uia ohh iium


sekarang berada di uia. dan akan terus di sini untuk tiga hari yang akan datang. 

duduk di uia, untuk teman kakcik. eceh. dia ada kerja katanya.


sambil duduk sini boleh ziarah sahibah sini :)


selalu kami berdua bertikam lidah kononnya Uni masing masing is better. in the end, UTM mestilah lebih baik! hehe.


jadi, based on kakcik,


dia : "kat lounge lani best. ada astro. dah boleh control sendiri.."

me : kat utm pun ade. 

dia : siang siang jangan bukak tingkap. nanti monyet masuk! based on her experiences

me : haila. baikk..

dia : malam takleh bukak tingkap besar besar. nanti cengkerik masuk..


me : pulak..apakah??!!


turn saya pulak.


me : chet. kalu kat utm semua bilik dapat wifi tau. full bar lagi.


dia : kat sini pun. cuma mahallah ni je yang tak. atas bukit.


[eceh] haha. kalah 1-0.


**

ada satu pengalaman tak best saya di uia. masa tu ada palestine week kat sini. saya bermalam kat bilik kakcik. malam tu, pergilah ke talk sempena palestine week tu. penyampainya ustaz Darus.

then. dengar punya dengar, kakcik panggil ajak balik. katanya, kena balik awal. kang mak guard kunci pintu susah. dah nak kena jalan jauh pi jalan ke pintu utama mahallah. huhu.

kami pun keluar lah awal. jalan pi naik tangga yang agak tinggi tuh. dah sampai kat atas tu, tengok tengok pintu dah kunci. wallaweh. hangin sungguh. mak guard kunci 10 minit awal. belum pukul 11 malam lagi time tu.

fikir punya fikir, nak jalan pi main gate jauh. solusinya, kita panjat jelah. MARI! 

wah. dah lama tak panjat memanjat ni. huhu. rupanya kakcik kata dia selalu dah panjat pagar ni. dengan memakai abaya pulak tu. hebat kakcik ku. kehkehkeh.

itulah pengalaman tak best first time saya duduk kat uia.

**

ohh ya. sedang menunggu sahibah saya tengku  masyitah buat penghantaran dadih ke bilik. cepat syitah! cepat! ^_^




Comments

bintufadeen said…
syitah buat part time job ke?
jual dadih dr bilik ke bilik?hebat... :D
hehe..syitah mmg hebat ^^
~ Broizzam ~ said…
heh?? pic 2 amek dr mne?? semart laa...huhu.. =)
broizzam>ambil dari pakcik google

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.