si kecil itu : ainin sofiya mz




latest pic of her~anak papa wajib ada spec hitam.


sedar tak sedar.

hari ini.

puteri kecil kami sudah masuk dua tahun. selamat hari lahir yang ke-2 ainin konin ^_^

sekejap sahaja rasanya.

sudah pandai berkeletah.

keletahnya yang sangat memikat.

sangat chumil.

bersinar sinar muka dia.

kanak kanak kecil itu belum ada dosa.






inilah puteri keluarga kami. jantung hati saya :)



ada nanny pesan pada saya,

"je, kalau umi tak sempat nak tengok ainin membesar, tolong jaga dia elok elok. pastikan dia dapat fikrah islam ni. umi harap sangat. ni umi amanahkan kat kamu ni"

terkedu. terdiam. mampukah? bolehkah? insya Allah boleh. sayu je rasa hati ini.

betapa melihatkan kami semua ada harapan yang besar pada si kecil ainin. begitu pada maryam dan mawaddah.

teringat satu hadith nabi yang lebih kurang begini maksudnya

"setiap anak itu lahir dengan fitrah (islam), terpulang kepada ibu bapa hendak menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi"

moga Allah jaga ainin saya, dengan sebaik baik penjagaan. agar si kecil ini menjadi muslimah solehah. menjadi mujahidah ummah satu masa nanti.

moga ainin selamat daripada kejahilan ummah.

insya ALlah. maksu jaga ainin elok elok. insya Allah.

fuhh. amanah berat ni. diri sendiri pun tak terjaga lagi.


ainin comel.

memang banyak memori antara saya dan ainin, kalau nak dibandingkan dengan pakngah, makcak, ngan makteh. eceh. terperasan pula.

mungkin sebab saya yang jada dia dari kecil kut. hee.

masih ingat lagi 2 tahun lepas.

cuti SPM saya memang totally jaga ainin.

dari budak kecil yang hitam kemerah merahan dan berbulu [terjujur sangat la pulak.hehe], jadi secomel comel makhluk.

memang takjub.

saya orang first lihat ainin baru nak belajar meniarap.

2hari sebelum ke matrix ainin sudah mula nak merangkak kehadapan.

balik bercuti lihat ainin baru nak bertatih

dan sekarang, ainin sudah pandai sebut nama maksu, walaupun pelat pelat.

sampai jeles Wan sebab ainin tak pandai sebut nama wan. sorilah ye yah. wee

tak puas jumpa ainin kelmarin.

sorilah nin maksu selalu buli ainin. selalu buat ainin nangis. dah itu hobi maksu. nak buat cemana. kalau tak nanti, takda sapa nak buli ainin, tak thrill lah zaman kanak kanak nanti. hehe

tapi buli buli pun maksu sayang kat ainin.

ok, moga ainin membesar, jadi anak yang solehah pada papa n mama. jadi muslimah tau nin.
jangan nakal nakal. tapi kalau nakal macam maksu takpe. eceh.

kepada kalian di luar sana, jaga anak kalian elok elok. jangan sampai mereka di bawa arus jahiliyah.

moga Allah redha

salam



for me to remember, for you to ponder


[] rindu gile dekat maryam ngan mawaddah T_T

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.