Sigh : selepas kesukaran

bersabarlah dengan ujian dan kesukaran, insya Allah hati kembang bagai bunga di taman di hari kemudian ^_^

bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
yang memberatkan tanggunganmu?
dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu
kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan
sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan
maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) 
kerjakanlah dengan sungguhsungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap

- Love Letter dari Allah -
***


dari duduk kepada berdiri. dari kenyang kepada lapar. tukar posisi, duduk pula di meja. ngantuk. tersengguksengguk membaca sambil menghafal TITAS. alahai tamadun lah tamadun. sungguh seronok menghafal tamadun zaman dulu kala. tengahari tengahari macam ni hafal sejarah memang lah mencabar. katil di sebelah nampaknya macam memanggil manggil.

dikala duduk sudah ditukar ke posisi yang entah keberapa ratus, tibatiba meja bergegar. hu? stopwatch dimatikan, henset di ambil. lihat sebentar nama yang terpapar di skrin.

"ohh. Umi.."
panggilan terus dijawab.

"yes. ada apa Mi. sudah rindukah?"

"ish budak ni. kamu puasa tak hari ni? nak balik tak? kalau balik Umi nak kirim rojak buah kat depan tu"

"ohh. tak posa pun. macam malas lah nak balik. huu. buleh kah?"

"ok no hal. tapi esok balik noh. Umi nak masak mee hailam"

"haaaa. okeh no hal"

"lah, call sebab nak minta beli rojak jeke?"

"ohh takk. ni, tadi Umi dah...."

"yeke?"

"dan...."

"Alhamdulillah..Alhamdulillah..maceh Mi..Alhamdulillah.."

***

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. itulah perkataan yang sewajarnya diucapkan. Alhamdulillah. terima kasih ya Allah. hati kembang berbunga. berjalan rasa bagai tak jejak tanah. terus terlupa pada TITAS. menjerit kegembiraan. melompat ke katil. lepaskan semuanya pada bantal kesayangan. dan Sha roommate saya sudah kepelikan.

Alhamdulillah. tanpa banyak fikir, terus bergegas ke tandas dan perbaharui wudhu' dan bersujud syukur. Alhamdulillah. bagaimana ye nak gambarkan perasaan ni? undescribeable.

Hati rasa tenang. setenang tenangnya. bibir terus mencalit senyuman. akal pantas teringatkan orang yang tersayang. merekamereka yang banyak memberi sokongan dan nasihat tak henti henti. timah, nawal, kak qayah. ohh. mahu call mereka.

check credit henset. alamak, tinggal berapa posen je ni. tak cukup nak call diorang. sms peep sorang jelah yang boleh. dan berikan khabar gembira. Alhamdulillah.

"Alhamdulillah. tunjukkan kesyukuran dengan bersedeqah.."

hehe. memang dah terfikir pun.rasa macam nak belanja orang lah. nampaknya rezeki kak besi dan kak nawwar lah nampaknya malam ni.


"petang ni makan skali jom. cakap je nak makan apa Je belanje"

"wah, kamu bernazarkah? kenapa begitu excited? saya berpuasa. tak risaukan nak belanja orang nak berbuka ni?"

"boleh je. serius ni. nak makan apa?"

"saya teringin nak makan lamb chop. kat mana sedap?"

"entah. kita pi kat Papa Chop Mama Grill jelah kut"

hehe. timah, kalau awak ada kat johor, kita bawak awak pi makan skali timah. huu 

***
boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

- love letter dari Allah -

***
 
Allah sangat baik. Allah sangat baik. kadang diberi ujian. kadang diberi kemudahan.


janji Allah itu pasti. selepas kesukaran ada kemudahan. dan bergembiralah bagi orang yang bersabar dengan ujian Tuhan. kerana ganjarannya sangat tidak terkatakan.
semestinya bukan mudah. mungkin mengambil sedikit masa. tetapi semoga selepas ini, semuanya kembali seperti biasa. moga apa yang kita lakukan ini, dalam rahmat dan bimbingan Allah insya Allah. moga Allah redho setiap sisi kehidupan kita.

wah. Allah dah bantu ni. kena buat sungguhsungguh masa final ni. final, here I come! moga moga dapat buat yang terbaik insya Allah.

Allahumma ameen ^_^


Comments

Leianna said…
Sarah! You always have the ways of making me cry reading your posts.Thanks thanks thanks thanks! :')
erk. you cried reading my post? pelikpelik. i just write my heart out. nothing more or less. anywah, Alhamdulillah idea menulis yang datang memberi kesan pada kalian. moga ada Rahmat ALlah terselit di situ ^_^

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.