lagi seminggu

saya rindu nak berLL4G lagi. maintain syuur LL4G yeh:)


assalamualaikum semua. apa khabar, sehatkah? moga Iman kalian sehat sehat sentiasa. lani dah pukul 5 petang. siapa yang belum solat, pergi solat dulu ye :)

sigh..

minggu belakangan ni, rasa macam sibuk. penuh planner mingguan saya. masa 24jam tu saya kira memang cukup cukup ja. kadang tu rasa macam tak cukup, tapi kena juga cukup kan.

banyak sungguh asemen yang diberikan. sampaikan sahabat saya faizah, dia ada cakap

"ana tak dengar benda lain dari sarah kecuali asemen je" hehe. betullah tu pekjoh. afwan deh :)

kalau tak minggu ni nak pergi debat di UniMAP. tapi Allah izin asemen tak siap lagi, jadi tak buleh nak pergi.

tapi Alhamdulillah asemen related to journals and reports dah siap. kali ni asemen species lain pula.

ni nak cerita sikit. kali ni asemen kaunseling. Dr beri kami tajuk, dan minta kami tulis apa yang patut, buat research sikit, cari info and so onnnnn related to that tajuk.

kumpulan saya dapat tajuk Power To Choose. Dr nak 100pages ye. mau tak collapse. sila buat dalam dwi-bahasa ye. lagi la kami collapse. lagi lagi Dr nak buat dalam bentuk buku. siap nak perfect binding lagi. wallaweh.. nak hantar perfect binding kena 2-3 hari awal. maksudnya kena siapkan lagi awal lah kan.hmm. tarikh akhir hantar 25hb. hmm.sempat tak nak siap ni?

takpa, ujian menguji ketahanan minda. insya Allah buleh buat.

jadi lani, insya Allah yang bahasa melayu punya version hampir siap. tinggal nak edit ja. hari isnin ni nak propose kat Dr. DOAKAN lah diterima kami punya proposal tu. kalau tak, memang tak sempat la nak perbetuikan. sia sia je kalau tak usaha penat lelah kami kalau tak diterima.

kalau diterima, insya Allah baru buleh nak translate ke english.

moga Allah buka hati Dr Hamdan terima asemen kami ni
moga Allah terima kerja ini sebagai amal makruf
moga Allah redha dengan masa yang kami habiskan.

terima kasih banyak sama Sha and Yvette as my groupmate :)

baru sekarang saya tau. susah sebenarnya nak menuntut ilmu ni. banyak menda nak kena korban. lagi lagi masa. hee.

baru faham kenapa menuntut ilmu di jalan Allah tu, Allah mudahkan jalan ke syurga. baru faham. jadi just make it as motivation lah ye utk lebih berusaha.

ohh ya lagi satu. mohon doa kalian. agar saya sehat sentiasa. symptom demam ni dah cukup dah. sakit kepala. sakit tekak. pening. tinggal nak demam ja. minta jauh la ye. asemen tak siap lagi ni.

ok. syukran semua. wassalam.

for me to remember, for you to ponder

[] serius mohon doakan saya maintain sehat ye. sakit kepala yang amat ni.
[] doakan juga bagi ada kelapangan masa. program LL4G tak start lagi sampai sekarang. haila..
[] terima kasih kak fazirah, kak nawwar and kak shafiqah mai lepak bilik je malam tadi. release sikit stress nya :)

Comments

Anonymous said…
BerLL4g??menarik.

Saya sbg pembaca blog anda, mencadgkan, anda menulis perihal ll4g u next flotilla ni.

Apakah sbnrnya matlamat mmperjuangkan palestin?

Kenapa mesti dgn laut? knapa tidak darat?

Apa peranan rakyat Malaysia terutamnya boleh lakukan?

Smoga ia mmberi manfaat kpd masyrkt.dan smoga penjelasan ini memudahkan study anda dalam mnyiapkan asemen2 yang ada dan akan datang.

wallahuta'ala a'lam.skdr mncadgkan.
saraH²amizah said…
This comment has been removed by the author.
saraH²amizah said…
hee.anonymous..

ada style lah cara kamu tanya saya. macam wartawan :)

insya Allah, saya terima cadangan kamu. tapi nanti eh. insya Allah lepas asemen Dr Hamdan ni siap.

sebab nak tulis perkara yg berfakta ni, kena buat research sikit. tak buleh main tibai ja. takut nanti salah info pulak.

ok, terus mendoakan. moga Allah redha
saraH²amizah said…
[typo] kamu. bukan kau ^o^
Anonymous said…
skdr mmbntu.

FAQ:http://www.lifeline4gaza.org/2010/08/29/faq-on-second-flotilla-humanitarian-mission-to-gaza/

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.