jaulah cinta


rumah ustazah rashidah

15.09.10, 9am-11pm :)

assalamualaikum semua. Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. terima kasih ya Allah! di atas segalanya! dia atas segala kemudahan yang telah diberikan! di atas segala kasih sayang dan rahmat yang dilimpahkan!

Alhamdulillah. atas segala bantuanNya, program Jaulah Raya Akhawat Xgen berjaya dilaksanakan dengan jayanya [yeah!]. Jaulah Cinta ini telah menghimpunkan 23 akhawat, dan alhamdulillah, 9 rumah murobbi dan 2 rumah akhawat telah di serbu oleh kami :)

rumah ustazah norimah

ALhamdulillah. ana sangat sangat merasakan Allah bantu kami dalam menjayakan program ini. lebih kurang masa seminggu diambil untuk merancang dan menyelaraskan segalanya. dan semuanya dilakukan atas talian [online], sms dan calling2. pada hari Jaulah tersebutlah baru kami berjumpa!

bermula dari proses menetapkan tarikh, menjemput akhawat, konfirmasi akhawat yang hadir, rumah yang available untuk diserbu, transportasi dan segalanya. semuanya dibuat semasa semua orang sibuk beraya! Alhamdulillah.

rumah ustazah norizah

jadi di sini ana ingin memberikan sedikit apresiasi kepada mereka yang sangat membantu dan memberikan kerjasama yang baik untuk Jaulah ini;

ukhti faizah - yang sama sama pening kepala untuk pilih tarikh, cari rumah yang available dan semuanya.

ukhti nawal - yang banyak membantu urusan tranportasi dan hadiah cenderahati

akhawat fillah yang menjoinkan diri - ezzah, hafizah, hamizah, angah, uda, sakeenah, adek, fadzlin, wani, noraini, fatimah hanisah, nawal, faizah, nadiah, akmal, solehah, fatin nadiah, nadiah kamil, mila, uzma, auni, hidayah, sarah

rumah yang sudi diserbu - ustazah rashidah MJ, ustazah norimah, ustazah norizah, wani, ustazah husnul, ezzah, ustazah hamizah, ustaz rahim, ustaz shah, ustazah hawanis dan ustazah hanim.

sedap..

terima kasih juga atas segala hidangan yang lazat lazat belaka. lebih daripada 10 jenis makanan yang kami makan semalam :)

akhirul kalam,

Terima kasih ya Allah, kerana telah memudahkan urusan kami.
Terima kasih ya Allah, kerana telah mengikat hati hati kami.
Terima kasih ya Allah, kerana Engkau telah membuatkan kami saling menyayangi.
Hanya kepada Mu kami berharap,
kuatkanlah ikatan hati kami,
ikhlaskanlah hati hati kami dalam menyayangi,
redhailah ukhuwah kami,
jangan Kau uji ukhuwah kami atas apa yang kami tidak mampu.
kami mohon ya Allah,
jadikanlah ukhuwah kami ini,
ukhuwah yang boleh menembusi SyurgaMu.
Allahumma Ameen..


[]nantikan post yang lebih detail dari akhawat fillah yang lain :)
[] akhawat, nanti kita rancang rehlah akhawat pulak ye :)

Comments

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back