baulu oh baulu

ini contoh bekas acuan baulu kami.

assalamualaikum semua. sehatkah? moga moga sehat sejahtera iman dan amal. moga masih punya energi untuk menghabiskan sisa sisa Ramadhan Kareem kali ni. jangan lupa usaha memburu malam alQadr ye!

malam tadi


lepas terawih, hajat nak buka buku management. kononnya nak buat pre-reading lah. then tiba tiba dapat mesej dari umi tercinta

"je, kuih biskut choc kamu tu dah siap..penatnya kaki umi macam nak terputus"

then, terus call umi

"salam. umi, buat apa tu..?napa buat kuih tak cakap. kan dah janji hari tu kata nak buat skali. tengok kan dah tak buleh nak bangkit dah tu. sabar la sikit mi...je balik esok insya Allah.."

"hmm..nak tunggu kamu..alamat tak siap lah kuihnya..bukannya susah pun, sambil sambil ja.."

"yela tu..dah bengkak kaki dah tu..elok apanya..oklah, satgi je balik"

agak terkilan dan geram sebenarnya. terkilan sebab tak dapat tolong umi buat kuih. geram sebab umi nak jugak buat kuih even kaki tengah sakit..cemana lah nak baik cepat kalau macam ni.. hmm.. then, malam tu juga saya balik. dah kaki umi sakit. nak tak nak kena balik juga. tengok tengokkan apa yag patut. Alhamdulillah rumah dekat. 10 minit je dari rumah :) alang alang tu buleh merasa kuih skali [hehe] sedap pun buleh tahan.

pagi ni

"je, nanti lepas subuh kita buat sambung projek ye"

"kita?"

"iye..hari ni nak buat baulu"

[adoooooyai..tak serik serik..padahal kaki tengah sakit lagi tu!]

"ok. hari ni let me do it all. umi rilex"

"iye...tapi umi nak kena tengok jugak. kamu bukan reti.." "baik bos.bereh.hehe"



ok.mula mula kita pukul telor + gula
benarnye kena pukul betul betul guna spring tu. tapi zaman dah moden kan..


lepas tu, goreng tepung pulak. sebab nak bagi ringan tepungnya
kalau orang dulu jemur bawah panas. tapi dah kami start lepas subuh, mana ada matahari lagi :)


keadaan atas meja. best best.


first trial.minta mintalah jadi :)


hee..hasil first trial. ada yang legam, ada yang puteh. ada yang keras, ada yang lembut. berapa kali edit adunan bagi perfect pun tak tau la.


okeh, ni seken trial. alamak, macam tak masak la pulak



takpa takpa kita masukkan balik. bakar bagi lama


hee..macam macam color ada.chomel chomel :)


best juga buat baulu ni. spend masa ngan umi berdua. romantik gitu. lepas tu pukul 1030 saya balik utm sebab ada kelas pukul 11. tapi at least tolong juga. memang best. lepas tu, umi sambung sorang sorang. esok nak buat kuih tart pula. bestnya! sapa nak rasa kuih yang kami buat, mai la rumah na :)

sebenarnya


sebenarnya, saya bukanlah pandai sangat nak buat kuih muih ni. tapi sebab nak membahagiakan umi, and sebab nak menghargai kesemangatan umi, tu yang layan kan juga tu. hehe. kalau tak macam sedih jekan kalau umi buat sorang sorang. lagi pun memang best pun buat kuih ni. cuma kalau dulu buat ngan kakak, ngan kakcik, lagi best. hmm

tapi kan kawan kawan, jangan sampai perkara renyah macam nak buat kuih raya ni buat kita hilang fokus dengan Ramadhan ye. nak buat boleh, tapi kena pandai seimbangkan lah ye :)
so kawan kawan, moralnya, kalau umi ayah nak buat apa apa, kita wajib ye tolong dengan ikhlas dan redha. bagi mereka rasa dihargai. lagi pun banyak rahmat nya Alah bagi kalau kita bahagiakan umi ayah..

apa apa pun, memang best buat kuih ngan umi. thanx umi for the ilmu and experinces :)

orite, ada kelas ni, pi dulu. moga Allah redha



for me to remember, for you to ponder

[]sebenarnya ayah yang semangat nak makan baulu..bukan umi.hehe

Comments

little daie said…
teringin nak rasa la sarah...^_^

jom speed ke gear 5! lagi 7 hari ia akan berlalu
saraH²amizah said…
heeee..kalau nak rasa mai la rumah.. tapi segan la nadhirah..baulu nye tak menjadi sangat..hehe
Anonymous said…
alhmdulillah perkongsian yang sangt bermakna.
insyaALLAH , membahagiakan ibu bapa juga satu amalan yang besar ganjarannya, tidak semua anak mampu menolong mmbuat kuih or itu dan ini.

untung mak kamu, moga ALLAH kekalkan mmbuat kebaikkan kepada umi dan ayah terus menjadi darah daging mu dan terus berkongsi bersama masyrkt.

harapnya agar masyrkt sedar perihal mmbahagiakan uymi dah ayah adlaah tanggungjawab si anak.

wallahuta'la a'lam.
Anonymous said…
jazkk dgn perkongsian yang bagus.

mmbuat umi kita bahagai juga insyaALLAh dikira sbg amalan dibulan ramdhn ini.

moga perkongsian diteruskan, u terus mnyentuh hati masyrkt yang mmbacanye.

wallahutaƔla a'lam
saraH²amizah said…
anonymous1

saya anak yang nakal sebenarnya.tapi
terus doakan saya agar terus diberi peluang berbuat kebaikan kepada mereka. ntah tak tahu matiku bila

anonymous2

doadoalah amalan saya,kamu dan kita diterima :)

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.