gadis itu : geleng kepala

so many things to do with so little time.

Perjumpaan yang lepas di AsSyddiq, hanya membuat saya geleng kepala.

insya ALlah kita akan ada KHIDMAH, KAHFI, ProCAST, PESONA, SBM dan lainlain. tapi..

haihh. tang mana nak buh nama ni eh? semua clash ni.


hanya mampu tersenyum melihat sahabatsahabat yang lain semuanya berfastabiqul khairat..berlumbalumba nak kejar pahala. haih. 


takpa, berbakti pada keluarga pun daat pahala insya Allah. asalkan ikhlas.

kalau tak dapat bagi nama sendiri, bagi nama orang lain pun jadilahhh.



***

teringat seorang sahabat ada mengingatkan saya dulu,


"kita ni, memang la bagus keluar pi program, cuba dekati masyarakat, sebarkan dakwah Islam pada masyarakat, pada pewaris kerja-kerja kita ni.."

sambungnya lagi, "...tapi kita kena ingat, objek dakwah yang paling utama dan dekat dengan dia adalah keluarga kita. sebab keluarga adalah salah satu tiang sokongan yang akan melancarkan dan melajukan gerakerja kita. kalau keluarga dah setel, lagi mudah untuk kita keluar pada masyarakat.."

katanya lagi, "jangan sampai kita sibuk berprogram, kita tinggalkan rumah, abai keluarga. ada hati yang perlu dijaga. ingat tu"

yep. keluarga nombor satu. objek dakwah nombor satu.

insya Allah ada hikmahnya, kenapa Allah susun macam ni. sebab, hidup tak selalunya seiring dengan kehendak kita. betul tak?

hanya ingin berkongsi apa yang Umi cakap untuk mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat pelancar gerak kerja ini


"makin banyak program, make sure makin banyak kamu bangun malam, makin banyak puasa, makin banyak isi hati dengan ilmu dan amal soleh, konsisten halaqah.."

betul apa yang Umi cakap tu, makin banyak kita nak kena handle program, makin kita kena kuat untuk handle hati kita. makin kena bersungguh-sungguh untuk proses hati bagi bersih, bagi ikhlas. agar hati-hati yang ingin kita sentuh tu, merasai kehadiran sentuhan hati kita pada mereka. 

kena usaha untuk buat amal jamaie ni dengan ikhlas, khauf, dan roja' kepadaNya. serius. kalau tak sia-sia amal kita. yang kita dapat hanya penat, sakit badan, kulit hitam. heh. kurangkurang kalu dapat pahala, kita memang paid off lah kan?

***

aasifah pada sahabat dan sahibah. moga Allah mudahkan kerjakerja kalian, melancarkan dan memudahkan gerakerja. saya tolong belakang tabir jelah ek. 

insya Allah esok dah nak start traveling. alone. untuk menunaikan hak kepada mereka yang lebih berhak atas saya. mungkin 2@3 minggu. bye Umi Ayah. jangan rindu kat Je sudahhh.  doakanlah perjalanan saya selamat. doakan juga, saya dapat join KAHFI dan ProCAST. nak sangatsangat. KHIDMAH pun nak jugak. nak join semua benarnye. hehe

oh yea. sebelum terlupa.

selamat hari guru buat semua murobbi saya
terima kasih tak jemu didik saya yang sangat nakal ni ^_^ 

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.