kerja di bazar

assalamualaikum semua. Ramadhan nak habis dah. sedihnya. semua orang pakat wish saya selamat hari raya. sabar dulu ye kawan kawan. nanti satu syawal nanti saya balas balik segala wish tu semua. :)

ahad lepas

wah. ada iftar HSiswa di pejabat HALUAN kat simpang renggam. best sungguh la. hati hati berpaut kembali. jumpa kembali sahibah tersayang. peluk cium mereka - timahani dan ummu khairah.

bincang gerak kerja - gambar curi di fb 'izzat

ingatkan hanya iftar, ruparupanya ada agenda lain sekali rupanya. penyusunan gerakkerja LL4G kali kedua ni. dan perlaksanaannya totally di bahu HSiswa. tidak melibatkan veteran HALUAN. Allahuakbar! semangat rasanya nak buat kali ni. sebab tenaga kerja pun ramai tak macam masa first2 dulu. sebab semua anak johor dah balik, jadi meriah sikitlah.

generasi pewaris insya Allah - gambar curi di fb 'izzat


kami HSiswa family skudai meletakkan target RM8K dalam masa 4 hari ni. [isnin-khamis] sebelum raya. boleh ke ni? boleh insya Allah. lani pun alhamdulillah dah dapat kumpul RM5K lebih. terima kasih ya Allah atas bantuanMu. usaha kami hanya sedikit, tapi Allah beri bantuan yang sangat banyak!

hari isnin

gerakkerja terus digerakkan oleh family skudai. sahabat ke taman u. sahibah di bbu. tapi Allah izin sahibah tidak dapat bergerak pada hari pertama. walaupun dah siap bawa barang barang dah. dah sampai pun dah kat bbu. tapi perencanaan Allah tu lebih baik. jadi hari pertama, hanya sahabat yang bergerak. kutipan? Alhamdulillah.

ondaway.bersempit sekejap ye

hari selasa

yeay! hari ni kami dapat bergerak Alhamdulillah. misi utama, nak kalahkan sahabat punya kutipan [berlumbalumba dalam kebaikan takpakan?] dan Alhamdulillah kami dapat tewaskan sahabat [hehe] gembiranya. tapi jumlah total kami masih sedikit sebab kami baru kutip sehari. sahabat dah dua hari kutip. tapi memang rasa sangat nak bersaing. makin tinggi persaingan, makin banyak kutipan. makin banyak kutipan, makin gembiralah rakyat di Gaza sana insya Allah. moga Allah terima amalan kami. rasa kebersamaan pun ada juga. walaupun kami ditempat yang berbeza, tapi matlamat kami sama. nak tak nak kena capai juga target minimum RM8K untuk skudai.

kak amirah tersepit

mulamula nak kutip tu, ada jugalah segannya. jalan bawa tabung sambil bawa stand banner LL4G tu. berat mak aih. tapi bila ingat ingat balik misi yang mulia ni [insya Allah], dan bila ingat balik sahabat dapat buat dengan baik semalam, bila ingat orang di gaza main dengan peluru, takkan dengan manusia cikai cikai ni pun nak malu? okeh. redah jela sarah.. buat muka sardin, and then, go girl!

"bang, nak derma tak? untuk gaza ni bang"

"kak, derma kak. orang gaza pun nak raya jugak!"

"siapa nak derma untuk gaza? siapa nak buat pahala? mai infaq mai!"

"infaq tu apa dik?" aiseh. "infaq tu sedekah pakcik!"

"oo"

derma untuk gaza ni!

cara saya

buat ja muka sardin. jalan dengan rasa tak bersalah. tegur dan tanya dengan penuh perasaan dan sepenuh hati. orang kata, kalau sampaikan dari hati, akan sampai juga pada hati orang sana. betul tak? [memang betul. proven dah]

kalau kita senyum, kalau kita cakap baik baik, kalau kita doakan mereka, insya Allah mereka akan hulurkan jugak walau seposen. mereka takkan sampai hati nak kecewakan senyuman yang manis tu [manis ke?] percayalah.

ada satu ketika. di gerai jual roti john [sedapnye..] saya tegur abang kedai tu

"bang, nak derma untuk gaza tak?

"gaza? boleh boleh! meh sini"

duit pun dimasukkan kedalam tabung. Alhamdulillah..

"terima kasih bang. moga jualan abang hari ni laku, habis, sedap..moga Allah redha abang"

"sama sama dik. tak pernah orang doakan abang macam tu"

[rasa sedih kejap] tak pernah ada orang doakan dia macam tu? saya rasa ayat tu selalu saya guna dan saya dapat semasa mendoakan orang. alangkah beruntungnya saya dapat hidup bersama mereka yang selalu mendoakan saya. Alhamdulillah.

dan memang betul, doa doa tulah yang mencairkan hati hati mereka ni.

sebelum saya beredar dari kedai abang tu, sempat jugalah promot roti john dia

"haa.sapa nak rasa roti john sedap mai beli kat sini mai!" ecewah!

senyum sikit bang :)


ada juga kakak yang tolong promot kami juga.

"haa..sapa nak derma untuk gaza ni baik cepat! diorang nak belayar dah ni!"

terus ada orang tanya,

"eh, adik ke yang akan pergi gaza? wow"

"eh takdalah pakcik. bukan saya. saya sukarelawan kat malaysia ja. yang pergi nanti orang lain"

ada juga yang saya follow dan berbual. kalau dia bagi kita ucapkan terima kasih. kalau dia tak bagi pun, kita cakap terima kasih juga

ada satu makcik ni, saya cakap kat dia [dengan penuh perasaan dan senyuman]

"makcik, derma untuk gaza cik. bila lagi nak derma. pahala berganda masa ramadhan ni"

..makcik tu buat tak tahu je dan teruskan perjalanan mencari makanan..

tak lupa saya ucapkan "terima kasih makcik!" saya tinggikan sedikit suara bagi dia dengar. bukan nak memerli. tapi, orang yang tak bagi pun kena ucap terima kasih. takkan nak kutuk pula

tapi Alhamdulillah Allah buka pintu hati makcik tu. mungkin dia terasa dengan ucapan terima kasih tu. makcik tu patah balik, dan, ha engkau! masuk sekali 10hinggit!

"wah..terima kasih makcik!!!! moga Allah redha makcik"

dengan senyuman makcik tu beredar.

dan macam macam lagi perangai dan kerenah yang boleh saya observe.

insya Allah petang ni akan pergi lagi. doakan kami ya!

moga Allah terima amalan kecil kita



for me to remember, for you to ponder




Comments

bintufadeen said…
1st time sarah td kte buat kutipan..
tkejut sgt bila ade segelintir masyarakat yg buat2 pekak n siap tolak tabung lagi tu..tbe2 rs sedih nk nangeh..tp tabahkn hati snyum jugak kt org tu..klu la kte x igt janji Allah,mesti dh balik umah time tu gak :D
saraH²amizah said…
yeke timah? tahniah tahniah!
walaupun ada yang tak menderma, ada yang buat pekak je, tapi rasa bestkan? pengalaman satu.. dapat tolong orang satu..
nasib baik awak tak balik :)
lain kali buleh buat sama sama pulak. hee
Anonymous said…
**jgnlah mngambil hati diats mereka y buat2 pekak dan buat endah itu, yakinlah suda terselit sedikit kekesalan di hati mereka disaat perbuatan mereka itu smasa mereka melangkah beberapa tapak kehadapan, dan yakinlah, mereka sudah tahu scara tidak langsung, bahwa permaslahn palestin adlah masalah umat.tahniah kpd anda semua.moga ALLAH redha,mmberi rahmat dan mngira stiap apa yang dilakukan.
saraH²amizah said…
tak ambil hati pun :)

betulbetul. memang dia akan rasa bersalah punya bila tak beri dana.
kebanyakan yang buat tak tahu pada awalnya akan patah balik bila dah habis beli makanan. Alhamdulillah.

jom, giatgiatkan lagi usaha kita :)

kamu anonymous, ajak kawankawan kamu yang lain ye
nape ada gambar orang sememeh dalam kete tu?

delete
delete
saraH²amizah said…
sapa yang sememeh peep? heh

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.