risau.




assalamualaikum semua. harap kalian baik baik sahaja.

mengejar masa. baik.

Alhamdulillah. dah masuk minggu study leave. paper first is etnik 11 haribulan. insya Allah mudah. bulat bulat sahaje. jadi rasa macam tak periksa. hee

paper yang rasa betul betul final is social psycho dan seterusnya yang lainlain. start 23 haribulan. jadi. ada masa lebih kurang 22 hari lagi. banyak masa lagi. [yeke?]

jadi.

oleh kerana kononnya ada 22 hari lagi. dekat sangat dah rasanya. tapi. melihatkan classmates semuanya rilex macam takda apa apa yang akan berlaku. buat diri ini rasa pelik dan risau. mereka ini, tidak mahu belajarkah? masih sempat bershopping sana sini. tengok movie dan segala bagai. hmm. saya yang risau terlebih atau mereka yang sepatutnya risau? pelik pelik.

takpelah.

takpelah kalau mereka kata lambat lagi. hmm. takpe. tapi diri ini rasa dah dekat sangat. jadi baik diri ini buat preparation sebaiknya. agar tak menyesal dikemudian hari. insya Allah. kalau kita plan masa kita betul betul, nanti masa dah nak dekat hari exam, takdalah kalut sangat semua tak baca lagi. kankan? dan nanti masa tu hati rasa tenang je sebab semua dah dalam genggaman. eceh.

takpelah bersusah susah sekarang. nanti time depa kalut saya dah boleh nak rilex. heh :)

sebab.

"ala sarah. rilex le. lambat lagi"

pada saya. belajar. bukan lagi perkara yang boleh dibuat main main [menunjukkan dulu saya belajar main main]. bila dah dapat kefahaman sedikit berkenaan belajar ni. saya rasa. saya dah tak boleh nak main main. kena lebih serius. belajar, hakikatnya satu amanah yang sangat berat.

hadith nabi ada kata menuntut ilmu tiu wajib bagi setiap Muslim.

Allah ada berfirman kata hendaklah sebahagian dari kita pergi berjihad, sebahagian lagi pergi menuntut ilmu.

nah. wajib. wajib. jangan main main. menuntut ilmu. biar jadi sampai 'alim [pakar]. dan kita tak nak 'alim ja, tapi mujahid juga. senang kata, biar sampai jadi 'alim mujahid :)

jadi. kalau belajar main main. kalau ikut logik, agak agak boleh score kah? jadi. kalau kita yang insya Allah membawa nama Islam dari segi perilaku dan pembawakan diri ni tak score dalam study, agak agak orang pandang tinggi tak pada Islam? ke pandang rendah? dah kita pula menjadi fitnah pada Islam.

"kononnya bawa Islam tapi study pun hampeh. Islam memang hampeh la kalau macam tu"

nak ke orang kata Islam macam tu? mestila tak nak kan?

jadi. bagi saya. cukuplah kantoi tak score sangat time spm dulu. cukuplah sekali. walaupun orang kata 6A1 tu dah bagus, tapi bagus apanya. kalau bandingkan dengan sahabat sahabat lain yang jauuuuuuh lebih hebat. jadi. nak kena tebus balik.

jadi. pasang niat betul betul. belajar dan nak score yang terbaik untuk Islam. taknak bagi Islam direndahkan.
untuk gembirakan hati umi ayah.
untuk kepuasan hati sendiri[bolehkah macam tu?]


apa apa pun. utamakan yang utama. jangan tinggal quran,solat dll!

jadinya.

plan masa kita elok elok. plan dalam 24jam tu berapa banyak kita nak guna untuk study. 4jam ke, 8 ke, 10 ke. depends pada kita. asalkan kita plan elok elok.

selain tu. kalau kita plan masa elok elok. insya ALlah semua program yang dirancang kita boleh join dan pergi. kang nanti time ada halaqah, time tulah baru nak study. time ada daurah, time tulah nak study. jadi alasannya tak pergi program sebab nak study. padahal salah kita yang tak study@plan awal awal


**


semalam umi dan ayah datang ziarah anak mereka di utm. eceh. macam jauh ja. datang membawa chendoi. fuh. sedap. baru 4 hari tak balik. dah rindu. ececeh..

"kamu tak nak balik ka? umi masak kari ayam hari ni. sambal tempe campo kentang ngan ikin bilis yang kamu suka tu pun ada" kata ayah sambil memegang perut beliau yang kekenyangan. dan umi meng-iya kan.

haha. sedapnya. tapi pujukan tak diterima. tak cair pun. huhu. lain kali ye yah. bagi je habiskan revision dulu na. insya Allah hari jumaat nanti je balik :)

**

maaf kepada kakcik. ye. sori. je balas mesej lambat. sori. jangan merajuk merajuk na. takda sapa nak pujuk. huhu. dah hang bagi mesej time je tengah study, memang le tak leh nak balas. sebab je manage time wisely nilah tak sempat nak balas mesej. huhu

ohh. yang mesej hari ahad lepas tu mmg dah telupa nak balas. kalau dah telupa nak wat cana. maafkan jelah adikmu ni ye peep. huu

ohh ya satu pesanan pada kalian. kalau tengah study, henset letak jauh jauh. takpun silent@off kan. baru boleh fokus. kalau tak, baru baca satu ayat, dah ada mesej masuk. dah nak kena balas pulak. lepas tu, sambung lagi baca, dah ada orang call pulak. last last, tak belajar lah jawabnya. haila.

**

maaf pada sayang ku nawal, tak dapat join the holiday kat melaka. hee. as i outlined my schedule, nampaknya dah takda masa nak berholiday. hee. sori yeh nawal :)

**

jadi. harapnya. sama sama kita saling mendoakan kejayaan bersama. doakan saya. boleh score dengan cemerlang dalam study. doakan juga agar Allah kira study kita ni as amal yang diredhai.

all the best and goodluck, khusus buat mereka :

~mama and walid. mama start exam sama dengan saya, 11hb. walid tak pasti dah start ke belum. buat maryam, behave yourself. jadi solehah sikit ye maryam. mama ngan walid nak study :) [tapi maryam mmg solehah pun selama ni]

~kakcik. buat bebetui na peep. maintain dapat dean's list lagi. all the best.

~ikhwah dan akhawat xgen yang sama sama lebih kurang tarikh finalnya. all the best. ingat janji kita, nak gegar dunia!

~sahibah sahibah tersayang. fatimahK, ummu, ainin dan lain lain. buat yang terbaik.

**

tak tahu bila lagi nak online ni. beberapa post yang mendatang ni semua dah di schedule kan. akan terpost automatically. wont be in the net for the next few weeks. insya Allah. apa apa hal, text@call me.

orite. terpanjang pulak post. moga Allah redha. salam


for me to remember for you to ponder


[] 5hb ni ainin konin balik jb!!!

Comments

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back