gadis itu : meraikan

Fatimah Kamaruddin

assalamualaikum semua. sehat ka? moga moga kalian sentiasa dalama rahmat Allah.

ahad lepas saya berkesampatan pergi ke rumah sahibah tersayang, Fatimah Kamaruddin kerana ada hal sedikit, sambil sambil tu boleh bertaaruf lebih sikit (bukankah taaruf tu proses sepanjang hayat ^_^)

seronok sangat sebab sesat dapat explore jalan baru bersama dengan Kak Ruqayyah. main pusing pusing 4 round kat Pasir Gudang sana yang jarak satu tempat dan satu tempat yang lain sangatlah dekat jauh.

baik. meraikan. itulah dia. saja nak bercerita, keluarga Fatimah sangat meraikan tetamu. oleh sebab sesat explore jalan baru lama sangat, sampai di rumah Fatimah pun dekat dekat tengahari. apa lagi, tanpa segan silu, terus lah mengisi perut yang lapar dengan sekali ajakan sahaja. wee

memang hidang kat tetamu macam macam makanan. sedap pula tu. pandai Timah dan mak dia masak. mula mula makan kek batik, lepas tu makan nasi lauk ayam masak asam, ada sayur sedap, ada ikan goreng, ada ayaq asam. lepas tu, makan pulak koktel ngan puding yang Timah. memang sakan makan. sekejap, yang ni round pertama.

lepas tu berbincang bincang apa yang patut, sambil tu Timah hidangkan kek batik lagi. dan juga buah. sedap. yang ini second round.

time dah nak dekat asar tu, makcik Faridah (mak Timah) hidangkan pulak air teh dengan pisang goreng. mak aih. sedap. sangat sedap. rangup krep krep tepung dia. yang ni third round. 

then buat kerja lagi. dah nak dekat maghrib tu, makcik Faridah hidangkan pulak char kuew teow (makanan faveretku). mak aih. yang ni memang sedap yang amat amat. rasa dia sama macam char kuew teow yang saya selalu makan kat hentian bas penang masa duduk kat perlis hari tu. sedap sedap.

balik tu, mak timah bungkus kan pulak makanan untuk bawa balik. yeappy!

Alhamdulillah. memang kagum tengok family Fatimah ni meraikan tetamu. hidang makanan macam macam. buat rasa nak datang lagi. hehe

lepas tu sangat ramah, sediakan bilik nak bincang yang sangat selesa, sediakan telekung yang bersih nak solat, toilet pun best. semuanye best lah senang kata. berbaloi la kiranya saya ngan kak ruqayyah sesat explore jalan awal awal tu ^_^

tapi part paling best mestilah part makanan :)
sebab saya orang yang sangat menghargai dan menikmati makanan.
lagi lagi kalau sedap dan free. 

jadi, pengajaran buat saya dan kalian, kalau ada tetamu datang rumah, raikanlah sebaik baiknya ye. nabi pun ada cakap, kita wajib melayani dan berikan yang terbaik untuk tetamu kita. kan kan?

baik. pergi dulu, tidur nanti jangan lupa baca doa yeh.
wassalamualaikum :)

for me to remember, for you to ponder

[] ini post nak merehatkan minda setelah penat memerah otak.
[] sekarang di Subang baby sitting Ainin Konin ^_^

Comments

bintufadeen said…
segan sy je...
huish....
datang la lagi ye...
dapat rasa menu lain pulak..hehe ^_^

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.