gadis itu : dusta


bila kelih kanan kiri
baru tersedar
betapa banyak nikmat Ilahi
yang telah aku dustai.


bila aku melihat mereka
bila aku menyantuni mereka
bila aku mengetahui masalah mereka
baru aku tersedar
betapa banyak nikmat Ilahi
yang telah aku dustai.


bila mengkoreksi diri
bila melihat kembali diri
bila melihat semua nikmat yang diberi
bila nikmat itu tidak terhitung dengan jari
baru aku tersedar
betapa banyak nikmat Ilahi
yang telah aku dustai.


dan nikmat Aku yang manakah telah engkau dustakan? - arRahman
semestinya
mensyukuri nikmat itu
bukan hanya di pinggiran bibir
bukan hanya diucapkan
bukan hanya difikir fikir dan dikenang kenang

tetapi dengan pembuktian
dibuktikan dengan amalan
dibuktikan dengan keimanan
dibuktikan dengan pembersihan hati
dibuktikan dengan sentiasa mengingati Ilahi

Ilahi, jangan Engkau jadikan aku,
hambaMu yang memaling dan melupai
semua nikmat yang telah Engkau berikan

Ilahi, jadikan aku hambaMu yang benarbenar bersyukur
bukan hanya pada ucapan, tetapi juga dengan amalan dan taqwa kepadaMu

Allahumma ameen.

for me to remember, for you to ponder

[] eid milad kepada kak syarifah ruqayyah alhaddad. moga iman,amal,taqwa, dan syuur DnT bertambah seiring usia ^_^ 

Comments

Humayra' said…
heh. baru perasan wish kat bwh tu

tapi dush3.. terasa dgn sajak tu.. ayuh, sama2 buktikan syukur dgn menggerakkan diri beramal. dengan jiwa, jasad dan harta.. insyaAllah..

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.