KAHFI~race


15.06.10 hari ketiga KAHFI

yeah.dah sampai hari yang terakhir. maksudnya ini post terkahir saya berkenaan KAHFI. alhamdulillah. hari ketiga ni memang went smoothly sangat sangat. best je rasa. rilex pun rilex. ke sebab saya tak bertugas sangat? hehe.

4.45 pagi

akibat tak berapa buleh nak tidur, dari berbaring saja baik saya bangun je kan. buka zip khemah. fuuhh.. sejuk. alhamdulillah, kelihatan adik adik peserta yang sedang khatibah. gembira rasanya tengok mereka jalankan khatibah. dan kadang kadang masa tidur terdengar dengar bual bicara mereka, bacaan tilawah mereka. sejukk hati ibu mengandung.. ececeh.. walaupun masih lagi mengantuk. tapi takpalah. terus mempersiapkan diri dan kejut semua peserta dan fasis yang lain..

pagi yang hening

6.15 pagi

selepas selesai solat subuh dan bacaan ma'thurat berjemaah, Kem Kom ada buat sedikit taklimat berkenaan tentif program untuk hari ini. penting bagi kami untuk beri sedikit taklimat bagi memastikan semuanya berjalan lancar. kita berlumba dengan masa. jadi kalau nak bagi semua modul, slot dan aktiviti dapat dijalankan, semua orang kena alert dengan masa.

" ok. semua sehat lagi na?"

"sehaat.."

"ok, insya Allah lepas ni, ana nak, semua daripada antum kemas semua barang barang, bersihkan khemah, dan masak untuk sarapan" sambung Kem Kom lagi,

" pastikan khemah tu dalam keadaan bersih. kita nak keringkan khemah. nanti bila khemah dah kosong, terbalikkan dia. tapi jangan lipat lagi. nanti pukul 11 nanti kami bagi masa untuk antum lipat khemah segala. pastikan juga, cukup semua besi pancang, tali tali yang ikat dia semua tu.ok?"

"ok..buleh je.."

"lepas tu, ana nak, lepas masak, pastikan semua barang barang yang pihak urusetia sediakan tu dalam keadaan bersih sebelum dipulangkan. stove tu lap dulu, pastikan tak kotor dan tak berpasir. pulangkan pisau, jag. kira satu set kena lengkap. kalau tak bersih, nanti urusetia akan pulangkan balik. faham?"

"faham.."

"last sekali, pukul 8 nanti, ana nak semua orang dah kena berkumpul balik kat sini dalam keadaan dah bersedia untuk aktiviti KAHFI Race. pastikan semua orang makan!"

"ok. buleh.."

"takat tu dulu. terima kasih. semua orang buleh bersurai"

muah muah muah :)

6.30 pagi

ahh. sakitnya masih terasalah. mengantuk pun ya jugak. tapi tahankan jelah. ronda ronda sat campsite adik adik ni. berbual mesra. bertaaruf sikit. yelah kan. kalau bukan masa ni, masa bila lagi nak berbual ngan depa. dan saya rasa sayalah yang paling kurang join depa. hehe. ada tu, Wati namanya. syok berbual dengan dia. bincang sekitar akademik. nak SPM rupanya dia. takpa. moga Allah beri kekuatan.

bual punya bual, ternampak pulak Chef Ain sorang sorang dekat dapur. pi lah tolong tengok tengok jap. hehe. geng memasak di tandas kut. tolong tengok Ain buat roti sandwhich. lepas tu tolong buat air teh sikit. hehe. atleast ada tolong jugak sikit sikit.

7.oo pagi

" Kak Am, nampak Timah tak?"

"ntahla. tak nampak pulak"

ades. Timah pi mana neh. takpalah. duduk lepak lepak ngan kanak kanak rebina ; Dott n Yott. berbual apa pun tak ingat dah. cakap punya cakap then, adeh.... chest pain keeps on coming lah. dia mai lagi. haishla.. time time program macam nilah dia nak mai. ngantuk pun ngantuk.

bersama Yott dan Timah :)

" Yott, ada nampak kak Timah awak tu tak?"

"eit. ntahlah.dari tadi tak tau kak Timah pi mana"

"aiseh..chest pain akak datang lagi lah. sesak semacam je ni. ingat nak rehat jap kat khemah. tidur ka. mengantuk jugak nih."

"whoa. takpe ke neh?"

"takpe. dah bese dah. nanti, tolong cakap kat Timah, pape hal kalau Kem Kom panggil ke, ada perjumpaan ke, minta kak Timah yang ganti akak tau. macam tak larat la."

"okeh. no hal. nanti kitorang cakap kat kak Timah"

"okes.nanti 7.45 tolong kejut k. maceh.."

"bereh"

dengan semangatnya saya pi rehat kat khemah. tapi memang sedih. beberapa minit lepas tu, dengar suara Kak Arina. "sarah. ada sahabat panggil"

"naa. potong stim betui.. minta dia jumpa Timah"

"Timah takdak ni"

"adeh..ha.ok ok."

briefing awal KAHFI Race

tengok punya tengok, sekali ada nak buat perjumpaan fasi daa. untuk brief modul KAHFI Race.
briefing modul dibuat oleh pemilik modul~Akhi Muhaimin. terangkan serba sedikit CP apa yang ada, dan macam mana perlaksanaanya. last sekali, serahkan tugas fasi mana yang akan pegang CP. untuk KAHFI Race, adik adik peserta kena berjalan sendiri. fasi tak ikut serta sebab fasi semua jaga CP

" ok. CP origami, ana bagi sarah pegang"

geleng kepala. " tak buleh. bagi Fatimah" maaf ye. seriusli saya memang tak mampu nak pegang mana mana CP. kondisi tak mengizinkan nampaknya. dan terima kasih Fatimah and Yott jagakan CP origami untuk sara.

untuk pengetahuan kalian, KAHFI Race ni ada 8 CP ; compass, piramid air, melukis logo kahfi dalam air, origami(2), kuiz LL4G, Qmath, dan pengenalan KeARAH. dan saya sendiri tak buleh nak describe satu satu setiap CP ni macam mana sebab saya tak terlibat secara langsung.

kemudian fasi fasi ni pi ronda ronda kawasan CP yang berkaitan.. ada jauhhhhh ke atas sana, ada yang dekat ngan campsite.

taklimat KAHFI Race

8.00 pagi

adik adik peserta dah siap sedia berkumpul di hadapan khemah utama dengan membawa bendera segala. minta maaflah berkumpul dekat dengan sampah. hehe. dah itu je tempat lapang yang ada. selepas taklimat KAHFI Race oleh Akhi Muhaimin, ape lagi, on your mark, get set.. GO! semuanya dilepaskan dan bermulalah KAHFI Race.

Abang Anas di CP pengenalan KeARAH

lukis jangan tak lukis

Timah dan Yott di CP origami

origami kena buat Butterfly

faham ke dik instruction dia?

dah siap pun rama rama :)


buleh la nak kata susah. saya buat banyak kali pun tak berjaya. ada 42 steps semuanya. fuuh.. dengan kertas A4 yang macam dah lembik, ada juga adik adik yang berjaya sampai step ke 20 lebih. memang hebat. sebab step dia susah lagi memeningkan.

selepas adik adik dah start main saya pun ambil kesempatan sambung rehat yang tergendala tadi.

"Ain. nanti lagi 15 minit kalau sara tak mai kat dapur ni tolong kejut na kat khemah"

"orite"

tapi memang tak berjaya merehatkan diri. kalau baring gerenti putus nafas. last sekali pergi siap siapkan diri. then tolong Chef Ain masak kat dapur. masar lauk sardin yang berjuta juta tinnya. lepas tu, masak sayur satu kawah. whoa. memang mantap la Ummu dia kaok sayur tu guna satu sudip jeh. lepas tu makan makan mee hun. sedaapp.

Akhi Muaz dengan CP nya. compass ke ni ek? ntahla

bila rasa dah ok sikit, saya pun jalan jalan lah tengok adik adik ni ber KAHFI Race. sikit punya jauh CPs nye. semput gue. ececeh. hyperbola pulak. takdelah jauh mana. pergi tengok setiap CP. mula mula pi kat CP Abang Anas. lepas tu CP kak Balqis. lepas tu CP kak Aisyah. lepas tu pi tempat Timah ngan Yott. lepas tu pi pulak kat tempat bertapa kak Mardhiah.

yang ni CP apa pun tak pasti :)

fasi bersama peserta macam adik beradik

lepas tu terserempak dengan Kak Am yang baru turun dari atas sana. rupa rupanya ada satu lagi CP kat atas sana. tempat buat piramid manusia. sahabat punya tempat. ohh. tak jadi lah nak pi sana. tapi Kak Am kata kat sana ada 'Sunway Lagoon'. macam syok je dengar.

piramid manusia. ni trial yang keberapa ni dik?



then kembali semula ke campsite dan buatlah ape yang patut. angkat tembikai lah. kemas khemah lah. macam macam. dan tiba tiba Makcik Chomel ajak pergi main sunway lagoon

"sarah. jomlah main! seronok sangat. tadi makcik dah main dah. ni nak ajak budak budak pulak ni. jom lah!"

"erk..makcik..baru je hilang sakit ni. kang kalau join kang parah la pulak. hehe"

"lah. kalau macam tu makcik nak ajak Ain lah. jom Ain. tinggalkan je dapur tu. suruh Ummu ganti"



ni baru sunway lagoon original punyaaa!! habis semua geng memasak diangkut makcik chomel :)

dan begitulah. habis semua orang dapur makcik chomel angkut pi main kat sunway lagoon..syoknya kan. kalau lah dapat join. mesti best. tapi takpalah. tolong kat dapur pun syok jugak.

keadaan di dapur

terima kasih kepada akhi ni sebab banyak bantu di dapur :)

11.00 pagi

adik adik semua dah selesai berKAHFI Race. berkumpul sebentar untuk beri taklimat aktiviti seterusnya.

"pastikan, 1.15 nanti dah redi untuk solat zohor"

ada yang mandi. bestnya terjun terjun :)

terus adik adik peserta bergegas khidmad diri, membersihkan khemah dan bergotong royong. yang paling syok, lunch disediakan. fuhh. buleh tahan sedap la jugak makanannya.

sambil sambil tu, ronda ronda campsite tengok adik adik gotong royong kemas kawasan. ada tu main lipat je khemah yang berpasir.

"aiseh.. bukan gini caranya sayang oii.. lap dulu tapak dia. baru buleh lipat. pastikan dalam dalam tu pun kering na. kang nanti busuk and cepat rosak. khemah baru ni. kena jaga leklok"

solat kami yang terakhir di bekok


1.15 tghari

nampaknya terlewat sikitlah bajet masa. makanan tengahari terlewat siap sikit. jadi solat pun terlewat juga. tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

2.15 ptg

aha. time ni kita pakat berkawad dulu na. semua orang kena redi pakai baju smart2 nak tangkap gambo nanti. lepas peserta sahabat dah pergi ke dataran, peserta sahibah kena berkawad sikit. bukan apa, senang nak susun ikut tinggi. takdelah nak tengok satu satu sapa tinggi sapa rendah. kalau bagi arahan kawad kan senang. beratur sapa tinggi ke kanan, sapa rendah ke kiri. dan seterusnya. sapa yang selalu berkawad mesti tau punya cara ni.

lepas siap susun, terus pergi dataran. amek gamba cikai cikai dulu kat tepi sambil tunggu peserta sahabat siap. then amek lah gamba. macam macam style ada. nak buat cemana, dah semua orang gila bergambar. heh

antara komen peserta. so, macam mana? hehe

3.oo ptg

kemudian ada sesi kalimah akhirah oleh pakcik Zul dan penyampaian hadiah dan sijil. masa ni, majlis dipengerusikan oleh Penghuluwati kita, adik Lin. dan jangan risau, semua peserta dapat hadiah. amcama, best tak? hehe. tak lupa juga ada peserta terbaik lelaki dan perempuan. huhu. lepas tu, majlis pun ditamatkan dengan rasminya Alhamdulillah.

4.15 ptg

ada peseta yang dah pulang. ada yang belum .fasi dan urusetia mula lipat lipat kanvas. dan akhir sekali, kami ada sedikit perjumpaan atau lebih kurang postmortem ringkas kut. minta maaf, ucapan terima kasih dah so onn. sekejap je. tak lama. dalam setengah jam. dan bersurai

5.45 ptg

kemudian, tunggu semua dah setel kat campsite, barulah buleh balik. sebab balik berkonvoi kan. kenalh tunggu semua orang. masa balik ni, kami konvoi 5 kereta 1 bas kalau tak silap. fuhh. memang menguji kesabaran betul. dalam keadaan yang penat dan mengantuk, terpaksa guna jalan dalam. ikuuuttlah lori yang lambat, dan kereta kereta yang bawaknya slow and steady. dan saya rasa, kalau terus terusan macam ni, boleh tertidur sambil drive ni. so ambil keputusan masuk highway. fuuuhh.. bestnya. nikmat. tengok orang kanan dan blakang dah terlentok. saya pecut tak mau mau. sampai 160 saya bawak. mau tak terbang unser tu. bukan apa, bagi tak ngantuk je. alhamdulillah selamat. alhamdulillah jugak takda polis. weeehu. perjalanan yang patutnya makan masa sejam setengah macam tu dapat dikurangkan. pukul 6.30 saya dah sampai di simpang. memang syok.

sampai sampai, terus baringkan seat dan tidur. sambil sambil tunggu kereta lain nak balik, kak balqis and kak mardhiyah yang punggah barang barang. terima kasih la na.

dan alhamdulillah, lepas selesai semuanya di ghufran, terus bertolak pulang ke skudai. alhamdulillah selamat sampai sekitar pukul 1030 :)

ok. takat tu je dulu post saya berkenaan KAHFI. lepas ni takdah dah. mohon maaf andai sepanjang post berkenaan KAHFI ada yang tersalah silap. moga kalian mendapat manfaat!

wassalam.

Comments

+akufobia+ said…
tahniah team KAHFI.woaa.
bintufadeen said…
haha..malu giler..kte asyik xde je time awk cari..sori ek...time sara cari tu, kte tgh tggu turn kat toilet..hahahaha

p/s:sape bg permission masukkan gmbr kte???ggrrrrr :p
saraH²amizah said…
fobia>tima kasih

timah> hehe.kite yang bagi permission sndri.wee. tapi takpe.gambo tu takleh enlarge pun.kite dah settingkan dah :)
saraH²amizah said…
fobia>tima kasih

timah> hehe.kite yang bagi permission sndri.wee. tapi takpe.gambo tu takleh enlarge pun.kite dah settingkan dah :)
Humayra' said…
waaa.. jeles sangat2 time ni takder.. huhu.. ALlah tak izin :(

but I really learnt a lot at the camp. walaupun spatutnya kita memberi, tapi tak tau nape, this time, ana yg dapat banyak.

jazakillahukhair to all of u.
saraH²amizah said…
naa..sapa suruh akak balik awal.. :P
takpalah.. lain kali ada lagi insya Allah..
ana pun same kak. rasa baaaanyak yang ana dapat kali ni :)

Popular posts from this blog

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.

i'm back