hectic

maksu miss her mar-yam


jumaat lepas


"je kamu balik tak?"

"tak kut. banyak kerja. awat?"

"saja nak ajak pi kenduri abg zaid"

"tak kut mi. asemen byk tak siap lagi"

"ok. small matter.buat kerja elok elok"


sabtu lepas

"je kitorang nak balik bangi. nak ikut tak?"[umi sengaja menjeleskan daku]

"tak. banyak kerja" [tahan..tahan..]

"tak nak jumpa ainin ka?"

"asemen tak siap lagi..huwa!"

"hehe. ok"


isnin hari tu

"je, umi nak tengok tudung yang kamu belikan tu"

"ohh. kalau sempat nanti je bawak balik"

"umi nak try" [ok faham. nak suruh balik lah tu. huhu]

"kamu tidur rumah ke balik kolej?"

"balik kut. kerja banyak tak siap lagi ni"

rabu hari tu

"je, tengah buat apa tu?"

"buat asemen kat bilik. awat nya call. rindu kah? kehkeh"

"saja nak make sure kamu study"

"ececeh..rindu cakap jelah mi. huhu. tengah buat apa tu?"

"kacau ayah buat kerja.hehe.k buat kerja leklok"

"tq mi"

semalam tengahari

"je, umi masak sedap ni"

[saja nak umpan suruh balik lah tu. takpa, sabar. sabar]

"sori mi. kerja tak siap lagi. esok insya ALlah je balik"

pagi tadi

"jadi balik tak ni?"

"jadi jadi. tapi mlm nanti baru balik. petang ni ada discussion"

"ok"

*****

post kali ni, ingin minta maaf pada umi and ayah. sebab tak dapat balik seminggu. hati meronta ronta nak balik. lagi lagi bila stress buat asemen. tapi lambakan asemen menghalang daku untuk balik.

umi. anaknya yang seorang ni tak balik seminggu. dah rindu [yeke? ke perasan sendiri?]. ye. pasti. kalau tak takkan setiap hari call. huhu. takpe mi. je rindu umi gak. ayah pun :) kalau buleh nak balik setiap hari. tapi apakan daya. kalau balik rumah mesti tak buat kerja punya.

minggu ni dan minggu lepas. memang pack. hectic. memenatkan. banyak asemen dan report nak kena hantar. ada dua journal individu nak kena hantar esok.

journal berkaitan ownership dan chest pain. berapa kali kena reject dengan lec. rasa nak nangis pun ada. bila journal kena reject 2-3 kali. lagi lagi journal ownership. ade ke patut. orang tak belajar finance, tak belajar eco, tapi kena kaji ownership and macam mana dia efek pada pekerja punya motivation. mau tak gila dibuatnya. segala redeemable share lah. ESOP lah. haila. tapi terima kasih kepada kawan kawan kat hidayah dulu yang banyak bantu. terima kasih tak terhingga daku ucapkan.

tapi Alhamdulillah. Allah mudahkan segala urusan. ada hikmah di setiap kejadian tu. kena yakin. sekurang kurangnya daku sudah siap asemennya. kala kawan kawan yang lain baru nak mula! hehe. nasib lah kalian. lain kali jangan buat kerja last minute ye!

sori juga kepada akhawat xgen, sebab tak dapat commit betul betul masa kita buat conference hari tu. tengah struggle siapkan journal yang kena reject masa tu. walau macam mana pun, terima kasih sebab memahami.

yang buat lagi penat. latihan debat. coach besar sudah turun padang. jadinya, start awal habis lewat. huhu. kalau dha pergi latihan, malam tu memang dah burn lah. kalau punya energi lagi, buat asemen. kalau tak, tumbang terus..

thanx juga pada my groupmate;baarath,yvette,sha and yana yang memudahkan kerja :)

buat kak fazirah, kak shah, kak nawar, kak tim, kak pqah, kak hafsah. lani kita kat kolej senyap sunyi je kan. dah lama tak buat lutut jumpa lutut. masing masing berhibernasi dalam bilik dengan asemen masing masing. je doakan kalian dipermudahkah segala urusan :)

oh sebelum terlupa, terima kasih pada kak nawar yang sudi ziarah daku malam malam buta walau hanya di tepi tingkap :)

hari ni pun. kalau buleh nak balik kampung. ada kenduri aqiqah fayyad ngan eshan. abang, kakak, bandin kan kakcik smua pegi. daku, umi ngan ayah je takpi. sedih paling..

hmm..lepas ni. kena siapkan lebih kurang macam journal juga. tapi lagi susah. lect nak 100pages. mak aih. yang ni nak tulis 10pages pun rasa macam nak mati tunggang terbalik. nikan pulak 100pg??!! mudahkanlah ya Allah! mudahkan! kalian doakan saya ye!

lastly, nak cakap [pesanan kepada diri sendiri]
walau macam mana sibuk pun kita. cubalah berusaha untuk balik rumah.
kalau kia sibuk, ada lagi orang yang lagi sibuk dari kita [pesanan ikhwah xgen]
walau seminggu sekali [sebelum ni balik selang dua hari. bila tak balik seminggu tu yang umi rindu tu.kehkekeh]
sebab. kita jangan lupa. ada orang yang ternanti nanti kepulangan kita.
yang rindukan kita.
yang nak dengar kita bercerita.
yang nak bagi nasihat kat kita.
walaupun kolej dengan rumah dekat. tapi kalau tak balik pun tak guna. ingat tu.
kalau takleh balik, cakap molek molek kata takleh balik.
insya Allah umi ayah kita faham. cakap kat depa yang kita ada banyak asemen.
bagi depa doakan. doa depa yang sangat kita perlukan sebenarnya.

ok. takat tu dulu. jaga diri kita baik baik. sibuk mana pun, amalan asasi jangan tinggal[solat,quran,ma'thurat,dhuha and so onn]

till then, salam


for me to remember, for you to ponder


[] umi ayah i love u so much lah. sori ye baru nak balik malam ni.huhu
[]to my dear cikda and chaie, sori tak dapat pi kenduri aqiqah fayyad ngan eshan :(
[]dengar kata ada orang rindu ye daku tak online. nawal?? ^o^
[]terus doakan saya ye.

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.