cerita buku

baru dapat tadi. insya Allah akan dibaca selepas habis test :)


"kamu nak apa?" sambil mengusap kepalaku

"bajet berapa?"

"alah.ambil jelah mana yang nak"

"ok. jom pi MPH"

"buku lagi?" kening diangkat, tertarik ke kanan dahi

"yep"


***

bandin, kak intan dan mawaddah balik seminggu selepas raya. masa raya depa kerja. kerjanya di hospital sana. jadi, masa depa balik ni lah nak pow. bila lagi kan? pow bukan sebarang pow. pow pada yang bermanfaat. ok la tu kan? kalau tak duit yang berkepul kepul tu nak simpan buat apa. baik bagi pada maksu yang papa kedana ni. hee.

jadi.MPH tempat utama dituju. meh nak beli semua buku yang menjadi idaman kalbu tapi tak dapat nak beli sebab tak cukup bajet. tapi buleh beli kelmarin sebab pergi dengan orang kaya.hehe.

baik. hanya nak berkongsi buku yang telah di beli. satu, buku Life an Open Secret by Sis Zabrina. buku n memang sangat best. kalian kena baca. memang kalau baca tu, tepat kena batang hidung sendiri! saya dah ada dua buku dia, jadi yang baru beli kelmarin tu buku ketiga.


ni bukunya. belum sempat nak baca lagi.


lepas tu beli novel Hlovate. walaupun dah pernah baca, tapi takda novelnya lagi. jadi, kena beli juga. kut kut satu hari nanti nak baca lagi. saya jadi peminat Hlovate ni masa kat matrix dulu. masa final sem dua. pulun pi baca buku tu bila stress baca kimia. takat ni baru ada 4 buku dia. nanti nak beli pulak buku dia yang tunas, dengan yang cerpen yang kongsi2 buku tu. [ke ada orang nak beli/hadiahkan?] hee

kenapa ye suka Hlovate? sebab dia menyampaikan fikrah islam dalam bahasa yang santai dan kena dengan jiwa remaja. itu ja :)

yang ni pun best.


ok, lepas dah ambil dua buku, tunjuk kat bandin

"bandin. je nak buku ni"

"tu je? baru 50git"

[amboi.nak lagi ka? buleh ja. tapi satu lagi buku tu mahal sangat. RM45 lebih. huhu]

"ade je nak lagi satu. tapi lain kali lah. next time bandin balik belikan buku tu ek"

"owight"

jadi, buku apa yang best tu? dia best sebab dia motivational story from a true story. salah satu genre buku yang saya sangat sangat suka.

ok. ni bukunya. siapa nak belikan untuk saya?


***

ini cerita buku

kalau nak diikutkan. saya memang hantu buku. mewarisi ayah mungkin. kat rumah ada berjuta juta buku. memang banyak. macam macam jenis buku. dari buku fikrah sampailah buku memasak.

dan kalau nak diikutkan, banyak lagi list buku yang saya nak beli. buku Salim A. Fillah salah satunya. buku tulisan kiyai Rahmat Abdullah. dan beberapa motivational novel yang best.

tinggal tunggu fulus cukup ja. hehe.

ada satu ketika. saya keluarkan duit di cimb utm. RM50. hajat nak buat belanja makan seminggu. ok. seminggu. berjimat cermat kononnya. hehe

tiba tiba, rasa macam stress semacam. macam biasa, kalau stress, nak rehatkan minda, sama ada balik rumah atau pergi MPH jusco. dan waktu tu, berseorangan, saya pergi MPH.

lepak kat sana 2-3 jam sambil baca buku. siap ambil kerusi kecil lagi bagi selesa. yang pasti, ais blended choc flavour menemani.

bila lepak di MPH, memang susah kalau keluar dari situ tanpa beli buku. rasa macam tak best. mesti kena beli jugak. jadi. baca punya baca punya baca, last last beli buku Sis Zabrina yang tajuk dia Life an Open Secret ; You, me and we.

harga dia, dalam RM25 macam tu. noted dengan menggunakan duit bajet makan seminggu[hehe].

macam mana ni bajet dah lari? senang ja.

resolusinya, kena balik makan kat rumah lah! sebab tu tak risau sangat. hehe

jadi

jangan rasa rugi beli buku. macam macam manfaat yang buleh kita dapat. tak kesah la buku fkrah ke, buku apa ka. asalkan berfaedah. ok?

pelaburan yang mengungtungkan ye kawan kawan..

kepada kalian yang rasa macam nak bagi saya hadiah ka. apa ka [eceh macam ada ja.hehe]
meh. hadiahkan buku kat saya k. memang sangat best kalau dapat buku :)


for me to remember, for you to ponder


[]baca tu baca jugak. buku fikrah jangan lupa baca!
[] to my lovely bandin and kak intan, thanx for the books :)

Comments

nawalSSham said…
sebelum ni ana lepak kat MPH, x nampak nti pun.
kalau tak, buleh sesame :)

[dulu bila ke jusco, babah selalu x jumpa ana. sebab selalu lari ke MPH.hehe. yela, bace buku free]
saraH²amizah said…
hee.bila enti gi jusconye nawal..?
huhu
aisha amirah said…
akak ada buku indahnye pacaran selepas nikah tu..
best..kene baca n hayati
saraH²amizah said…
lah..akak ada ka? awat tak habaq awai2 =.='

penat manje tunggu giliran dari tahun lepas tau tak!
+akufobia+ said…
macam mana nak jadi hantu buku?
saraH²amizah said…
fobia> be the ghost first then read a book. later you'll be the hantu buku :)
sakinah said…
buku baru hlovate, versus pun lagi best daripada Aa+Bb. lagi banyak mesej. jadi sumber inspirasi dan beri semangat!
saraH²amizah said…
adek>naa..betul2.versus tu buku pertama Hlovate yang ana beli.memang best gile..

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.