famili skudai

kami sayang family skudai :)

johor bahru ye.bukan johor

hanya kerana johor bahru dan johor, bergaduh sakan macam kanak kanak rebina. sorang claim orang sini kanak kanak rebina. sorang claim orang sana perasan matang. sebenarnya, dua dua kanak kanak rebina. benda kecik pun nak gaduh. apeda.

baik! ada apa dengan johor bahru, bukan johor?

tahun ni tahun ketiga kami raya di johor. lebih spesifiknya, johor bahru. nak lagi spesifik, skudai. dan Alhamdulillah. tahun ni. kami ada ramai family yang buleh buat geng. famili makcik khairiyah, makcik min dan makcik syadah. wah. kiranya raya pertama tu buzy lah ye kami sekeluarga. hehe. siapa lagi family skudai saya yang beraya di johor bahru? meh bagi tahu awal. buleh kami datang beraya. nak kutip duit raya gaza. hehe. noted: johor bahru ye. bukan johor kalau beraya kat tangkak ke, kluang ke, pontian ke, ayer hitam ke, ayer puteh ke, segamat ke, mersing ke, tak dikira heh. ni saya cakap awal awal ni. nanti kang gaduh lagi. buat malu je. haishla

ok, di sini, saya nak ambil kesempatan, memohon segala kemaafan atas segala khilaf saya. sama ada sengaja atau tak sengaja ye. tersalah cakap,, tersalah tulis. dan semuanyalah. moga Allah ampuni dosa dosa kita. moga Allah redha dengan kita. moga kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

mereka yang saya kasih

ucapan ni saya tujukan khas kepada family skudai yang saya sayang, dan kasih kerana Allah. yang semestinya sudah dianggap keluarga sendiri. yelah. dari kecil duk bergaduh sekali je kan :)

1.makcik syadah+pakcik alias. udin+isteri ngan puteri kaisara. salman, kak kinah, kak limah and DD. untuk DD yang dulunya chomel sekarang dah macho, SPM nanti buat elokelok ye. all the best :)

2.makcik min+pakcik hamid. pakcik hamid kawan gaduh ayah, kawan main badminton ayah.hehe. kak aishah,kak athirah+suami,kak azimah, kak afiqah dan kak amirah. semuanya dah besar.

3.makcik opie+cg razak. hilal yang sukati je conteng buku saya,hilmi,ab dan ibah yang dulu suka makan tomyam makcik ani time kat taska ghufran dulu. memang nostalgia betul kembar dua ekor tu :) ibah yang nak upsr, buat elok elok. kalau score minta hilal hadiah. dia banyak duit. kehkeh. nanti masuk ghufran ye ibah.

4.makcik khairiah+walid[pakcik syed]. makcik khairiyah yang dah mcm mak sendiri. kadang tu marah saya macam ana sendiri. hehe. walid yang sangat baik. baik macam ayah.kak ruqayyah yg mcm kakak sendiri, safwan dan muhammad yang selalu lepak rumah kami dan main sama sama masa kecik dulu. cicah biskut dengan air teh time petang petang lepas sekolah. dan sarah yusra yang comel dan lembut tu.



5.makcik sal+ustaz[pakcik misran].kak fatimah+abg farid ngan fateh. kak timah, terima kasih sudi tengok2kan kawan je kat utem sana. dia kata kak timah best dan sangat chomel..taqi, ameen, dan ahmad. untuk ahmad, wishing you all the best di mesir nanti. belajar biar pandai bagi buleh jadi 'alim mujahid.

6.makcik linda+pakcik naim. anas yang pendiam. huda yang dah cantik sekarang ni. ammar dan hasya. ammar dah darjah enam. buat elok elok ye upsr nanti. dah dekat sangat dah. kalau score kak mnje bagi hadiah :) hasya yang saya jaga masa dia baby dulu. di taska ghufran. lani dah besar. dah tua rupanya saya.

7.makcik lin+dr baha. dr baha yg sangat banyak beri tunjuk ajar. kak izzah yg kelakar. beil yang belajar ovesi sana.hehe. ahmad dan muaz. ahmad yang nak spm tu, jgn banyak main. lawan ngan DD sapa menang.

8.makcik nab+pakcik nazri.dan semuanya panglima perangnya. umar, uthman, bakar, ali, baidah. memang syok main ngan adik adik ni.

9.makcik hidayah+pakcik nazir. lani di aussie. walaupun dah bertahun tak jumpa. tapi anak anaknya masih ingat kat kami. nurin, athif dan lagi sorang dah lupa [tak pernah jumpa]. nurin yang sekali dengan hasya masa di taska ghufran. yang selalu kena buli dengan ab dan ibah tu. hehe. nurin dah besar. athif pun dah besar.

masa kecik gaduh dah besar segan sendiri :)

10.makcik ani eslah+pakcik hakim. hee.abg anas, kak faizah, yang dulu saing ngan abang ngan kakak time kecik kecik. kak balqis, qayyim, nazifah, nazihah dan ibrahim. atau bang braim nama glamor dia yang saya bagi.kehkehkeh.

11.makcik anem+pakcik hassan. yang sangat baik. pakcik hassan yang selalu layan saya macam anak sendiri. basyir, anaknya yang tak makan saman masa kat sekolah rendah dulu. dia panggil "kak ***je!!!!!" sekuatkuat hatinya masa saya di kantin hidayah. buat malu sungguh. tapi basyir dah besar. dah pemalu dah lani :)

13.makcik nasly+pak abu. kak nisah ngan suami dan anak, hasan dan husin. sama sama di ktd kalu tak silap. all the best untuk kamu berdua. husin yang sekali tadika ngan saya. gaduh sekali time kecik. bila dah besar segan sendiri.

14.makcik nor+pakcik ismail. beserta anaknya wafi yang pemalu.. pakcik ismail yang memang power bab camping mamping ni memang sesuai nak buat kawan.hehe.

15.makcik liyana+pakcik khairul. masa kecik kecik siap panjat gunung ngan pakcik khairul lagi. masa tu pakcik khairul still abang lagi kut.eceewah! anak pakcik khairul yang chomel, si iman dan iffah tu. dulu iman masa kecik kecik slalu main kat rumah kitorang masa pakcik khairul ada liqo kat rumah. angkut satu family.hehe

16.kak asfa dan keluarganya.

17.kak mazni dan kak lisa yang berada di canada lani

18.kak yati+abg zaidi. dan anak anak. sori je dah lupa nama kanak kanak riang tu.


ok. ada yang saya tertinggal tak? rasanya macam takda. kalau ada minta maaf na. tak sengaja.


buat kalian yang tiada dalam list. jangan risau. jangan sedih. kalian tetap di hati saya. saya hanya hendak beri apresiasi buat mereka yang rapat dengan keluarga saya. yang bersama dengan kami sejak zaman dulu kala hingga lani.

buat sahabat sahibah yang lainnya. rakanrakan matri,smik,smakl yang lani dah bertebaran serata dunia.

buat ikhwah dan akhawat xgen yang saya sangat sayang. 11 tahun bersama. suka duka. kalian banyak membentuk diri saya.

buat guru guru saya. yang the best dan sangat dedicated. terima kasih atas segalanya.

jadi buat kalian semua, saya ucapkan,

kullu 'am, wa entum bekhayr. moga Allah redha dengan tautan hati kita dan berkekalan hingga ke syurga :)

ok, nanti time raya, jaga makan, jaga amal. terus istiqomah. bak kata pakcik saya

"kamu turun 7kilo. tapi makan balik 8kilo. tak de gunanya!"

ha. ingat tu. siapa siapa yang dah berdiet masa ramadhan, jangan sia siakan diet kalian! jaga badan. kang nanti gemuk terlebih susah pulak. kalau sehat takpa. kalau tak sehat? siapa yang takut tak dapat nak tahan makan, puasalah ye. puasa 6. ok?

ok. nak cakap apa lagi?

ha. lagi satu. raya jangan sakan sangat. ingat sikit orang yang tak dapat beraya kat pakistan sana, kat gaza sana tau. kepada family skudai saya, time raya nanti jangan lupa bawa tabung sekali na. dah janji kan sorang kena bagi rm100 kat gaza? jangan buat buat lupa pula ye.

tapi, kali ni, rasa macam takda mood nak beraya. kenapa pun tak tahu la ek. mungkin sebab banyak sangat assignment nak kena siapkan kut. lepas tu naik raya terus ada exam. assignment ada 4, paper review ada 3, test ada 4. yeah. tahniah sarah! selamat berassignment-ing di hari raya! macam zaman nak spm dulu dulu pulak. haishla.

ok, lastly, barulah saya nak ucapkan,

selamathariraya.maafzahirdanbatin.

tata semua.
moga Allah redha :)

for me to remember, for you to ponder


[]takda ucapan untuk family sebab family jumpa face to face dan callingcalling je :) wee

Comments

fatimah said…
salam Je. Salam Aidilfitri. membaca entry kali ni, teringat k/tim fmili besar shbtshbh perlis cni. xpenah wat catatn sedetail ini.. mmm.. (???) apa pun, hepi & meaningful entry, really terpikir besarnya ukhwah sahabat, kekdg lebih dr adikbradik. lagi indah jika adikbradik skali masuk. pape pun..PEACE for tabung Gaza!!!
fatimah said…
salam Je. Salam Aidilfitri. membaca entry kali ni, teringat k/tim fmili besar shbtshbh perlis cni. xpenah wat catatn sedetail ini.. mmm.. (???) apa pun, hepi & meaningful entry, really terpikir besarnya ukhwah sahabat, kekdg lebih dr adikbradik. lagi indah jika adikbradik skali masuk. pape pun..PEACE for tabung Gaza!!!
saraH²amizah said…
they are speacial in their own ways..
truly, no one can replace them.

[sayang geng utm juga]
Hilal Asyraf said…
Ya.
Mana ada orang boleh ganti Hilal.
:P
haha.
Ummu Al-Fateh said…
hehehe... chomel ke?
Salam Eidul Fitr buat manja sekeluarga!
+akufobia+ said…
selamat raya.aa.kat mana ni.best je tempat.nak pergi.aa.
saraH²amizah said…
hilal> jgn perasan terlebih..

ummu al fateh> haah la..mesti la chumil :)

akufobia> kat kota tinggi

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.