Random : Pesta ohh Pesta


"Mi..Je nak gi.."

"Tak boleh Umi kata..duduk diamdiam kat kolej!"

"...."
***


seronoknya pada kalian yang dapat pergi. saya bagai ketaq lutut dah ni nak pergi tapi tak dapat pergi. nampaknya kena kirim sahajalah pada mereka yang pergi.

"nak beli buku ke? kita boleh je belikan kalau awak nak"

woha. terharu sungguh bila Masyitah cakap macam tu. tapi lani Syitah buzy sungguh dengan HIMEGA dia. jadinya tak jadi nak tempah pada dia. Allah izin kak besi kata nak pergi. hehe. kirim pada kak besi sudahh.

"Je, Contengan Jalanan dah keluar"

"Yeke? nak beli nak beli. bape hengget?"

"20% off. wallaweh"

"Peh. kalu camtu Je nak borong semua yang Je takdak lagi lah"

"orite. listkan. nanti Akak lupa"

uhu. biasanya kalau pergi KLIBF saya akan beli buku yang ringanringan. sebabnya mana nak jumpa buku tarbawi@fikrah kat situ. yetak? lainlah kalau pergi Fajar Ilmu Baru!

jadinya, kali ni mahu borong novel Hlovate. sebenarnya saya bukanlah pembaca@peminat novel. sebab kalau orang lain baca novel satu malam boleh habis. tapi saya kadang seminggu pun tak habishabis lagi. hehe. tapi ada exception untuk novel Hlovate. sebab apa? kalau nak tahu, kena baca sendiri.

ada juga nak beli buku yang Psychology based. tapi kang sedih pulak la nak minta kakbesi carikan. 

orite. pada siapa yang dapat pergi, jalan elokelok nohh! ^_^

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.