ranjau

walau terpaksa terbang, akan ku redah jua :)

siapa yang menuntut ilmu di jalan Allah, Allah akan mudahkan jalannya ke syurga

pagi tadi.

selak selak kembali buku teks dan nota nota berkaitan. tepu.

maghrib tadi.

siap siap. test pukul 8 malam. ok, tunggu bas beramai ramai dekat bus stop kolej. fuhh. ramai. tunggu bas. mana bas tak sampai sampai ni? hmm. dah pukul 7.44 malam. aiseh. lambat dah ni.

Alhamdulillah. lepas tu, ada bas datang. wallaweh. sudah penuh. bas tu dari kolej lelaki. sudah penuh. dengan kami yang dekat 100 orang tunggu kat bus stop ni. berebut masuk dalam bas. dan selalunya. malas nak berebut bersesak sesak. tapi apakan daya. test ku pukul 8. menjadi orang yang hampir hampir terakhir sekali.

pakcik bas: okeh dah penuhh! yang lain tu tunggu next bas datang!

aiseh. takleh jadi ni. daku masih di luar bas. sebelah kaki masih belum berjaya dimasukkan ke dalam bas. hade. ku kelih kiri kanan. ada lebih kurang 15 orang belum berjaya naik bas.

daku: ala pakcik! kitorang ada test pukul 8 ni! tak buleh! nak naik jugak!

pakcik bas: ni korang ramai ramai semua ni ada test ke?

mereka yang di dalam bas: ye!

daku dan kawan kawan di luar:yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

pakcik bas:ohh. kalau macam tu. himpit lagi! ok. masuk lagi! meh pakcik sapu semua!

daku: wa. terharu. terima kasih pakcik!

dan bas pun penuh macam tin sardin. bergerak lebih lambat dari siput. lebih had muatan. ada 150 orang daku rasa. kehkehkeh.

daku dan Hoho duduk di dashboard bas. ada yang lainnya berdiri di tangga bas. menghalang side mirror pakcik bas.

sampai di simpang.

pakcik bas: ada kereta tak sebelah sana? pakcik tak nampak ni!

kami: takdaaa!! line clear!

pakcik bas: betul ni?

kami: betul! buleh kona cepat.

wah. dah jadi co-driver la pulak. kehkehkeh.

semua bust stop yang kami lalu, terpaksa kami buat dek. tak buleh nak tambah muatan. minta maaf semua.

sampai di dewan kuliah.

test.

susah soalan dia.

tapi dah buat yang terbaik.

moga Allah bagi yang terbaik untuk daku:)

balik. hmm. habis test pukul 9. bas pukul 10 nanti baru ada. fuhh. lama lagi nak tunggu. ok.

nekad. nak jalan kaki. dekat ke?

tak lah.

jauh mak aih. pecah peluh.

analoginya.

dari pintu masuh utama utm, ke KDSE. atau senang kata, sampai belakang sri pulai sana.

menapak bersama 3 rakan yang lain.

Alhamdulillah. Allah bagi energi yang cukup.

sebab on the way balik tu.

singgah di arked chengal.

pekena nasi paprik.

dari pagi tak makan. hee

total masa berjalan.

setengah jam. tak termasuk makan.

ok la kan.

dari tunggu bas. pukul 10 nanti baru ada.

itu pun tak tentu.

kalau tepat, ok lagi.

tapi biasanya dia lewat.

tapi.

kami sampai di kolej.

pukul 10 juga.

haha. appa da.

tapi best.

jalan malam malam.

experience weh.

teringat kat GT la pulak.

sambil berjalan.

sedap kan hati.

"takpa. malam. tak panas. tak hitam"

"takpa. exercise. bukan selalu"

"takpa. buleh tengok bulan, bintang"

akhirnya. sampai juga.

Alhamdulillah.

teringat kalau dulu dulu. Imam imam besar kita, nak belajar sikit punya susah. kita ni, takat naik bas yang macam sardin,

takat jalan kaki sampai nak patang pinggang,

apelah sangat. kankan?

setiap langkah itu,

kalau diniatkan kerana Dia,

pasti dapat pahala. yakin.

kalau kita tuntut ilmu tu kerana Dia,

dia akan mudahkan jalanku ke syurgaNya.

daku berharap,

agar setiap langkahan ku tadi,

adalah langkah permulaan,

untuk daku melangkah ke SyurgaMu.

ameen.


for me to remember. for you to ponder


[]esok petang test etnik. mohon didoakan ye!




Comments

theSPREADER said…
makin sibuk ye cik sarah..smpai x menyempat nk join sbtu ni..hrp nt dpt pegi.. :)

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back