ibrah



sangat cantik view dia kan? -gambar dari BHOnline

gambar 1 : Gunung Merapi memuntahkan segala isinya.

komen : Allahuakbar! Subhanallah! lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah yang satu ni kan. dan betapa melihatkan kita manusia sangat lemah bila berhadapan dengannya. tak usah bongkak manusia. ambillah pengajaran daripada kejadian alam semula jadi ini@musibah ini. setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya. adakah ini sebagai balasan kefasadatan manusia di bumi?



banjir di Kedah. rumah tok dan tokwan pun tenggelam -gambar dari BHOnline


Gambar 2 : pemandangan banjir sekitar Alor Setar, Kedah

komen : banjir ini hadir sebagai ujian keimanan. melihat adakah kita redha dengan segala ketentuan Tuhan. juga sebagai teguran. kepada mereka yang membuat kezaliman dan kefasadatan. di atas muka bumi ini yang penuh kelalaian.


“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Rum 41)
” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)
sedarkah kita. ini hakikatnya satu teguran. agar kita sentiasa berusaha berada dalam kebaikan, dan memerangi kekafiran dan kefasadatan. ini tugas kita. bukan tugas mereka. kerena mereka adalah golongan yang tak boleh nak diharapkan.
mari. bersama saya. kita perangi kefasadatan dan kemungkaran. semestinya. bermula daripada diri kita sendiri!

for me to remember, for you to ponder

[] di rumah, bersama Ainin konin ^_^

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.