Gadis itu : tak berjaya

People will hate you, rate you, shake you, and break you. How strong you stand is what makes you.



assalamualaikum.

semalam, Alhamdulillah Allah beri nikmat kelapangan waktu. jadi dengan seronoknya luangkan masa potong memotong audio Baitul Muslim yang HSiswa Wilayah Selatan buat. ada banyak. lebih kurang lima hingga enam rakaman. dan oleh sebab panjang sangat audionya, kena lah potong dulu. nanti senang nak upload dan share kan di mediafire. 

sambil semangat main potongpotong tu, sambil sign up la account kat mediafire tu. sekali rupanya kalau ambil yang free punya package, upload limit hanya 200mb je. yang ni audionya lebih dari satu gb. haishla. tak berjaya nampaknya.

guna pula cara lain. try buka gmail. lepas tu upload la kat situ. sekali dia kata satu attachment tak bleh lebih dari 25mb. try pulak upload audio yang dah potong kecikkecik tu. ada la dalam 10 min setiap satu. pun tak buleh juga. still leih dari 25mb. dan saya pun berputus asa. malas nak try dah. dengan internet yang super laju lambat malam tadi. memang Allah nak uji kesabaran betul.

jadi. nampaknya Allah tak izin nak kongsi dengan kalian semua. siapa nak juga audio tu, marilah datang utm. takpun masa kita ada program kat mana mana nanti minta. insya Allah external hard disc ni saya bawak pi mana mana.

maaf ye bagi yang betul betul berhajat. terutama pada anonymous yang dari dulu duk minta dan dah lama menunggu. merajuk dah agaknye. hehe. nanti saya try cara lain pula insya Allah.


[] tengah cari kerja yang buleh dapat income. ada idea? yang sesuai dengan muslimah la tapi. taknak la cashier. saya nak kumpul duit pergi travel satu dunia. first destination:Guangzhou China. hanya RM160 pergi balik. serius :D
[] siapasiapa yang lebih tahu bab2 upload, audio semua ni, sila la beri satu cadangan macam mana nak selesaikan masalah ni ek. maceh.

Comments

+akufobia+ said…
buat series audio.upload kat youtube ke.hee.guna la gambar wallpaper program sebagai background audio tu.ngaa.
sakinah said…
serius RM160? nak ikut jugak!! :)

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.