KAHFI~terbang.melayang.


14.06.10 Hari kedua KAHFI

4.45 am

hari kedua sudah pun tiba. macam biasa. saya bangun sekitar jam 4.45-5.oo pagi. terus mempersiapkan diri. sebelum solat sunat, pergi kejutkan dulu adik adik peserta. buka zip setiap khemah adik adik ni. bagi mereka kesejukan sikit. tidak dilupakan, khemah fasi dan juga khemah urusetia. semua orang wajib bangun dan solat subuh berjemaah ye. jangan lupa. dalam pada kita nak mendapatkan redha Allah sepanjang program berjalan, semua 'perkara perkara kecil' pun kena diambil kira. sambil sambil tunggu adik adik siap, cuba menyempatkan diri untuk sujud sebentar. dua rakaat pun jadilah kan.

6.00 am

kelihatan adik adik lelaki pun ramai yang dah bangun, dan kebanyakan daripada mereka pun berusaha untuk menyempatkan diri untuk solat sunat. atau orang panggil qiyam.. selepas azan dikumandangkan oleh seorang adik peserta yang saya pun tak ingat dah muka dan namanya, kami pun solat berjemaah. dalam pukul 6 pagi lebih kurang macam tulah.

lepas tu kan. jengjengjeng..

biasenye, lepas subuh je mesti kita baca ma'thurat ka..tak pun kita dengar kuliah subuh sikit kan? tapi untuk KAHFI kali ni. kami buat sedikit kelainan. hehe. lepas bagi salam je, terus Kem Kom kita mengarahkan semua orang berdiri dan buat barisan

"okay semua. ana nak semua orang berdiri. buat barisan dalam kumpulan. kita akan pergi ke satu tempat. tak yah pakai selipar pun takpa. bawak semua segala torchlight ka, bendera ka"

lebih kurang macam tulah ayatnye. yang bestnye, adik adik ni patuh je..taat je..memang soleh dan solehah betul. lepas tu kami pun bawa mereka ke satu tempat..ape tempat tu ek?

berendam semasa gelap gulita :)

6.30 am

aha..kami bawa masuk adik adik ni dalam sungai! yeah..biar depa beku duduk dalam tu. waktu ni adalah slot 'Aqua Ma'thurat dan Seerah'. pagi pagi buta tu kami rendam depa dalam air sungai yang mengalir. kawasan tu sangat luas. dan sangat sesuai untuk buat rendaman beramai ramai. tapi kesian pun ada juga. tengok adik adik ni ketaq masuk dalam air awal awal pagi. dan macam biasa, rasa kesian tu sat je datang. lepas tu rasa macam best. mungkin sebab nature saya suka sakat orang, jadi saya pun apa lagi, simbah la mereka dengan air. main kocak kocak sikit air tu, bagi basah semua. semua peserta kena rendam sampai takat bahu. no excuse ok. sambil direndam, sambil tu kena jaga barang amanah bagi tak basah. tapi kesian punya pasal, bagi can sikitlah. kami tolong pegangkan barang amanah tu.


dah cerah pun masih berendam lagi.

lepas tu, terus baca ma'thurat berjemaah. dan selepas baca ma'thurat, ada sesi penyampaian Seerah oleh Akhi Muhaimin.

cuba teka kisah fasal apa? takpelah. meh saya beritahu jelah. kisah berkenaan Abdullah Uzza atau lebih dikenali sebagai Zulbijadain selepas memeluk Islam. siapa tahu siapa Zulbijadain ni? dia adalah antara sahabat yang Nabi saaangat sayang. sehinggakan Nabi tak mahu mendoakan Zulbijadain ini syaheed di medan perang kerana terlampau sayang. akhirnya, Zulbijadain ini meninggal di perbaringan dan Nabi sendiri yang mengebumikan beliau. sangat iri hati kan bila dengar kisah cenggini. tak semua sahabat Nabi yang Nabi kebumikan sendiri. sehinggakan ramai sahabat yang jeles dengan Zulbijadain ini sampai mengatakan "alangkah gembiranya sekiranya aku adalah Zulbijadain". sungguh, walaupun Zulbijadain tidaklah seglamor seperti sahabat sahabat NAbi yang lain, tapi beliau mendapat tempat yang istimewa dihati NAbi. Allahuakbar! nak tahu secara detail berkenaan cerita Zulbijadain? jangan segan. jangan malu, silalah tanya kepada Akhi yang menceritakan kisah ini kepada kami.

7.30 am

kemudian, selepas tamatnya perkongsian Seerah Zulbijadain, Kem Kom meminta wakil daripada seorang peserta Sahibah dan seorang peserta Sahabat untuk menceritakan secara ringkas kepada semua orang sebagai tiket untuk keluar awal daripada sungai tersebut. apa lagi. terus je ada wakil. tak tahan sejuklah katakan. sambil sambil mereka bercerita balik, sambil sambil tu saya pun main kocak kocak air, simbah simbah air kat adik adik sahibah.hehe. nakal. ke jahat? tak..nakal sikit je. wee

sedapnya akhyar makan

selepas tamat semua, Kem Kom beri sedikit taklimat untuk adik adik.

"ok, lepas ni, ana nak semua orang redi redi sarapan, dan bekalan untuk trekking nanti. ha.kalau tak nak tukar baju pun takpa. kotor jugak nanti. pukul 8.30 semua orang dah kena kumpul balik. buleh tak??"

"yes bos."

macam biasa.itulah lebih kurang ayatnya.mana nak ingat semua kan kawan kawan?hehe.

lepas tu kakak kakak fasi ni sambung main air sekejap. ambil peluang yang ada. dan terus redi redikan diri untuk trekking. ada yang makan. ada yang redikan hati. ada yang bla.blee.bluu.

orite. dah bersedia nak trekking ni :)

8.30 am

alhamdulillah. adik adik ni tepati waktu. terus berkumpul. tanpa lengah, saya terus bertanya kepada semua

"semua dah redi ke ni? dah makan? dah ada bekalan? barang amanah bawak tak? bendera mana? tak nampak pun?"

"bawak..dah makan dah semua.."

"sapa yang tak da kasut tu, pinjam mana mana kasut orang lain. sapa rasa dia tak buleh nak ikut trekking, bagi tahu awal awal naa"

"yes bos.baik"

trekking. ada apa dengan trekking? trekking ni dikelolakan oleh abang renjer. nama dia en. Hassan. ke Husen ek? alamak. macam dah terlupa. tapi lebih kurang itulah nama dia. asalkan maksud nama dia sama. minta maaf ek abang renjer. trekking kali ni berobjektifkan sambil trekking, kita tadabbur alam dan tambah ilmu. so, trekking kami ni lebih kurang ambil sweet time la. takda nak rush rush sangat. sat sat benti, tengok pokok tulah. sat sat benti, ada CP lah. macam macam.

okeh. sambung balik. kemudian. kami terus bergerak ke dataran utama berhadapan pejabat renjer. atau lebih best kalau kita panggil CP 1.

kenapa 'thuba' bukan 'basyar?'

9.00 am

usai kami sampai di dataran tu. maka bermulalah trekking kami. mula dengan CP1. dan yang bertanggungjawab untuk kendalikan CP1 adalah Bro Hilal. dia diberi tugas untuk mengupas Hadith hafalan setiap peserta yang berbunyi begini " Islam itu bermula dengan dagang dan akan kembali dagang. maka beruntunglah orang yang dagang". semua orang pernah dengar kan hadith ni? saya pun selalu juga mendengar orang 'kupas' hadith ni. tapi inilah pertama kali saya rasa bila saya dengar, saya rasa macam betul betul terpanggil dan faham akan maksud hadith ni.

apa yang buat saya tertarik ialah, bila Bro Hilal menerangkan rahsia penggunaan 'thuba' berbanding 'bashar'. sedangkan maksud keduanya adalah sama iaitu gembira. tapi kenapa Nabi sebut 'thuba' bukan 'bashar'? haa. meh sini nak kongsi. sebabnya, Bro Hilal kata, 'thuba' ni maksud dia sehabis gembira lah. gembira yang sampai rasa nak melayang atau terbang je bila dapat nikmat tu. haa. bukan takat kegembiraan biasa. ingat tu. maksudnya, Nabi nak statekan kat sini, bila kita termasuk dalam golongan orang yang dagang/asing dengan membawa syakhsiah islam tatkala jahiliyah dikatakan islam, Allah akan beri kita nikmat ganjaran dan kegembiran yang memang tak buleh nak handle best dia. bukan takat gembira sikit sikit macam dapat masuk Utm ka, dapat 4flat ka masa kat matrix. ni memang gembira yang tak buleh blah punya ni. haa. itulah dia. rahsia disebalik penggunaan 'thuba' instead of 'bashar'

bila dengar macam tu jekan, rasa bersemangat sangat nak jadi golongan ghuraba. moga kita tergolong dalam golongan ghuraba' ek kawan kawan. ameen.. [bestkan kalau faham arab ni. kita tahu maksud sebenar dan senang nak hayati :) ]

lepas tamat CP1, abang renjer bagi sedikit taklimat untuk masuk hutan. ada baca doa sikit oleh Akhi Izzat Ibrahim kalau tak salah. dan seterusnya.bismillah.. jom kita masuk hutan!

jalan punya jalan. benti sat. ha. abang renjer nak tunjuk pokok berdarah. getah dia kaler merah. lepas tu getah tu menitik nitik macam darah. yang paling saya tak buleh nak lupa, abang renjer ada suruh rasa getah tu. saya mati mati ingatkan 'rasa' tu = rasa yang makan. saya pun calit sikit kat jari dan letak kat lidah. ghupe ghupenye yang dimaksudkan dengan 'rasa' tu ialah sentuh. bukan makan. sebab abang renjer kata getah tu beracun. ah sudah. cuak juga lah lepas tu. nasib baik makan sikit je. lepas tu jalan lagi. benti lagi. kali ni tunjuk pokok yang buleh nak rawat kencing manis pulak. ada lepas tu pokok untuk perempuan sajalah. pokok untuk lelaki sajalah. macem macem.


mula mula sahibah

lepas tu sahabt pulak

ada juga kami benti sat. untuk lihat pokok yang maha besar. memang subhanallah sungguh. masa di Gunung Tahan hari tu pun saya tak jumpa pokok sebesar ini. memang besar tak buleh nak handle. ape lagi, amek lah gambo.

yeah. rendam jangan tak rendam

lepas tu. jalan lagi. sampailah abang renjer suruh kami semua buat satu aktiviti.lalu di dekat kinda lumpur yang buleh la nak kata takat dalam betis macam tulah. ada tali. semua orang kena lalu. tapi dalam keadaan merangkak. saja abang renjer nak bagi kami basah. tapi ada ketidak acian yang berlaku di sini. kakak fasi dan urusetia tak buat. chet. tak aci. dan saya salah seorang daripadanya. alasannya, sebab pakai vest. alasan tak buleh pakai kan? macamlah vest tu tak buleh nak buka. ada seoang je fasi yang buat iaitu kak Nadhirah yang sangat bersemangat. takpelah, atleast ada wakil kan? tapi bila fikir fikir balik, saya rasa nyesal betul tak buat. memang rugi. walaupun macam dah biasa buat, tapi setiap tempat tu lain pengalamannye kan. takpelah, lain kali janji taknak dah main tak aci. sebab aci kat india. lepas ni semua orang kene buat ek fasi fasi sekalian.. :)

haus sangat ke adik?

perjalanan diteruskan lagi. kali ini abang renjer nak tunjukkan satu batang pokok yang ada air dalam dia. tapi air tu tak buleh keluar. dengan syarat kena takik atas dan bawah pokok.

ni abang renjer. panjat sendiri sampai atas

ni pulak akhyar. best dia jadi tarzen

lepas tu ada lah adegan adegan memanjat pokok yang dilakukan. macam macam gaya ada. naik segan pula bila tengok. tapi yang pasti, saya jeles dengan adik peserta sahabat yang baru darjah tiga kut rasanya. macam best jekan bila tengok dia dapat melayang macam tarzan dekat batang pokok tu. chumil je.

alang alang berhenti di situ, kami decide untuk buat tempat tu jadi CP2 kedua je terus. senang. CP2, dikendalikan oleh Akhuna Muhaimin. dia memperkatakan berkenaan "Noktah Bidayah Sohehah" atau dalam melayu, "Titik Permulaan Yang Baik". ada apa dengan noktah bidayah ni? penting sangat ke?

memang penting ye kawan kawan. permulaan yang baik itu akan menjadi titik tolak kepada pengkahiran yang baik juga. dan selalu kita dengar ulama' ada mengatakan, 'kelesuan yang berlaku di pertengahan jalan/perjuangan adalah kerana salahnya titik permulaan kita' macam mana nak bagi ada titik permulaan yang baik? semestinya bermula dengan niat yang betul. dan niat yang betul tidak akan terbit daripada hati yang tidak betul. macam mana nak beri hati kita betul? semestinya bermula dengan keIMANan

suka untuk saya qoute balik kata kata Akhi Muhaimin berkenaan dengan hal ini.

"sebelum kita nak berkata tentang iman, kita kena berkata kata berkenaan hati. dan nak menceritakan berkenaan noktah bidayah ini memang panjang. tetapi ringkasnya, hati kita adalah tempat kepada iman. sarang kepada iman adalah hati. noktah bidayah yang baik adalah hasil daripada hati yang baik"

penyampain by akhuna Muhaimin

dia juga ada mengeluarkan suatu hadith. tetapi Akhi Muhaimin kurang pasti itu hadith ka, atau kata kata ulama'. tapi bila dia cek dia kata hadith. bila saya dengar macam tu, rasa macam tak best sikit je sebab tak dapat confirmation. jadi hari tu bila balik je, saya try buka balik makalah makalah yang ada dan buku buku hadith. jumpa pun.dan dia memang hadith.cuma tak buleh nak kata dia hadith soheh atau hasan sebab kat situ dia tak state diriwayatkan oleh siapa :)

hadith tu berbunyi macam ni " al eman, laysa bi tamanni. wala bitahalli. wala kinna. ma hua waqara fi qolbi. wa shaddaqohul amal" maksudnya, "iman itu, bukan seperti yang dicitacitakan. bukan juga seperti yang diangan angankan. tetapi apa yang terbit daripada hati, dan dibuktikan dengan amal" faham? lepas dah dibacakan, Kem Kom minta diulang ulangkan bacaan.baca sikit.kami ikut.baca lagi.kami ikut lagi. nak bagi hafal terus. dan alhamdulillah, kami pun dapat hafal.


terima kasih abang renjer kongsi ilmu :)

orite.tamat CP2. kita teruskan lagi perjalanan. jalan punya jalan. naik bukit. turun bukit. tergelincir sana. tergelincir sini. jalan lagi. ada yang jatuh. ada yang tergolek. ada yang jatuh terduduk. ada yang berbual itulah. ada yang sambil jalan sambil tasmi' hafalan lah. ada yang try nak ulang balik hadith yang kena hafal tadi. dan macam macam lagi adegan yang mencuit hati.

kemudian alhamdulillah kami selamat sampai di CP3. memang best CP3 ni. tapi macam tak selamat sikit je. sebab ada kawasan yang tak buleh handle dalam dia. tapi abang renjer sardin je mandi manda kat situ.siap main terjun terjun lagi.

keadaan di CP3 yang cantek tapi bahaya sikit

sebelum memulakan aktiviti di CP3, saya telah mempengerusikan majlis. mengingatkan kembali kepada adik adik agar setiap langkah dan perjalanan kita pada hari ini mesti diniatkan untuk Allah. sambil berjalan kita mengagumi ciptaan Allah. semua tu dapat pahala kalau kita niat dengan betul. selain itu, adik adik juga diingatkan bahawa jalan jalan kita ni bukan jalan yang kosong, tapi untuk membina peribadi yang sihat bukan saja mental, tetapi punya jasmani yang kuat.

kemudian, saya terus menjemput sahibah yang saya sayang, Kak Amnani dan juga ketua Fasilitator sahibah, Fatimah Kamaruddin untuk kendalikan aktiviti. CP3 membincangkan berkenan 10 ciri ciri muslim cemerlang yang digariskan oleh Imam Hassan AlBanna. cuma yang kesian sikit Kak Am dan TimahK kena jerit kuat kuat sebab nak lawan bunyi air terjun.

walaucemana pun, memang best CP3 ni. selain daripada dapat hadiah kalau dapat jawab, tapi cara penyampaian yang menarik dan santai tu membuatkan peserta memberi sambutan hangat. perbincangan dua hala lah kiranya.jap jap. tapikan, kalau nak dapat hadiah, kena beri ciri tu dalam bahasa melayu dan juga bahasa arab nya skali. kalau tak, tak dapat.hehe

khusyu' adik adik dengar perkongsian Kak Am dan Timah

setiap ciri tu dibincangkan dengan santai dan secara bergilir gilir oleh kak Am dan juga TimahK. yang lagi bestnya, mereka beri analogi dan contoh contoh mudah agar mudah di digest dan diterima akal adik adik peserta. yelah kan. takkan dekat adik adik sekolah menengah ni kita nak bagi contoh yang berat berat. bagi contoh mudah je asalkan mesej yang kita nak sampaikan tu, tersampai.

jadi kawan kawan, meh saya nak list kan sikit 10 ciri ciri berkenaan ; aqidah yang sejahtera. ibadah yang soheh. akhlak yang mantap. luar pengetahuan. sihat tubuh badan. mampu berdikari. melawan hawa nafsu. sangat menjaga masa. tersusun urusan. dan akhir sekali, bermanfaat untuk orang lain.

lepas dah habis penyampaian, kami decide nak bagi adik adik ni mandi, dan seterusnya lunch kat situ terus. yang sahabat abang renjer bawa pi mandi kat tempat lain, dan sahibah stay di situ. lepas tu baru teringat satu perkara.

"aiseh Timah. Sara tak bawak makanan lah. memang langsung tak bawak. lupa. fasi takpalah depa makan dengan kumpulan sendiri.ades.."

"ha ah la. kite pun tak bawak. cemana ni ek"

kalau di campsite, fasi memang makan dengan kumpulan. dan makanan untuk saya dan Timah urusetia makanan yang sediakan. takde kumpulan lah katekan. hehe

hmm.perut dah lapo. pagi tadi pun takda mood nak sarapan. makan roti tuna tu dua keping. des. tapi lepas tu Timah ada orang ajak dia makan. join grup mana ntah.hmm. saya tengok jelah budak budak ni makan. nak minta segan. keke. tapi alhamdulillah lepas tu, kak Am offer nasi lemak. wallamak. kecik jek nasi lemak bungkus tu. tapi oklah kan daripada takda. saya dapat sebungkus Qila Sham dapat sebungkus. tiba tiba teringat kat Timah.

"weh Timah. Sara dapat nasi lemak ni. jom kongsi jom"

dengan pantas nye Timah kata ok. hehe. masing masing tengah lapo waktu ni. tapi Alhamdulillah, lapang dan gembira je bila dapat makan kongsi kongsi ni. berkat pun berkat. oleh sebab ketas bungkus nasi lemak tu dah koyak, makan tadah atas tapak tangan jelah. lagi pun sikit je nasi lemak tu. muat tapak tangan saya. sedap.

bila tengok adik adik ni macam dah siap je, saya ambil keputusan nak minta depa solat kat sini je. masa tu dah pukul 2 lebih jugalah. bila lagi nak bagi depa merasa solat atas air. solat atas batu kan? teringat kenangan di GT dulu, solat atas batu batu tepi sungai. siap berjemaah lagi!

bila dah redi redi nak solat tu, tiba tiba sahabat pun turun. lah. tak jadi nak solah. dah nak kena gerak ke tempat lain pulak. yang kelakar, ada juga sahabat yang senasib dengan kami. takda makanan agaknya. sebab takda kumpulan. makanan sendiri tak bawa. depa minta makanan. bagi jelah kan.

sekali Kak Nasuha keluarkan banyak banyak roti.peh. memang tak buleh handle.

" kak Nasuha, awat tak habaq akak ada roti? kami pakat lapo la dari tadi kak nasuha oii.."

"laa..mana akak nak tau..Sara tak cakap pun.."

dush.kena sekali.haha.memang lupa pun nak tanya kak Nasuha. minta maaf lah akak. lepas tu terus balun roti kak Nasuha sepeket. sedap. roti coklat.

perjalanan diteruskan. sedikit mencabar. sebab hari pun hujan. trek jadi licin. sebelum sebelum ini, saya duduk di tengah tengah. tapi bila dah nak balik ni, duduk di belakang pula. sekali dengan Ain. budak kecik yang chomel. yang tak buleh handle nye, budak ni masuk hutan pakai selipar je. dan kali ni, giliran saya dengan Timah yang kena jaga dia. sebelum ni Kak Arina. Ain ni, jalan main redah ja. tak tengok ada duri ke tak.

ada kat satu tempat tu, kaki dia kena duri. yelah. pakai selipar. dah sakit nak jalan. kesian punya fasal, kami pun dokong lah Ain. bila dokong tu kan. awat ntah macam tak rasa berat pun. ringan je. Allah mudahkan kut. Alhamdulillah. so, oleh sebab saya rasa tak da masalah nak dokong Ain, perjalanan pun diteruskan macam biasa. bila Ain kata kaki dia dah ok dan buleh nak jalan, saya pun turunkanlah dia.

3.40 ptg

alhamdulillah.kami dah selamat tiba di campsite.discussed dengan Kem Kom sebentar bagaimana tentatif selepas ini sebab CP4 belum buat lagi.hehe. takpelah. kita solat jama' taqdim dulu. kemudian, kita sambung untuk CP4 iaitu CP yang terakhir.

solat berjemaah bersejadahkan pepasir :)

sebelum tu. adik adik peserta diminta solat di atas pasir tu je. takpa. tak najis pun kan? dalam keadaan basah tu, kami pun mendirikan solat. dan astaghfirullah. kelemahan diri saya. lupa nak peringatkan pada adik adik perempuan agar melabuhkan sedikit pakaian dan tudung mereka bila nak solat. terima kasih kepada akhi tersebut kerana mengingatkan saya.

jadinya. mana yang sempat, saya ingatkan sikit sikit. dan selepas solat, saya peringatkan kembali kepada peserta sahibah bahawa bila nak solat, kita kena labuhkan sedikit pakaian, agar LEBIH SEMPURNA nak jumpa Allah. bukan apa. sebab tak semua daripada kita yang sempurna tutup auratnya. betul tak? bila nak solat, takda kompromi. kena tutup aurat betul betul. sebab solat tiang agama dan ibadah terpenting dalam islam. tapi bila bukan masa solat, itu pilihan kalian sama ada hendak memakai tudung labuh ka, tudung bulat ka, tudung tiga segi ka, tudung bawal la, tudung pentagon ka. begitu juga baju tshirt. selain waktu solat, saya tidak kisah kalau kalian nak pakai baju paras mana. walaupun mungkin kurang sempurna, tapi asalkan menutup aurat.

bercakap pasal aurat. bukan saya tak kisah langsung. tapi, kita tak buleh nak memaksa seseorang itu menutup aurat mengikut gaya kita. betul tak? kalau saya, biarlah mereka ni menutup aurat mengikut kefahaman. bukan atas paksaan. kalau dipaksa, mereka takkan istiqomah dalam menutup aurat ni. biar buat sedikit sedikit. tapi jangan langsung tak tutup aurat ye kawan kawan. itulah yang membezakan kita. antara menutup aurat dengan SEMPURNA atau pun KURANG sempurna :)

kembali semula ke KAHFI.

setelah itu, terus dengan aktiviti seterusnya iaitu CP4 ; "Alim Mujahid" dipegang oleh Kak Syarifah Ruqayyah. sebelum kak Ruqayah beri perkongsian, majlis dipengerusikan oleh Akhi Izzat Ibrahim. dia ada kata antaranya, bukan senang nak dapat pengalaman solat atas pasir cenggini.hehe.

sebelum kak Ruqayah mulakan, dia ada bertanya kepada kami

"siapa awak?"

dan ada yang menjawab, saya itu dan ini. tapi bila kak ruqayah cakap balik, ada satu kesah di atas kapal terbang. bila ada orang tanya seseorang tu "siapa awak" orang tu dengan yakin dan bangga menjawab

"i'm a christian"

fuh.Allahuakbar!memang kuat pegangan kristian dia kan? kalau kita macam mana? akan terus menjawab "saya seorang Muslim" atau kata "saya Sarah Hamizah?" hmm.kena muhasabah diri balik ni.

kemudian, kak Ruqayah pun terangkan perihal dan ciri ciri Alim Mujahid. Alim ialah orang yang menguasai bidang ilmu,manakala Mujahid adalah orang yang bersungguh bekerja untuk Deen Allah. Dan seorang pelajar muslim perlu meletakkan matlamat untuk menjadi 'Alim Mujahid, supaya apa?

Supaya Allah redha dengan kita. Supaya Allah redha dengan kesibukkan kita bekerja untuk DeenNya. Supaya Allah redha dengan usaha kita. Supaya Allah memberikan ganjaran Jannah kepada kita. Maka seorang 'Alim Mujahid perlu ada
ciri-ciri berikut: Aqidah yang salimah. Jernih fikrah. Akademik yang cemerlang. Aktif dakwah. Kerjaya sebagai wasilah dakwah dan bukannya matlamat..senang kata, Dakwah dan Tarbiyah no SATU, akademik bukan no dua. mesti seiring. faham tak? kalau tak faham or nak ulasan lanjut, kena tanya kak Ruqayah la ek.

4.30 ptg

alhamdulillah.walaupun memang dah ada di campsite, tapi baru habis aktiviti.jadinya, tamatlah trekking kita.kemudian Kem Kom beri sedikit taklimat untuk tentatif program yang akan datang.

"orite adik adik..semua ok lagi heh? ok. lepas ni..semua orang, buleh rehat sampai pukul 7.15. ana nak, dalam waktu rehat ni, semua orang kena khidmad diri, masak untuk makan malam, dan redi redi untuk persembahan malam ni. ok tak semua? faham tak?"

"yes.okeh..boleh..."

semua orang pun bersurailah kemudiannya.tiba tiba akal yang nakal cuba mengeluarkan idea. terus saya tanya Timah

"Timah, jom. kita buat projek. ajak skali Dott ngan Yott"

"hehe.Sara.kite baru nak ajak awak.awak dah ajak kite dulu.bagusbagus"

"kite kan sekepala Timah.wee"

redi punya redi.ingatkan kami berempat je.rupe rupenya ramai lagi yang nak join. kak Am, dengan dua orang budak kecik tu. Ain and kakaknye. maka kami pun terjun sungai secara berjemaah :) best tu. dapat port yang memang terpencil. ada air terjun sikit. ada batu besar. main debush debush. tapi tak buleh lame lame. banyak kerja tak siap lagi ni. siap siap. then terus tolong apa yang patut di campsite utama. tolong tengok orang masak. tolong tengok orang sediakan bahan. dan last sekali. tolong duduk sambil makan dekat kanvas urusetia yang kecik sikit tu. depan khemah barang.hehe.

makan. memang best. tapi ntah kenapa kan. sepanjang KAHFI ni. macam takda mood nak makan. perut kata dia taknak makan. dia sakit kut. tu pasal tak lalu makan. sedih betul. tengok orang lain makan macam syok ja. saya makan dua tiga suap dah tak lalu dah. tapi bila dapat suapan kasih sayang daripada kanak kanak ribena ; Dott and Yott, tambahlah lagi beberapa suapan. huuu.bestnye bermanje manje dengan diorang. tapi macam terbalik pulak. kakak bermanje dengan adik. bukan selalu tapi..lepas tu makcik Chomel buatkan air Rosell.sedaap.memang feberet. satu jag pun buleh habis :)

..tibatiba rasa tak sedap je..tidak..bukan sekarang..saya mohon..

7.15 mlm

semua redi redi nak solat jama' maghrib-isya. dan selepas tu, ada penyamapaian daripada Bro Hilal yang bertajuk 'Tarbiyah Kendiri'. minta maaf saya tak berapa dengar dan fokus sangat masa penyampaian ni. terpaksa membuat beberapa panggilan telefon kepada cikgu Din, dan kemudiannya duduk di sebelah makcik Chomel. secara keseluruhannya, kesimpulan yang saya dapat, tarbiyah kendiri ni memerlukan hubungan dengan Allah yang kuat. kalau HDA ni pun belum setel, macam mana perkara lain nak setel. betul tak? lepas tu, ada kalangan adik adik yang kalau dapat jawab soalan, dia beri RM50 kalu tak silap.fuh.. bestbest. mentang mentanglah tengah kaya..

9.00 mlm

adeh.agak dah.dia nak mai.dush.janganlah datang waktu waktu cenggini.mohon sangat sangat. "tak kire.nak datang jugak.padan.sapa suruh tak beringat tadi.kan kena dah" monolog hati. chestpain datang lagi.alala. tulah.petang tadi main debush debush tak maumau. kan dah kena. dia kalau sekali dah mai. memang lemah longlai la. tak mampu nak halang. tak mampu nak buat apa.




lepas tamat je penyampaian, terus mula dengan persembahan. masa ni memang langsung tak buleh nak fokus. alhamdulillah bukan waktu saya untuk jadi pengerusi majlis. alhamdulillah juga ada batu besar yang buleh jadi tempat sandar. terima kasih Chef Ain sudi teman Sara duduk kat batu tu. muscle macam nak cramp je kan. dan lepas tu memang terus cramp. haila. jadinya, dengar dengar macam tu ja persembahan adik adik ni. ada juga bacaan sajak oleh Bro Hilal. tajuk dia kalau tak silap 'Remaja Yang Ku Chenta'.

11.00 mlm

persembahan tamat. adik adik ni dah buleh nak masuk tidur. bagi can depa tidur awal. penat kan dari pagi sampai petang bertrekking. kemudian, khatibah mula pukul 12. kumpul kekuatan. sikit lagi je ni. sat ja pun nak bincangnya. jadi kami yang fasilitator ni terus berkumpul untuk merancang gerakkerja keesokan harinya.alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

bila dah habis. mata dah mengantuk. tapi sakit ni tak nak hilang lagi ni. kalau baring gerenti putus nafas. terpaksalah lepak sat kat khemah dapur. makan ape maggie yang Ummu suap ke ape ntah. tapi lepas tu Dott ajak buat projek

"Kak Sarah, Dott dengan Yott nak masak maggie neh. nak join tak?"

"naa. akak dah tak larat la kanak kanak oii. tapi perut ni nlapo jugak. takpelah. korang ajak kak Timah. dia mesti nak"

"wokie dokie. no hal"

sambil sambil kanak kanak riang tu nak settup dapur, sambil tu tasmi' hafalan urusetia ni. kut kut ada lagi yang tak hafal. buleh la nak minta depa hafal. then, lawat sat khemah adik adik. bila rasa macam dah ok. ape lagi. tidur lah. yang kanak kanak rebina tu, masih lagi teruskan projek sampai berlakunya adegan kantoi mengantoi. macam macam :)

2.00 pagi

macam malam sebelum ni. setiap jam ada ja peserta datang khemah minta itu dan ini. haila. macam macam. nak tak nak terpaksa layankan juga dengan hati terbuka. dah tanggungjawab kan. rasa macam nyesal pun ada beritahu saya di khemah mana.hehe. ada tu tanya kakak fasi dia tidur khemah mana lah. yelah. time khatibah kan kena ada fasi. fasi pula tidur bersepah. mana adik adik nak ingat.ada tu datang semata mata nak pinjam torchlight lah. ada tu cakap "akak, nak tasmi' sekarang buleh tak?" nga? macam macam. memang Allah nak didik supaya sabar

bila esok paginya, eh bukan. bila kejap lagi nak qiyam, kepala pening semacam. mata dah jadi macam mata panda :)

orite. tammat hari kedua. sambung hati ketiga pulak nanti.

moga Allah redha.

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.