gadis itu : Uncle Salim's

 
 Salim A. Fillah, 2009@Pejabat JIM TDSkudai :)
*sila jangan jeles* hee

Alangkah seringnya
mentergesai kenikmatan tanpa ikatan
membuat detk detik di depan terasa hambar

belajar dari ahli puasa
ada dua kebahagiaan baginya
saat berbuka
dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

inilah puasa panjang syahwatku
kekuatan ada pada menahan
dan rasa nikmat itu terasa
diwaktu buka yang penuh kejutan

cuba saja
kalau Allah yang menghalalkan
setitis cicipan syurga
kan menjadi shadaqah berpahala

-Salim A. Fillah@Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan-

***

pertamanya awal awal saya cakap, post yang akan datang mungkin akan berkenaan dengan perkahwinan. sebab sekarang musim kahwin. dan saya terkena tempias nya sekali. uhu.

sebab apa? sebab sahibah saya semuanya orang tua dan sudah sampai waktu untuk baitl muslim. saya yang masih muda remaja berfikiran rebina hanya mampu tersenyum bahagia melihat mereka. eceh!

hari ni kak besi saya bernikah. Alhamdulillah, walimatul 'urusnya sangat sederhana dan saya berani kata mengikut syara'. Alhamdulillah. 

nanti kalau rajin Insya Allah post pasal kak besi pulak lepas ni :)

***

keduanya, pesta buku sudah mahu sampai. ketaq lutut dah ni nak pi sana. duit pun penat dah kumpul. sekali, Allah izin timing tak kena. 2204-0105 lah pulak. saya pulak final kalau tak silap 2504-0905. aigo. cemana ni. mesti umi tak bagi pergi punya T.T

jadi nak tanya awalawal, siapa yang nak pergi, saya nak kirim buku. ada banyak list buku nak beli ni. hee. padahal buku yang ada lani pun tak sempat nak habiskan lagi. hehe. serius nih. nanti PM saya ek. thanx in advance :)

tapi prinsip saya, biar tak sempat baca, asalkan buku tu ada! baru puas hati. bilabila sara rasa nak baca, buku tu dah ada. kankan?

***

ketiga nya, rindu pulak tetiba dengan buku Uncle Salim. sebab dah lama tak pegang. dan semestinya, saya dah pernah jumpa dan dengar penyampaian Uncle Salim saya (perasan pakcik sendiri =='). sangat best woo. kak besi, kak nyenyau dan kak nawwar, sila jangan jeles ye. kehkehkeh

sangat kelakar, bahasa yang halus, dan sangat best. semua jenis sirah dia tau. hafal kut. dan macam mana cara dia cakap, macam tulah cara dia tulis. sebab tu bila baca buku dia, saya rasa macam dia tengah berbual dengan saya. sebab tu susah nak bosan kalau baca buku Uncle Salim. sebab syok berbual dengan dia. hee :)

orite. moga Allah redho malam kita hari ni.
oh yea, Eid Milad to my dear sis, kak Syahadah. moga Allah redho dengan setiap hembusan nafasmu kak syad:D

orite. salam.

[] sajak tu untuk mereka yang berkenaan. moga Allah sabarkan! :)

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.