Posts

Showing posts from September, 2010

ranjau

Image
walau terpaksa terbang, akan ku redah jua :)

siapa yang menuntut ilmu di jalan Allah, Allah akan mudahkan jalannya ke syurga
pagi tadi.

selak selak kembali buku teks dan nota nota berkaitan. tepu.

maghrib tadi.

siap siap. test pukul 8 malam. ok, tunggu bas beramai ramai dekat bus stop kolej. fuhh. ramai. tunggu bas. mana bas tak sampai sampai ni? hmm. dah pukul 7.44 malam. aiseh. lambat dah ni.

Alhamdulillah. lepas tu, ada bas datang. wallaweh. sudah penuh. bas tu dari kolej lelaki. sudah penuh. dengan kami yang dekat 100 orang tunggu kat bus stop ni. berebut masuk dalam bas. dan selalunya. malas nak berebut bersesak sesak. tapi apakan daya. test ku pukul 8. menjadi orang yang hampir hampir terakhir sekali.

pakcik bas: okeh dah penuhh! yang lain tu tunggu next bas datang!

aiseh. takleh jadi ni. daku masih di luar bas. sebelah kaki masih belum berjaya dimasukkan ke dalam bas. hade. ku kelih kiri kanan. ada lebih kurang 15 orang belum berjaya naik bas.

daku: ala pakcik! kitorang ada test pukul 8…

..sigh..

Image
rindu Kem Jatidiri dan adikadik pesertanya.
ain.bibah.zaty.
di tepi pantai yang kuaaaaaat anginnya.

***

THOUGHT SUPPRESSION
is the attempt to avoid thinking about something we would prefer to forget
the irony is that when people are trying their hardest not to think about something,
the thoughts are likely to spill out unchecked
especially under cognitive load
therefore
i just hope to have a little peace of mind
that is not distracted by anyone.
i hope.
focus Sarah.
first sem mesti score.
must make ayah and umi proud

***

SEPTEMBER

[24092010;3-5pm] test intro to psychology; human development, neuroscience

[25092010;8am-5pm] principle of management case study from Harvard Business School

[28092010;10-11am] test social psychology

[29092010; 2.30-4.30pm] test first aid

[29092010; 8-10pm] test principle of management

[30092010;4-6pm] test hubungan etnik


***

OKTOBER

[03102010] DEADline Teenagers Social Problem report

[03102010; 11am-1pm] test psychology; sensation and perception

[11102010] DEADline journal psychology;…

cerita buku

Image
baru dapat tadi. insya Allah akan dibaca selepas habis test :)


"kamu nak apa?" sambil mengusap kepalaku

"bajet berapa?"

"alah.ambil jelah mana yang nak"

"ok. jom pi MPH"

"buku lagi?" kening diangkat, tertarik ke kanan dahi

"yep"


***

bandin, kak intan dan mawaddah balik seminggu selepas raya. masa raya depa kerja. kerjanya di hospital sana. jadi, masa depa balik ni lah nak pow. bila lagi kan? pow bukan sebarang pow. pow pada yang bermanfaat. ok la tu kan? kalau tak duit yang berkepul kepul tu nak simpan buat apa. baik bagi pada maksu yang papa kedana ni. hee.

jadi.MPH tempat utama dituju. meh nak beli semua buku yang menjadi idaman kalbu tapi tak dapat nak beli sebab tak cukup bajet. tapi buleh beli kelmarin sebab pergi dengan orang kaya.hehe.

baik. hanya nak berkongsi buku yang telah di beli. satu, buku Life an Open Secret by Sis Zabrina. buku n memang sangat best. kalian kena baca. memang kalau baca tu, tepat kena batang hidung sendir…

teruskan

Image
Alfaatihah buat Allahyarham Ustaz Dahlan Mohd Zain
Syeik AdDa'wah, Tarbiyah dan Qoied berjaya
kerja Ustaz di sini sudah selesai
perjalanannya sudah sampai destinasi
tapi kita masih di sini
terus menggalas pekerjaan Nabi
untuk meneruskan kerja yang suci
moga Allah beri kita kekuatan
untuk thabat dalam perjuangan.
Allahumma Ameen.

"Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini,kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang”
~as-Sayyid Qutb rahimahullah~


for me to remember for you to ponder


jaulah cinta

Image
rumah ustazah rashidah

15.09.10, 9am-11pm :)

assalamualaikum semua. Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. terima kasih ya Allah! di atas segalanya! dia atas segala kemudahan yang telah diberikan! di atas segala kasih sayang dan rahmat yang dilimpahkan!

Alhamdulillah. atas segala bantuanNya, program Jaulah Raya Akhawat Xgen berjaya dilaksanakan dengan jayanya [yeah!]. Jaulah Cinta ini telah menghimpunkan 23 akhawat, dan alhamdulillah, 9 rumah murobbi dan 2 rumah akhawat telah di serbu oleh kami :)

rumah ustazah norimah

ALhamdulillah. ana sangat sangat merasakan Allah bantu kami dalam menjayakan program ini. lebih kurang masa seminggu diambil untuk merancang dan menyelaraskan segalanya. dan semuanya dilakukan atas talian [online], sms dan calling2. pada hari Jaulah tersebutlah baru kami berjumpa!

bermula dari proses menetapkan tarikh, menjemput akhawat, konfirmasi akhawat yang hadir, rumah yang available untuk diserbu, transportasi dan segalanya. semuanya dibuat semasa se…

selamat jalan Ain :)

Image
hanis.ain.naimah

post kali ni. istimewa buat kazen saya. yang saya kasih. yang saya sayang. yang saya cinta. Nurain Faizah Roslan namanya. atau nama manjenye nenon :)

kami.

di kampung. kami empat serangkai. dan semestinya saya paling tua. ain dan naimah sebaya. hanis pula paling muda. kalau balik kampung, memang akan lepak sekali :)

ain - akan fly ke jordan sabtu ni. ambil course dentistry. doakan ain sukses.

naimah - akan ambil stam lagi beberapa minggu lagi. doakan naimah. dapat semua mumtaz. dia hajat nak pergi mesir

hanis - akan ambil sit for spm lagi dua bulan. strive for excellent girl!

saya - [??] akan ada exam lepas naik raya. doakan saya. hehe.

untuk ain.

fisrtly, nak wish congrates sebab Allah pilih ain untuk menjadi tetamu dataran syam. bukan senang tu ain! bestnya. teringin sangat nak pi sana :) nantilah ada duit nanti kami pi ziarah ain kat sana k.

alhamdulillah atas bantuan Dia, dan hasil susah payah ain masa spm dulu, buat ain cemerlang dan dapat further study kat jordan.

ai…

menjemput AKHAWAT xgen

Image
akhawat yang dirindui fillah, walau di mana kalian berada, sentiasalah memohon keredhaanNya.
moga Allah pertemukan kita :)

assalamualaikum.Jemputan Ziarah Raya XGEN
[akhawat sahaja]

15.09.10
[mula 9 pagi]

rumah akhawat.
[wani.sakinah.ezzah.yaya.siapa lagi nak offer rumah?]

rumah murobbi.
[ust/z; Shah,Zanaria,Fauziah,Rashidah,Norizah dll]

JOM JOIN!
[inform sarah/faizah VIA SMS keboleh joinan antunna ye. inform sebelum 15hb]

TRANSPORT
[siapa nak menyumbang kereta, beritahu ye]

insya ALlah. doakan program ziarah kali ni berjaya dilakukan. bayaran rm2 [duit minyak.hehe]
jom kita reunion ramai ramai ye akhawat
rindu kalian :)

famili skudai

Image
kami sayang family skudai :)

johor bahru ye.bukan johor

hanya kerana johor bahru dan johor, bergaduh sakan macam kanak kanak rebina. sorang claim orang sini kanak kanak rebina. sorang claim orang sana perasan matang. sebenarnya, dua dua kanak kanak rebina. benda kecik pun nak gaduh. apeda.

baik! ada apa dengan johor bahru, bukan johor?

tahun ni tahun ketiga kami raya di johor. lebih spesifiknya, johor bahru. nak lagi spesifik, skudai. dan Alhamdulillah. tahun ni. kami ada ramai family yang buleh buat geng. famili makcik khairiyah, makcik min dan makcik syadah. wah. kiranya raya pertama tu buzy lah ye kami sekeluarga. hehe. siapa lagi family skudai saya yang beraya di johor bahru? meh bagi tahu awal. buleh kami datang beraya. nak kutip duit raya gaza. hehe. noted: johor bahru ye. bukan johor kalau beraya kat tangkak ke, kluang ke, pontian ke, ayer hitam ke, ayer puteh ke, segamat ke, mersing ke, tak dikira heh. ni saya cakap awal awal ni. nanti kang gaduh lagi. buat malu je. haishla

ok, di…

kerja di bazar

Image
assalamualaikum semua. Ramadhan nak habis dah. sedihnya. semua orang pakat wish saya selamat hari raya. sabar dulu ye kawan kawan. nanti satu syawal nanti saya balas balik segala wish tu semua. :)

ahad lepas

wah. ada iftar HSiswa di pejabat HALUAN kat simpang renggam. best sungguh la. hati hati berpaut kembali. jumpa kembali sahibah tersayang. peluk cium mereka - timahani dan ummu khairah.

bincang gerak kerja - gambar curi di fb 'izzat

ingatkan hanya iftar, ruparupanya ada agenda lain sekali rupanya. penyusunan gerakkerja LL4G kali kedua ni. dan perlaksanaannya totally di bahu HSiswa. tidak melibatkan veteran HALUAN. Allahuakbar! semangat rasanya nak buat kali ni. sebab tenaga kerja pun ramai tak macam masa first2 dulu. sebab semua anak johor dah balik, jadi meriah sikitlah.

generasi pewaris insya Allah - gambar curi di fb 'izzat


kami HSiswa family skudai meletakkan target RM8K dalam masa 4 hari ni. [isnin-khamis] sebelum raya. boleh ke ni? boleh insya Allah. lani pun alhamdulillah …

jaga diri

Image
[sekitar perkampungan debat Ramadhan, PERAMAH - sungai merab, bangi]



ayie senior kami yang baik

kami para juniors

iftar bersama

tak salah kalau nak buat apa pun
tak salah kalau nak join apa pun
tak salah juga kalau nak bersosial pun
asalkan kita jaga prinsip
asalkan prinsip itu seiring dengan syara'
setel.betul tak?

ada orang pernah kata pada saya
"jaga diri"
walaupun tu hanya simple advise
tapi bagi saya memang bermakna
dan akan ingat sampai bilabila
kalau tak jaga diri
lagilagi masa zaman jahiliyah ni
bila perempuan hanya mainan
dan tidak lagi dihormati
dan kalau nak dilihatkan
memang sangat sukar
untuk melihat aktviti yang dianjurkan
menepati syara'
terjaga batas pergaulannya
dan terkadang saya juga sering alpa
dan selalu juga terlebih dari yang sepatutnya
jadi sangat perlu untuk saya menjaga diri
dengan prinsip yang kita pegang dan percayai
agar terus dihormati
agar Islam tidak difitnah
gara gara pembawakan saya yang kononnya muslimah
terus doakan saya
dan rakan rakan yang lain
agar tetap dibe…

tolong

Image
"siapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan saudaranya, dia bukan dalam kalangan ku"

kalau kita tak dapat pergi pun, sekurang kurangnya, berilah sumbangan bantuan kewangan.



for me to remember, for you to ponder


[]currently di rumah my little niece, mar-yam. petang ni kita iftar nasi ayam ye mar-yam.maksu masak sedap sedap utk maryam ^^,

baulu oh baulu

Image
ini contoh bekas acuan baulu kami.

assalamualaikum semua. sehatkah? moga moga sehat sejahtera iman dan amal. moga masih punya energi untuk menghabiskan sisa sisa Ramadhan Kareem kali ni. jangan lupa usaha memburu malam alQadr ye!

malam tadi

lepas terawih, hajat nak buka buku management. kononnya nak buat pre-reading lah. then tiba tiba dapat mesej dari umi tercinta

"je, kuih biskut choc kamu tu dah siap..penatnya kaki umi macam nak terputus"

then, terus call umi

"salam. umi, buat apa tu..?napa buat kuih tak cakap. kan dah janji hari tu kata nak buat skali. tengok kan dah tak buleh nak bangkit dah tu. sabar la sikit mi...je balik esok insya Allah.."

"hmm..nak tunggu kamu..alamat tak siap lah kuihnya..bukannya susah pun, sambil sambil ja.."

"yela tu..dah bengkak kaki dah tu..elok apanya..oklah, satgi je balik"

agak terkilan dan geram sebenarnya. terkilan sebab tak dapat tolong umi buat kuih. geram sebab umi nak jugak buat kuih even kaki tengah sakit..ceman…