JDK : taknak

assalamualaikum semua.

alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita untuk bersua kembali di sini. dah lama sunggu tak update blog rasanya. ada yang merindui kah? hee.

setinggi tinggi syukur padaNya, kerana masih lagi beri kita nikmat Iman dan Islam, masih lagi beri peluang untuk kita bernafas dan hidup dalam keadaan Muslim yang Mukmin insya Allah.

yeah. esok sudah mula sem baru. tapi masih belum pulang ke kolej. yep. masih di rumah. tidak sempat nak pack barang nak balik ke kolej. tapi Alhamdulillah kolej dekat je dengan rumah :)


baik. cuti terasa sangat singkat. sangat sangat singkat. cuti selama 35 hari, dan Allah beri peluang hanya 5 hari dapat duduk di rumah. Alhamdulillah. Allah beri peluang untuk terus berbakti dan menyebarluaskan Ayat-ayatNya di muka bumi ini insya Allah.


alamak. banyak pula celotehnya. tak nak cakap banyak. saya baru pulang dari JDK. duduk berkhidmat di sana selama 8 hari. Alhamdulillah. banyak ilmu, pengalaman dan memori best yang saya dapat. 

tapi perkara paling best yang saya dapat ialah, dapat lebih banyak ilmu dan pemantapan fikrah. walaupun pernah beberapa kali dengar sebelum ni, tapi kali ni dengar lagi sekali rasa macam menusuk kalbu dan faham sungguh sungguh. mungkin sebab dah rasa realiti kat IPT kut. sebab tu faham lebih sikit dari dulu. Alhamdulillah.

nak rasa? kena pergi sendiri. insya Allah buat sahabat dan sahibah (HSiswa) yang nak sedut bahan, boleh beri email kalian pada saya :)


hai..rasa macam taknak balik U dan nak stay sampai JDK ni habis. tapi apakan daya, belajar belajar jugak. aktiviti aktiviti jugak. kena pandai la seimbangkan. kankan?

buat pengetahuan kalian, JDK kali ini merupakan JDK kali ke-2 diadakan. dan berlangsung selama 22 hari. ada banyak modul yang dilaksanakan, dan semestinya, bestbest belaka. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk membantu menjayakan modul pertama iaitu modul Anjakan Paradigma dan modul Khidmat masyarakat (tapi hanya sehari).


khidmat tak dapat nak diberi lama lama. sebab esok dah mula sem baru. moga Allah beri kekuatan kepada Urusetia, Kem Kom Lelaki dan Perempuan, semua fasi dan peserta untuk menghabiskan JDK ini dengan jayanya insya Allah!


okeh, insya Allah kalau sempat nanti saya kongsi berkenaan JDK di sini. moga Allah redha kalian!


apa apa pun, ikhlaskan hati, kerana redha Allah yang kita cari. dan kepada HSiswa yang berkelapangan, jom turun JDK. tenaga kalian diperlukan!


for me to remember, for you to ponder


[] dah rasa rindu kat adik adik JDK lah
[] minggu depan umi pulak pergi tolong kat sana ^^

Comments

Humayra' said…
assalamualaikum
sarah, tlg fwd bahan2 kat ana skali boleh? jazakillahukhair!

(u know my mail kn?)
Atiqah said…
sarah dh blk? alaa x smpt akak nk jumpa..all the best sarah in ur new sem..dgn izin Allah kita akan ketemu lg..
waalaikumussalam.
insya Allah. tapi bukan dalam masa terdekat yeh. tak sempat nak upload lagi :)

sebab ustaz bagi banyak rasenye. sarah pun tak sempat nak check lagi ^^
ha ah dah balik dah. baru je balik. esok dah nak start sem baru lah kak. kalau ikutkan hati, mmg nak stay sampai habis..tgk modul2 dia, mak aih. syok sungguh. insya Allah, ada rezeki kita jumpa kat mana2 program nanti ^^

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.