gadis itu : alFurqan





si gadis itu sedang mengulangkaji. tiba tiba dia merasakan alFurqan di hadapannya itu bagai memanggil manggilnya. dia berhenti membaca. lantas mencapai alFurqannya.

tiba tiba rasa rindu untuk mengulang hafalan. tiba tiba rasa rindu suasana menghafal ayat alFurqan di sekolah dahulu.

ahh. kalau dahulu di sekolah. zon selesa.

rindu dengan zon itu.



lantas bangun memperbaharui wudhu'. berhenti mengulangkaji. dan gadis itu menyulam rindu sebentar dengan alFurqan itu.

di sekolah dahulu, ada suasana alFurqan. ada suasana menghafal ayat alFurqan. semua orang diwajibkan menghafal alFurqan, mengikut tingkatan dan juzuk yang berkaitan.

gadis itu. rindu suasana sekolahnya. semua kebaikan selalunya dipaksa ke atas semua pelajarnya untuk dilakukan. lebih lebih lagi dalam menghafal alFurqan.

kadang rasa terpaksa nak menghafal. kadang rasa gembira. kadang rasa best. kadang menghafal hanya sebab nak dapat A.

rasa dipaksa@terpaksa itu. kerana belum faham, kenapa perlu melakukan hafalan itu. dan semestinya kefahaman itu bukan datang sebarangan. perlu masa dan keadaan.

dan sekarang. si gadis itu sudah faham. hakikat perlunya membuat hafalan itu. terima kasih kepada murobbi si gadis itu, yang dahulunya memaksa si gadis itu melakukan hafalan itu. kini gadis itu sudah tidak lagi rasa bagai terpaksa. tetapi merasa sangat rindu dan berusaha mencari masa bersama alFurqan itu.

mungkin si gadis itu dahulunya tidak faham, kerana dia memang berada dalam zon yang selesa. suasana yang solehah. yang tidak memerlukan dia ada kekuatan dalaman nya sendiri. kerana keadaan sekeliling itu sendiri yang menjadi penguat hati.

namun, si gadis itu sudah tidak berada di zon itu lagi. sudah berada dalam zon yang menyesatkan. zon yang melemahkan. zon yang memporak perandakan.

dan sekarang baru si gadis itu sedar, betapa perlunya kembali kepada alFurqan itu, untuk mencari dan maintain kekuatan dalaman. betapa baru si gadis itu faham, alFurqan itu sumber kekuatan.

dahulu si gadis itu tidak sedar alFurqan itu sumber kekuatan, kerana dia masih berada dalam zon yang sangat selesa. namun sekarang tidak lagi. si gadis itu sudah sedar. alFurqan itu adalah sumber kekuatan yang utama.

kalau dahulu, murobbi si gadis itu yang selalu memperingatkan dia agar sentiasa menjaga alFurqan itu kemas kemas dalam hati.

murobbi dia lah yang selalu mengecheck hafalan si gadis itu.

murobbi dia lah yang selalu betulkan bacaan si gadis itu.

murobbi dia lah yang selalu menjegilkan mata kalau baca tersekat sekat.

kepada murobbi lah dia menadah tangan kena rotan kalau tidak berjaya menghafal. itu di tingkatan 4. ye. gadis itu masih ingat lagi memori indah itu.

namun kini tiada lagi. tiada lagi mereka yang mengingatkan.

takkan nak mengharapkan ibu bapa gadis itu lagi untuk mengingatkan?

dan terima kasih kepada ibu bapa gadis itu, kerana di rumah selalu in sudden minta membaca certain surah untuk mengecheck hafalan.

takkan nak minta sahabat ingatkan lagi? sampai bila nak berdikari kalau begitu?

terpulang kepada diri si gadis itu untuk mengingatkan diri sendiri.

terpulang kepada si gadis itu untuk mendisiplinkan diri, agar tetap dengan alFurqan itu,

agar menyimpan kemas kemas hafalan alFurqan di dalam hati.

kerana si gadis itu tahu, dengan meninggalkan alFurqan itu, bermaksud dia meninggalkan hampir semua kekuatan dalamannya.

moga Allah beri kekuatan kepada gadis itu, untuk istiqomah menjaga alFurqan, menjaga ayat ayat alFurqan di dalam hati.

dan semestinya, bukan hanya untuk disemat kemas di dalam hati, tetapi untuk dijadikan panduan dan dipraktikkan.

doakan si gadis itu~



for me to remember, for you to ponder


[] alFurqan itu, nama lain bagi alQuran :)


Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.