Buku : Jadilah Pemuda Kahfi



hee. sarah hamizah kembali dengan bukubukunya :D

06052007. tarikh buku ini dibeli. namun baru sekarang rasa tergerak nak baca. sungguh isinya sangat menarik. sangat mencengkam jiwa. rasa diri kena tegur. rasa kena ketuk. kena perli. dan akhir sekali bila dah ditegur, diberitahu silap kita kat mana, syeikh beritahu pula apa yang patut kita buat, dan bagaimana nak istiqomah dengannya. Allahuakbar.

secara ringkasnya, syeikh ada menyentuh perihal masalah pemuda masa kini, perkara perkara yang mesti diatasi, dan krisis yang menimpa pemuda. kemudian yang terakhir sekali syeikh ada mengajak kita para pemuda ni untuk bercita-cita (note:bukan bercinta ye)

berikut sedikit tulisan syeikh dalam buku ni 
persoalan dan permasalahan generasi muda sangatlah banyak semua persoalan ini tidak akan dapat diselesaikan, kecuali dari masjid, dari mihrab dan dari podium Nabi Muhammad s.a.w.

antara persoalan yang mendera generasi muda pada hari ini adalah; LEMAH IMAN


dalam hal ini, kita mengadukan keadaan kepada Allah. Namun di sinin saya memberi kabar gembira bahawa orang yang mengetahui imannya lemah, lalu dia mengadukan kelemahannya kepada Allah, tertunduk khusyuk di hadapan Rabbnya Yang Maha Perkasa, tetap berdiam di ambang pintu ampunanNya, nescaya suatu saat da akan masuk ke dalamnya dengan izin Allah.


teringat para ulama ada menyebut, iman itu bertambah dengan amal, dan berkurang kerana maksiat yang kita lakukan~


jom. siapa nak pinjam buku ni dari saya, silakan. sangat bagus untuk membangkitkan kelesuan hati.


moga Allah redho
wassalam.


for me to remember, for you to ponder


[] jom didik diri jadi suka membaca. pastikan kita adalah golongan yang membaca. semakin banyak kita membaca, semakin banyak kita boleh berkongsi.
[] ada banyak lagi list buku yang nak kena baca ni! lepas ni kita baca Pelembut Hati pulak :D

Comments

+akufobia+ said…
tak minat baca buku.baca kat blog dia je.haha.

jom mencari masjid.aa.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.