Imbas : luar biasa

"tugas para nabi hanya dibuat oleh orang-orang yang luar biasa" Sir Abduh MATRI
1. Islam perlu dibangunkan semula oleh pemuda yang penuh semangat, diiringi oleh orang tua yang mempunyai hikmah.

2. baik. kena bersedia untuk bertindak. dalam erti kata lain, bertindak dalam gerak kerja Dakwah Islamiyyah.

3. tapi, macam mana nak berjaya dalam gerak kerja tersebut? - kena sentiasa merujuk kepada hikmah syuyukh. dan semestinya, syuyukh kita yang terbaik adalah Rasulullah.


4.  walau kita hidup kat zaman mana pun, kena berbalik kepada hikmah yang Rasulullah tunjukkan.


Senario dunia masa kini

ancaman kepada Islam sangat banyak. permasalahannya, adakah kita sedar? ada 12 ancaman yang Kuffar rencanakan untuk kita.


1. melenyapkan Daulah Islamiyyah - dah berjaya.


2. menghancurkan alQuran - juga dah berjaya. menghancurkan yang dimaksudkan bukan secara fizikal (bakar@buang) tapi dengan menjauhkan KITA dengan alQuran.


3. menghancurkan akhlak Islam - sesiapa yang mengamalkan akhlak Islam akan dikatakan asing. manakala akhlak artis diangkat dan diamalkan.


4. melenyapkan gerakan Islam - adakah kita mahu langkah kaki kita dihentikan oleh mereka? mestilah tak nak (kan?).



5. meragukan Muslim dengan Deen nya sendiri - memperkenalkan sistem demokrasi di seluruh negara Islam dan melenyapkan sistem syura (yang sentiasa merujuk kepada alQuran dan Sunnah).


6. melaga-lagakan bangsa Arab.


7. mewujudkan pemimpin diktator di negara umat Islam.


8. memisahkan umat Islam daripada ekonomi.


9. menyingkirkan pemimpin Islam dan menghapuskan gerakannya.

10. merosakkan wanita Islam - dengan cara menghalalkan pergaulan bebas (selamatkan kami daripadanya ya Allah).

11. liberalisasi - menyamakan Islam dengan agama-agama lain.


12. menidurkan Muslim dengan hiburan - hedonism. perlu diingat, tidak salah dalam berhibur. hiburan terdapat dalam Islam. tetapi ada garis panduan dan limitasi tertentu. 


so..

semua ancaman tu, dah berlaku dah pun kat Malaysia kan? jadi. apa tindakan kita agaknya ye kawan kawan? fikir sat... baik.


1. pertama sekali, kita kena kembali semula kepada Islam yang sebenar. yang mana sumbernya adalah alQuran dan Sunnah Rasulullah. hayatilah sunnah Rasul.

2. kena ingat, di mana ada manusia, di situ juga akan ada Dakwah. di mana ada Dakwah, di situ juga akan adanya Tarbiyyah.

3. Rasulullah : "Siapa yang menghidupkan sunnahku ketika ummatku rosak, maka baginya pahala 100 orang syaheed" HR Baihaqi.


4. semestinya, Dakwah itu pun kita kira as sunnah nabi yang WAJIB kita ikut. betul tak? ganjaran 100 orang syaheed tu. jangan memain kawan kawan ^^,


5. Mustafa Masyhur : "Islam tidak akan redho dengan Muslim yang redho dengan permasalahan yang berlaku ke atas ummat sekarang. dan Islam juga tidak redho dengan muslim yang tunduk kepada suasana tersebut"


jadi. apa lagi. jom. persiapkan diri. perbaiki diri, dan serulah kepada orang lain. mari. ajak mereka kepada Islam yang sebenar. mari. buat kerja Islam ni sama sama. kerana kita tak mungkin mampu nak buat kerja Islam ni sorang sorang.




Sir Abduh MATRI,
03012009
@Simpang Renggam


***

setelah setahun. buku nota pun dah penuh. perlu diganti yang baru. lepas ganti, rindu pula dengan buku nota lama. buka balik, baca balik nota nota penyampaian yang dapat dulu dulu.

saja nak share apa yang pernah saya dapat sebelum ni dengan kalian. moga bermanfaat.

salam ^^,

for me to remember, for you to ponder

[] nak makan sate kat rumah mc jai. hehe

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.