kedekut masa.


assalamualaikum :)



Alhamdulillah. pengajaran yang saya dapat. kalau kita kedekut masa dengan Allah. Allah akan kedekut masa dengan kita. kalau kita tak berkira masa kita untuk Allah. maka Allah pun takkan berkira nak beri masa Dia kat kita. betul tak?

dan semestinya. masa untuk Allah tu, mestilah ikhlas. kalau kita beri sikit masa kita untuk Allah tapi mulut merungut rungut, hati menyumpah nyumpah, baik tak payah. Allah pun takmo kalau macam tu. kankan?

jadi Alhamdulillah. Allah bagi rasa lapang pula semenjak dua menjak ni. adakah ini ujian nak tengok saya akan bazirkan masa bermalas malasan atau terus fokus belajar? mungkin. sebab lani rasa termalas pulak. heh.

baik. kena terus usaha. fokus. pada apa yang penting.

tapi. pagi ini. saya terfikir. bila kita berada dalam sistem ini, sistem pendidikan ini, sistem jahiliyah ini, buat saya tersedar. betapa sistem ini telah berjaya menyibukkan kita dengan perkara yang sangat jauh dari Allah. walaupun study itu sepatutnya buat kita makin dengan Allah sebab ilmu tu Dia punya, tapi berapa ramai yang sedar?

ramai yang belajar gilagila. sampai lewat malam@pagi. sebelum subuh dah tidur. kesannya, subuh gajah. lewat soat subuh. agak agak study kita sepanjang malam tu barokah tak? ramai juga yang study gilagila sampai tinggal solat, nak baca quran pun tak sempat. alma'thurat lagi la. solat sunat? sempat tak? bagi mereka yang punya halaqah, jangan sampai tinggal halaqah hanya kerana alasan nak study.

manage betul betul. jadikan halaqah tu waktu untuk kita rehatkan minda betul betul. waktu untuk kita bina kekuatan dalaman dan juga jiddiyah untk terus berusaha dalam belajar atau dakwah.

dan. semestinya. perkara ini berlaku sendiri pada saya. sebab tu saya nak kongsi dengan kalian. kesibukan yang melanda kita semua sejak akhir akhir ni, buat saya jauh dengan Quran. walaupun tilawah Quran harian tidak ditinggalkan, tapi berapa lama sudah saya tinggalkan i'adah quran? dah berapa lama tak mengulang hafazan? dah berapa banyak hadith yang dulu belajar dan hafal sekarang dah lupa? dah berapa banyak surah dan ayat yang dah dilupakan.

buku psychology yang tebal macam kamus tu pun buleh habis baca. tapi alQuran tak sempat nak mengulang? wahai diri, insaflah!

astaghfirullah. mesti sudah Quran saya kerana dah lama tak bermanja dengan dia.

jadi. mari ikhwah akahawat. jangan jadi macam saya. mari. kita usaha. sibuk mana pun. usahakan diri untuk ulang balik hafazan hafazan kita. ingat balik. dulu kat sekolah punya la susah nak hafal albaqarah tu. ali imran tu. ustazah siap rotan kalau tak hafal. jadinya, rugi la kan kalau dah hafal berjuzuk juzuk tapi burn macam tu ja sebab tak mengulang. at least, try mengulang satu page sehari.

nak mudah. saya cadangkan. sambil study, buka la mp3 quran kat laptop. sambil belajar sambil dengar. mari. Allah beri saya kesedaran pagi ni. jadi saya kongsikan dengan kalian semua. moga Allah redha. moga Allah bantu! jangan sampai dapat dosa sia sia sebab lupa ayat Dia :)




for me to remember, for you to ponder


[] hati, tenanglah. insya ALlah final nanti mudah :)

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.