NCP : Besi



banyak kenangan manis dengan kak besi :)


mengira hari.

sudah semakin dekat.


moga Allah mudahkan dan menjaga keberkatan majlis mu kakak ku.

***

perkahwinan.

ia satu sunnah.


perkahwinan bukan hanya atas dasar cinta.

perkahwinan juga bukan hanya didasari nafsu.


perkahwinan juga bukanlah satu matlamat.

sekiranya kita menjadikan perkahwinan itu satu matlamat.

makanya kita tidak akan bergerak dan meningkat (iman) setelah berkahwin.


tetapi perkahwinan adalah merupakan satu wasilah (jalan).


untuk kita mencapai matlamat akhir kehidupan.


iaitu keredhoaan Allah.

***

sejak akhir akhir ini ramai sungguh kenalan dah sahabat yang berkahwin.

Alhamdulillah.


saya sendiri turut merasa gembira melihat kegembiraan mereka.


namun, walaupun ianya satu perkara yang menggembirakan, tetapi perkahwinan bukanlah suatu yang saya gemari atau sukai. jangan salah faham. ada sebabnya.


sedih bercampur gembira. 


itulah yang saya rasai setiap kali mereka yang rapat dengan saya berkahwin.


Abang contohnya. sudah bukan secara total milik kami. sudah ada kak azi. perhatian diberi lebih kepada Ainin konin. juga kepada baby yang akan datang.


Bandin juga begitu. sudah ada kak intan, dah ada mawaddah.


dan saya masih ingat lagi ketika mana majlis aqad nikah Kakak saya pada jumaat malam. mengalahkan Umi saya menangis. malu juga bila ingat balik. hehe. yalah, kakak yang saya rapat, selepas berkahwin dah tidak boleh lagi hang out dengan saya macam dulu dulu. sudah tidak tidur dengan saya. sudah tak hug saya sebelum tidur. sudah jarang jalan jalan dengan saya ngan Kakcik. sebab apa? sebab dah ada Abang Ghaz. dan maryam juga. tapi saya gembira dengan kegembiraan mereka.


dan saya masih ingat lagi, pemikiran saya masa sebelum dan baru dapat abang ipar, macam tak boleh terima. kerap saya fikir,


"ntah datang dari mana, tibatiba nak amek kakak saya dan bawak keluar rumah" dan pernah saya terfikir "kalau tak boleh jaga kakak macam ayah jaga, siapp.."


macam jahat kan fikir macam tu. bukan sebab Abang Ghaz jahat, tapi sebab masa tu takleh terima 'kehilangan' seorang kakak. pemikiran kanak kanak rebina. but Alhamdulillah Abang Ghaz tersangatlah baik dan penyayang dan pandai masak! hehe. no worries lah. couple terbaik yang saya penah tengok. haha (kak, blanje makan ek lepas ni. hee)

dan mungkin selepas ni akan 'kehilangan' seorang Kakcik pula. bila tu tak pasti. tunggu dan lihat sahajalah. sedih. hilang lagi seorang gang. ohh ya, kalau bakal abang ipar tak jaga kakcik macam ayah jaga kakcik, siap noh! :D

selepas ini Kak Besi pula. mesti sudah lain nanti. sudah segan nak lepaklepak bilik KB. yalah, dah jadi isteri orang!

Cikwan pun sudah mahu berkahwin. alahai..lagilah dah takda gang.


***


apa apa pun.


bagi saya sendiri.

perkahwinan itu sebenarnya penuh dengan tanggungjawab.

dan jangan sesekali kita meminta untuk menggalas tanggungjawab tersebut tanpa ada persediaan jiwa, mental, dan ilmu pengetahuan mengenainya (Rosdi Baharom, 2010). - minta kahwin awal lah maksudnya.


teringat sahabat saya Faizah, ada tulis di buku saya masa saya darjah 6


"kejarlah Cita Cita sebelum mengenal erti Cinta" ececeh.

kalau bangun subuh pun masih susah, takyah ceritalah soal kahwin. maksudnya tak mampu lagi lah tu nak galas tanggungjawab as suami@isteri. betul tak?

***


sekiranya kalian ada berhajat untuk menyempurnakan sebahagian daripada agama, teruskan hajat kalian jika rasa sudah bersedia, mampu dan sesuai pada waktunya.


sampaikan hajat tersebut dengan cara yang paling baik, dengan cara yang paling syara'. ada masa saya jalan jalan di tumblr (hobi baru) saya terbaca di tumblr seseorang, katanya lebih kurang begini kalau tak salah.

"khitbah lah aku dengan cara yang paling syara'. kerana ada barakah yang perlu dijaga. kerana ada ridho yang dipinta"


betullah tu kan. sebab sekarang, ramai yang mahu menyampaikan hajat, tetapi dengan cara yang kurang betul (direct kepada lelaki@perempuan tersebut). sampaikan surat lah. beritahu lalu sms lah. dan macam macam lagi cara.

bukankah lebih baik andainya kalian berhajat, terus sahaja sampaikan hajat tersebut kepada kedua ibubapa nya. atau kepada mahramnya yang dipercayai, atau kepada naqib@naqibahnya? bukankah itu yang terbaik? nampak kesungguhan, dan keberanian di situ. syara' pun terjaga. betul tak?


baik. dah panjang sangat rasanya ni.


ok, bagi yang mahu, akan dan bakal berkahwin, moga Allah mudahkan urusan kalian.


***


sebenarnya post ni khas untuk Kak Besi saya. tapi dah melalut pada benda lain pula. hehe.


insya Allah KB saya akan aqad nikah pada hari sabtu ni di Klang. insya Allah Kak Besi kata siapa sahabat sahibah yang mengenali dirinya dijemput hadir. mari kita ramai ramai pergi.


insya Allah juga, saya akan mengiringi KB balik ke Klang tengah hari esok selepas kelas. mohon doa kalian agar musafir kami diberkati dan dalam lindungan Allah. ini musafir terakhir saya bersama KB ketika beliau masih bujang! hee. tak tahulah lepas ni ada can lagi ke tak nak jalan jalan dengan KB T.T


orite. 
moga Allah redho. 
salam~

for me to remember, for you to ponder

[] abang ipar, kamu kena pandai masak, sebab kak besi saya kuat makan tau! hee :D

Comments

salam. sarah... anda kedengaran matang bila berbicara soal kawin...=P

p/s- sampaikan salam dan tahniah utk kak besi..(^_^)
yam, ana mmg dah matang la.
sampai ada sorang Iranian tu ingat ana dah kahwin anak dua lagi. sedih betul.

enti je yang blum lagi :P
+akufobia+ said…
ecece.perasan.zzz.

siapa kakcik?

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.