projects. pop quizzes. presentations. tests. bendabenda typical yang students lain buat. tapi naqibah kata Muslim dan Daie kena ada tamayyuz (perkara yang membezakan) waktu kita buat kerja.

jadi apa bezanya? bezanya haruslah niat. matlamat belajar. usaha. kesungguhan. akhlak. kecemerlangan. dah berjaya buat ke belum Sarah? belum sepenuhnya. masih berusaha. doakan ey?

HALUANSiswa. saya salah seorang kadernya. anggotanya. yang mendukung matlamat, visi dan misinya. apa dia? okay pergi klik link kat atas. jangan malasmalas. beruntung. sangat. Alhamdulillah. bila Allah pilih untuk menjadi salah seorang ahli HS. menjadi salah seorang yang berkerja di bawah HS. membina networking dengan ahliahli HS. yang majoriti mukanya yang bila lihat, memang ingat Allah. yang banyak merancang dan melaksanakan kerjakerja amal islami di kampus. Allahu.. banyak nak kena belajar dengan ahliahli HS ni. moga Allah thabatkan kita. di atas jalan yang kita yakini ni. doakan saya, okay?



 semester ni Alhamdulillah banyak aktiviti yang membangunkan jiwa. banyak yang terkesan di hati. Alhamdulillah. Allah beri pula seorang ahli syurga kepada kami. bantuan, tunjuk ajar dan cetusancetusan idea dariapa yang berpengalaman sangat2lah membantu gerak kerja kami di sini. Alhamdulillah.

HS banyak memberi peluang kepada ahlinya untuk cuci hati dengan programprogram yang ada. best woo. ada apa semester ini? Alhamdulillah. menjadikan setiap hujung minggu sebagai agenda beriadhah. walaupun belum berjaya konsisten, tetapi sekurangkurangnya kita telah mulakan satu langkah pertama. kan?

Hari Srikandi HSiswi 2012

Isnin malam bertemulutut. Rabu malam kelas. Khamis bertemulutut bersama adikadik KPM di kota tinggi. Jumaat malam bertemulutut lagi. kenapa banyak sangat temulututnya? sebab kekurangan tenaga. siapa nak bantu? naqibah kata jangan tunggu bantuan datang. kita yang kena bina seorang pembantu. phewh.

Sister's In Sync With Nature. Gabungan HSUTM, KPM, Insted, Ulu Tiram dan *tak ingat*

hujung minggu riadhah. atau program. atau training. mengikut priority dan keperluan semasa. ada satu hari tu exam hari ahad. sabar jelah -__-'
 


petangpetang naik basikal. ziarah ahliahli baru. banyak pahala Syaza (klasmet) bagi pinjam beskal dia. kalau ikut ustaz Rahmat Abdullah, bawa makanan tu taruk dalam plastik. kalau orang yang kita nak ziarah tu takdak kat bilik, buleh gantung kat pintu. goooood idea. kalau depa takdak, pergi jelah follow up customer herbalife ^_^

setiap hari khamis dua minggu sekali kami buat iftor. best sangatsangat. dapat sambutan hangat! tapi Allah belum izin untuk semua ahli turun padang. tapi takpalah, tetap konsisiten dengan usaha, insya Allah nanti natijah yang baik Allah akan bagi. bagi saya personally, best pergi iftor. satu buleh makan suapsuap. kedua sebab ada sharing seerah nabawiyyah. bedah buku Rohiq Makhtum. sangat sesuai untuk orang yang macam saya. tak pernah habis baca buku tebal tu T.T mesti separuh jalan je.

Jumaat malam dua minggu sekali ada qiyam. paling best time qiyam bila kami buka perbincangan isu semasa. pasal syria. pasal palestin. pasal somalia..macammacam..

kemudian ada tamrin umum. nama dia Kem Individu Muslim. buat di Ayer Hitam. tapi takda gambar. tak jumpa cari. lain kali jelah.


yang terakhir sekali. insya Allah kami akan ada program khusus untuk veteran HS di UTM. veteran ni maksudnya yang susun program, yang menggerakkan program, dan lainlain lah senang kata. program ni buat di Kelantan. di Kolej Teknologi DarulNaim. pernah dengar tak? kalau tak pernah sila klik sini. letak gambar kurma sebab kami tengah kumpul dana nak pergi ke sana. kalau berminat nak buat sumbangan buleh lah inform. kurma kering rm13. kurma basah rm10.

so, siapa perlukan bantuan kami? yang berhajat nak cuci hati? insya Allah kami bantu. walaupun kami sebenarnya masih banyak je kotorkotor kat hati ni. tapi why not kalau kita cuci samasama? mesti best kan? jangan badan je sehat wal'afiat tapi hati sakit menderita. kan? okayokay kalau nak sehatkan badan pun buleh kalau Allah izin saya tolong. isi je form dekat atas tu ^_^

doakan kami yea. moga terus kuat dalam melakukan Sunnah Rasulullah s.a.w yang paling agung ini. moga terus thabat, Sarah.

Allahumma Ameen.

[] sebab tu jadi SH. Sarah Hamizah. HALUANSiswa. Herbalife :)

Comments

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back