misi flotilla






assalamualaikum semua. sehatkah? moga iman kalian baik baik sahaja.

orite. hari ni nak tunaikan janji saya pada encik@cik anonymous yang mana satu ntah. ramai sangat anonymous. dia minta saya kongsikan fasal misi flotilla ni lebih kurang. dengan suka hati nya saya rasa senang nak berkongsi berkenaan misi ni dengan kalian :)

saya percaya ramai diantara kalian@semua sudah mengetahui bahawa semua misi kemanusiaan ini (misi flotilla/viva palestina) hakikatnya adalah untuk membantu saudara kita yang ditindas dengan kejam oleh Isr4el.

pertamanya kita perlu mengetahui kenapa kita perlu menyokong palestin. nak tahu sebab apa? sila baca kat sini 1 2 dan mana mana lagi web yang banyak bercakap soal kewajipan membantu palestin.

Alhamdulillah. bermula akhir tahun lepas sudah nampak kebejatan usaha usaha yang dilakukan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Ghazzah sana. Vivi Palestina4, Misi Lifeline4Gaza@marvi marmara, lepas tu viva palestina 5@lifeline4. macam macam. tak dikira dengan yang pergi secara sendiri sendiri contohnya palang merah malaysia dan lain lain.

dan yang paling latest hari tu viva palestina5. Alhamdulillah Allah beri mereka peluang untuk memasuki Ghazzah dan beri semua barang barang kemanusiaan tu.

dan selepas ini, akan ada pula misi flotilla2. misi flotilla adalah sama dengan misi misi sebelum ni iaitu misi kemanusiaan, dan masih lagi menggunakan jalan laut. walaupun dijadualkan belayar pada bulan 9@10 ni, nampaknya perancangan Allah lebih baik. misi ini ditangguhkan hingga ke tahun depan. nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini 3

mesti ada hikmahnya kan. Allah nak beri peluang setiap hambaNya tambah lagi kekuatan dalaman, agar terpilih menjadi pejuangNya untuk misi kali ini. Dia juga nak beri peluang mereka merancang gerak kerja sebaiknya, dan memikirkan segala kemungkinan si Isr4el yang hampeh tu. Dia juga nak beri peluang kepada saya dan sahabat sahibah nak buat program kutipan dana untuk misi flotilla ni lagi agaknya. sebab program terakhir kami buat kutipan adalah masa Ramadhan dan Syawal hari tu.

jadi sahabat sahibah, mari. Allah nak beri kita peluang jana pahala dan korban tenaga+masa ni untuk sahabat kita di Ghazzah. bila kita nak buat lagi? jom plan jom! :)

bagi yang nak tahu serba sedikit berkenaan misi flotilla 2 ni, boleh juga klik sini 4

yang pastinya, mereka masih lagi memilih jalan laut kerana

1.Jalan laut bermakna NGO lebih bebas utk membawa seberapa banyak barangan bantuan kemanusiaan tanpa sekatan oleh "puppet2" Israel sekiranya mengikut jln Darat.
2. Jalan laut sebenarnya satu-satunya jalan masuk ke Gaza tanpa terpaksa mengi'tiraf Tembok-Tembok kematian yang dibina oleh Rejim Zionist itu...

(Brother Noorazman)


jadi. yang paling minimun kita buleh buat sekarang ialah terus mendoakan mereka, dan boikot. ye. boikot yeh kawan kawan. [rasa rindu pula kat Milo. dah setengah tahun tak minum.huhu]

rasanya tu je kut. moga Allah beri kita kekuatan untuk terus membantu sahabat sahabat kita di sana. ingatlaha, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima :)




for me to remember, for you to ponder


[] minta maaf pada anonymous. ini bukan hasil tulisan yang baik. saya tahu itu. saya berlumba dengan masa. next time insya Allah.
[] selamat hari lahir buat sahabat tersayang, Noor Syamila Samsulkamal. jada diri elokelok Lo :)
[] final nak dekat dah. doakan.

Comments

Anonymous said…
moga usaha anda mmbntu paletin dari sudut media/tulisan dikira sbg ibadah disisi ALLAH.

moga ALLAH beri masa yang lapang untuk anda mmbuat urusan2 lain, kerana mngorbnkn masa menulis artikel ini.
saraH²amizah said…
insya Allah. terus mendoakan.

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back