Note : pakai tudung tak wajib


pakai tudung tak wajib yang wajibnya adalah tutup aurat.



suatu hari seorang kawan bertanya

kawan : Sarah, pakai tudung tu wajib ke?
saya : tak wajib. kenapa?
kawan : habis tu kenapa Sarah pakai tudung?
saya : sebab Sarah wajib tutup aurat.
kawan : hu?

***

ok, nampak tak bezanya kat sini? konsep asasnya adalah menutup aurat. 
ada orang yang pakai tudung, tapi dia masih belum menutup aurat. sebab?
sebab tudung dia jarang (menampakkan bayangan rambut, leher, telinga).
sebab tudung dia belum cukup labuh untuk menutupi bahagian dada. 
sebab tudung dia ketat dan melekat. dll.


tapi kalau dia menutup aurat, tidak semestinya dengan memakai tudung.
(faham tak ni? ke belitbelit ayat saya?) sebab?
sebab nak menutup aurat tak semestinya kena pakai tudung.
tak semestinya kena pakai tudung bulat, bidang 60" segala bagai.
tak semestinya kena pakai inner tudung ke apa.


sebab Islam kan mudah. lagi memudahkan. tak gitu?
jadi buleh je kalau kalian nak tutup aurat dengan
pakai tudung saji
pakai tudung berbentuk hexagon, pentagon, decagon semua tu.
pakai selimut.
pakai baju.
pakai cadar.
dan segala yang ada di bumi ni buleh dijadikan alat untuk menutup aurat.

***

jadi, faham ye. konsep aurat dan konsep tudung tu ada beza. tapi bagi saya sendiri, cara yang paling mudah untuk menutup aurat adalah dengan memakai tudung. kerana saya menghargai inovasi yang manusia lakukan. heh ^_^

for me to remember, for you to ponder

[] fokus aurat di post ini adalah aurat di bahagian kepala. bahagian lain kita bincang di post yang lain ye ;)
[] part saya dah selesai. tinggal..

Comments

Lensa Daie said…
singgah blog sahabat.. =)
terima kasih atas analogi itu..
macam pernah dengar ja...

am...jom main layang-layang ^.^
feona_ana said…
huhu..power sarah!! best2!!
@manru, tehee.

@lensa, may it helps you in future sharing bout hijab tu nanti. and is this kite you meant?

http://www.aimanazlan.com/2011/10/my-heart-is-kite.html

@feona, power gaponyo mekna..

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.