De'Pikir : sebuah permulaan

De'Pikir 
Debat . Pemidato . Pemikir
Sebuah permulaan

De'Pikir, adalah sebuah kelab bagi para penggiat, peminat dan penggerak kepada Debat dan Pidato di Universiti Teknologi Malaysia.

Menjadi ahli kepada Kelab De'Pikir ini membolehkan anda belajar bagaimana untuk berdebat, berpidato, melakukan syarahan, melakukan pengucapan awam, tampil yakin dan berkarisma ketika beraksi 

Selain itu, ianya juga dapat menambah kemahiran anda dalam berfikir secara cepat dan tepat, berfikir secara kritikal bagaimana hendak melawan hujah lawan on the spot, menambah ilmu pengetahuan terhadap isu semasa yang berbentuk ilmiah dan menjana percambahan dan perkembangan idea serta melatih gaya pemikiran matang. yang paling penting, debat melatih anda untuk tetap teguh dan teruskan perjuangan dalam situasi yang sangat menekan@tertekan!


Ohh ya, bersama kelab De'Pikir, anda akan menjelajah satu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan lain lain negara untuk bertanding

Ini cerita saya 

Saya, sangat meminati perdebatan dan pengucapan awam. Saya sangat suka untuk memberitahu orang ramai apa yang saya rasakan, pendapat saya, pengalaman saya, dan berkongsi ilmu yang saya ada.

Kerana minat tersebut, saya join kelab De'Pikir UTM ini.

Di dalam perdebatan, saya belajar bagaimana untuk bercakap ringkas dan padat, bagaimana untuk counter-point pihak lawan, bagaimana untuk menggunakan nada suara untuk influence pemikiran penonton dan menarik minat hakim.


Saya juga belajar untuk memahami sesuatu konteks isu itu dengan cepat dan tangkas, ia melatih saya untuk berfikir dengan pantas, kritikal dan logik. Di dalam perdebatan juga, saya belajar untuk menggunakan ilmu akal@logik dan yang paling utama, di dalam perdebatan saya belajar bagaimana untuk menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan.


Mungkin ada yang mengatakan, masuk perdebatan adalah perkara yang sia-sia dan membazir masa. Mungkin. itu pendapat mereka. dan semestinya, pendapat saya bukan begitu.


Sekiranya, pada masa ini saya sudah belajar dan boleh untuk menarik minat masyarakat untuk mendengar apa yang saya cakapkan, mudah kerja saya untuk bercakap mengenai Islam satu hari nanti. Apabila saya sudah tahu bagaimana nak menarik perhatian orang agar dengar apa yang saya cakap, lagi mudah kerja saya nak cerita fasal Islam nanti.


Lagi satu, Kak Ruqayyah ada cakap pada saya, kalau bukan kita orang Islam ni nak counter-point orang kafir balik fasal hijab, fasal muslimah ni kena tindas, fasal feminism, dan perkara perkara yang menjatuhkan Islam yang lain, siapa lagi? betul tak? 


Oleh itu, saya ingin menyahut cabaran ini, berusaha untuk memperbaiki kemahiran bercakap dan kemahiran influence orang, agas satu hari nanti saya boleh jadi antara mereka yang memback-up Islam tatkala Islam dijatuhkan. Allahumma ameen.

saya juga makin gembira dan bersemangat untuk aktif dalam arena ini kerana umi dan ayah yang memberi sokongan penuh, kakcik saya yang juga seorang pendebat (bahasa arab) yang boleh la saya nak kata hebat (saya tak pernah tengok dia berdebat).

pernah sekali saya terpaksa skip halaqat kerana ada Kem Debat di Sg. Merab, lalu mas'ul tanya "kenapa tak boleh datang halaqat nanti?" dan saya jawab lah ada kem debat. then mas'ul kata, selagi mana dia boleh contrbute pada Islam, go on then. ALhamdulillah.


Tapi 

bukan semua dalam berdebat ni yang best. menangis kerana sangat tertekan ketika bertanding itu satu perkara biasa. lelaki juga tidak terkecuali.

semestinya, debat memerlukan komitmen yang tinggi daripada penggiatnya. ebat bukan hanya pada bercakap, tapi juga pada mencari info untuk sesuatu kajian kes selama berminggu-minggu. dan itu satu perkara biasa dan tidak dapat dielakkan. 

berlatih sampai larut malam, sampai takda suara, sampai kepala naik senget pun, itu satu perkara biasa.


dan apabila sudah biasa, lama lama akan jadi lali dan tak kisah untuk harungi semua itu demi sebuah cita cita.


Harapan 
  1. saya ingin menjadi pendebat terbaik antara yang terbaik. semestinya saya kena usaha lebih dan perjalanannya masih panjang. masa 4tahun diberikan untuk menjadi yang terbaik. mungkin juga kurang daripada itu ^_^
  2. saya nak menjadi johan dalam setiap perdebatan. juga pidato. saya nak tunjukkan orang yang bawa Islam pun boleh jadi yang terbaik. yang tertinggi. bukan lelaki lelaki lembut itu sahaja yang boleh menang. ingat tu!
  3. saya berharap, penglibatan saya dalam debat ini tidak mengganggu kerja-kerja DnT saya di UTM insya Allah. mas'ul saya ada pesan supaya pandai seimbangkan.
  4. satu hari nanti saya nak jadi pakar, yang pandai main psikologi untuk influence orang. tentunya kearah kebaikan insya Allah. yeahh!
 Akhir sekali

debat adalah minat saya. cita-cita saya. dan saya ada misi yang perlu dilangsaikan.

insya Allah


kepada kalian, mohon doakan perjalanan saya dalam arena ini dimudahkan dan diredhai Allah. ameen..

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.