Ayah : sedekahkan jelah

[situasi] ayah di rumah. saya di kolej. umi di perak

ayah: assalamualaikum..


saya: yosh. waalaikumussalam..wee. awatnya Yah?


ayah: tengah buat apa tu? kamu kat mana, dah makan belum? bila nak balik?


saya: ehe. rindu ke Yah? Je kat kolej. tengah baca buku. makan dah. nasi kerabu. sedaaaaaaaap


ayah: tak basuh baju ka? bila nak balik?


saya: Je balik lepas habis paper kut insya Allah. hari jumaat. takpun hari sabtu petang. hah. Yah. nak tau tak


ayah: apanya?


saya: tadi nak gi membasuh. lepas tu kan. sekali tengok sabun dah takde. hilang Yah. ade orang curi. dah la satu tong besar tu. besar macam dynamo kat rumah tuh. haish la. geram betul. musim musim pekse ni ade pulak yang nak main curi curi. lepas tu dia tinggal je baldi ngan berus kat situ.

ayah: ...

saya: lepas tu kan Yah. Je tanye la kat budak budak floor Je ni. rupenye diorang kate diorang pun ade hilang gak Yah. baldi ade. syampoo ade. haish. tak tahu lah nanti orang tu nak pekse cane nanti. ei. geramm geram. dah la banyak


ayah: sedekahkan jelahh.. sabar..


saya: erk. sedekah camtu je? [dush rasa kena tumbuk sekuat hati] tapi Yah, ni dia curik semua orang punya ni. bukannya satu orang punye je..


ayah: iye..redha jelah. maafkan dia. sedekahkan jelah. kut kut dia tak mampu nak beli.


saya: nganga. sedekah kan ek..sedekah kan..hmm..baik..sedekahkan..redha jelah..aigo

ayah: k, all the best paper nanti. jaga diri. salam

saya: huu. baikkkk!!! sedekah kan jelahh!!

****

sabar, itulah perkara yang terbaik.
maafkanlah, nescaya akan melapangkan fikiran.
lupakanlah, nescaya tiada hasad mencengkam.
senang kata, sedekahkan jelah..

my Ayah, memang sangat penyabar orangnye. saya pula sangat penyabar tidak sabar. sebab itu sesuai bersama. penyabar dan yang tidak sabar. selalu suruh saya sabar. dan selalunya nasihat tu bagai angin lalu kat tepi telinga. tapi takda lah lalu sangat. dia singgah sat, lepas tu pergi.

susah sebenarnya nak melatih sabar, menahan marah. ada hadith nabi minta kita untuk tidak marah. tahan marah itu dengan berwidhuk, sabar dan istighfar. insya Allah boleh hilang marah. dan semestinya, Allah akan balas dengan sebaik baik pembalasan terhadap orang yang sabar, sama ada sabar dengan ujian kecil atau besar.

moga satu hari nanti, boleh jadi sepenyabar Ayah. maceh Yah ingatkan Je. wee~

for me to remember, for you to ponder

[] dah habis exam. Alhamdulillah.
[] misi kemanusiaan Merapi seakan memanggil manggil. adakah sudah sampai masanya untuk menyahut? beri peluang ya Allah!

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.