Kak Besi : Barakallahulakuma :)

Barokallahulakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a baynakuma fil khayr :)

majlis yang sangat ringkas, sederhana tetapi meriah Alhamdulillah. syara'? Alhamdulillah juga. 
tahniah buat kak besi dan abang nazri. moga kekal sampai ke syurga ek.
lani kak besi saya dah buleh jadi murobbiyah chenta. tak percaya? buleh pegi lihatlihat blog kak besi.
 

aku terima nikahnya Besi binti Ferum. kehkehkeh :D

rancangan awal nak bertolak bersama kakbesi hari khamis. tapi Allah tak izin. akhirnya saya bertolak bersama Unser kesayangan, bersama kaktim, kaknawwar dan DS selepas solat jumaat. ada lebih kurang 4 kereta bertolak hari jumaat. tapi tak berkonvoi. kerana kekangan waktu kerja.
singgah di UTeM sebentar, fetch kaktimah misran dan fateh yang makin hensem. dan teruskan perjalanan ke Klang diiringi hujan yang saaaaangat lebat. nabi kata antara masa yang mustajab doa adalah masa hujan lebat. so, saya pun berdoalah. macam macam doa saya baca. antaranya doa alma'thurat dann..

yang paling best. kami sesat. Alhamdulillah. sangat menguji kesabaran. saaangat. pusingpusing. sampai masuk mana pun tak tahu. cari Kapar, tapi jumpa Raja mana tah. jumpa lembu segala bagai. keluar balik, cari highway.

dah nampak signboard Meru dan Kapar, Allah izin tersalah ambil jalan. dah terbuat uturn pulak. kena sekali lagi redah jam strawberry (saya tak suka jam strawberry) kat tengah tengah shah alam. entah ye entah tak itu shah alam. saya pun tak tahu.
ayah. abang nazi. kak besi. umi. saya.
besi's keluarga angkat. eceh!

tapi sebab kak besi punya pasal, redahkan juga jam strawberry tu. Alhamdulillah lepas tu masuk pekan Meru, masuk pula Kapar. beberapa jam lepas tu, jumpalah Kg Sg Serdang. dah sampai dalam kampung pun buleh sesat lagi. aigo. sampai rumah kak besi lebih kurang pukul 10 malam. salamsalam, tapau makanan(buatbuat macam rumah sendiri) dan terus ke resort tempat menginap. kak nyenyau dah sampai dulu dah Alhamdulillah. pantas sungguh. meoww~

baru nak landing kepala, kak syad call, sesat katanya. sudah nak pukul 2 pagi. aduhai. kesian kat kak syad. dengan kad 'touch n go' yang tercicir, baru balik kerja, mesti kepenatan. puas paksa tanya kat mana, sebab nak pergi ambil. tak mahu juga. last2, kak nyenyau ajak pergi fetch juga kak syad. siapsiap. masuk kereta dan call balik kak syad tanya kat mana. Alhamdulillah, sudah dekat. dah nak sampai. kat sini, saya belajar erti ukhuwah. siapa sanggup lihat sahibah sendiri terkapai kapai kesusahan. bagus kak nyenyau bagus.

muhammad. sofwan. walid. pengantin. mc khairiyah. sarah yusro. kak qayah.
besi's keluarga angkat.

esoknya subuh berjemaah. ada sedikit penyampaian. dan masingmasing bersiap nak ke majlis aqad nikah kak besi. seronok tinggal serumah dengan sahibah walaupun hanya satu malam. ni yang rasa nak buat rumah sewa sahibah ni. rumah sewa dah ada dah. tinggal duduk ja. amacam, mahu tak? hee.
aqad nikah, sangat simple dan aman. tak terkocoh kocoh, takde makcik2 atau nenek2 atau pakcik2 yang terlebih semangat yang buat kecoh, contohnya "haaa, ape lagi..salam2. cium sket dahi. haa, tunggu sat, nak amek gambo". takde semua tu. yang ade hanyalah usikan kanak kanak rebina sahaja. hehe. lepas aqad, terus sembahyang sunat dan bertolak ke rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah. 

majlis diiringi dengan hujan rahmat. Alhamdulillah. saya bertolak pulang bersama umi and ayah. dan pergi ke rumah ainin, melawat kakcik di uia dan ronda2 shah alam. meninggalkan Unser di bawah jagaan kaktim. maceh kaktim :)
sahibah saya yang dah tuatua belaka. erk?
pengantin. kak nyenyau.kak nawwar.saya.kak syad.kak tim.kak lini.kak intan.
semua ni master and Ph.D holder ni. jangan mainmain. except saya la :)

sekian dari rebina melaporkan untuk besi binti ferum. kehkehkeh.
lepas ni buleh sediakan laporan untuk kak nyenyau, kaktim, kak lini, dan..siapasiapa lagi yang ada dalam list :D


***

sayang sahibah sahibah kerana Allah. saya gembira berjaulah bersama kalian. moga Allah redho, moga Allah ikat hatihati kita dengan ikatan keimanan yang utuh insya Allah.

Allahumma ameen :)

Comments

manru said…
nice!
MaznihaBerahim said…
alhamdulillah... tahniah pada fazira...

manis seronoknyer dengar pengalaman berharga sarah dan yg lain... mudah2an pengalman ini menguatkan lg ukhuwah you all...
terima kasih banyakbanyak semua :)

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.