YOU complete me :)

saya+umi.masa family day :)


kadang tu.bila kena fikir apa yang tak sepatutnya fikir lagi.dalam keadaan mental belum boleh nak fikir logik.hati belum bersedia.rasa kelakar pun ada.bila tak redi.terus jadi lemah tak bermaya.berserabut je rasa.baru tersedar.ohh.sarah hamizah dah besar ruparupanya.lepas ni kena buka minda sikit.bukan semua yang kita rancang menjadi.dan bukan semua yang kita tak rancang takkan masuk dalam hidup kita.ayat dah belit belit.moga moga kalian dapat faham ayat belit belit ni.

kadang tu.bila serabut.memang rasa takda sapa yang buleh nak tolong.memang.ye.saya tau.Allah tu ada.dan Allah tu memang yang paling dekat dengan kita.ye.Dia sentiasa mendengar rintihan hambaNya.dan sentiasa ada di sisi hambaNya.

tapi kita hanya manusia.walaupun ada Allah.kita tetap perlukan seseorang yang namanya juga manusia.species nya Homo Sapien juga.yang boleh kita nak kongsi.yang boleh kita nak gurau dan bermanja.betul tak?

dan saya sendiri.susah nak kongsi masalah dengan orang.bila tak gembira.nak senyum pun malas.apalagi nak ketawa.tapi.oleh sebab saya ni jenis yang periang dan happy-go-lucky, masa tak gembira pun orang lihat saya gembira je.masalah betul.tapi takpalah, biarlah mereka lihat saya sentiasa gembira,jangan sampai orang lihat saya merana.yang pasti,saya lebih gembira kalau dapat menggembirakan orang lain.

sejak dua tiga hari lepas.memang itulah yang saya rasa.senyap je di rumah sampai umi pun pelik.yelah kan.kalau tak bising rumah tu.maksudnya memang adelah yang peliknya tu.bila ada sedih.memang umi akan tahu punyalah.walaupun saya tak beritahu.dan umi ni memang pandai main psikologi.bila tengok saya sedih.umi ajak pi gardening.yes.gardening.satu perkara yang memang saya tak suka buat.tapi umi ajak saya buat.kenapa agak agaknye ye?

pagi semalam semalam.masa tengah lipat kain sambil tengok Racheal Ray, umi panggil ajak keluar.nak gardening la tu.dengan rasa malas dan redha nye, saya pun keluarla teman umi gardening.

dan siapa sangka, dengan gardening ni la hati saya rasa lapang, otot muka ni rasa dapat senyum kembali. dan yang paling penting. dapat ketawa akhirnya! Alhamdulillah. macam mana ye boleh rasa gembira tiba tiba?

bila keluar rumah je kan.umi ada kata

"je, umi tengok pokok umi ni tak beranak beranak lagi la. nak kena tuka pasu neh"

"ngaa?haha.pokok tak beranak pun umi perasan ek? tak buleh handle betul"

"lah..umi yang jaga pokok ni dari dulu. nak harapkan kamu, pokok mati pun kamu tak perasan!"

dush.kena sekali.tapi memang kelakar la bila fikir balik.dandan tu saya ketawa.cemana buleh perasan pokok tu beranak ke tak? ntah ntah yang anak tu dah besar macam mak dia. tu pasal umi tengok pokok tu tak beranak.kan umi kan?

lepas tu. main tukar tukar pasu.umi minta ambil tanah yang ada kat tepi pokok pulasan tu. masukkan dalam pasu yang cantik sikit ni. lepas tu tanah yang daripada pasu yang macam huduh sikit tu bawa keluar.masukkan dalam pasu yang cantik sikit tu tadi. semua tu saya yang kena buat.umi pakat suruh je. nak tahu sebab apa? jengjengjeng..

"je,korek sikit tanah tu.masukkan dalam pasu lagi satu ni ha.guna cangkul"

"ye..baik bos..lagi ape lagi bos?"

"lepas tu, tanah kat tepi pokok tu pun masukkan skali dalam pasu cantik tu.kita tanam balik pokok ni" (pokok yang tak beranak tadi tu)

"yes.baik bos."

cangkul sikit.pindah sikit.buat sikit sikit. lepas tukan. masa nak cangkul lagi, tercangkul la pulak sekor cacing tanah ni. Allah..kesian sungguh.memang rasa berdosa.lemah longlai cacing tu kena cangkul saya.tapi bebanye ada tiga ekor cacing. dan saya tak geli cacing tanah.bagi la banyak banyak pun.memang tak geli. lepas tu kan. saya korek sikit tanah tu, dan amek cacing tanah tu. tunjuk kat umi. hehe.

"des..umi.cacing ni dah nyawa nyawa ikan.cemana neh"

"ish.buat apa kamu pegang cacing tu.geligeli. kamu masukkan je dalam pasu tu."

hehehe(gelak nada jahat)

"o0o0o0..patutla suruh mnje yang pindahkan tanah.."

(umi geli cacing.haha)

"kamu jangan nak ngade ngade"

"haha.nah mi. amek ni"

main agah agah cacing ngan umi.umi duk atas kerusi.tak buleh nak lari la sebab kaki umi tengah sakit.memang best.hehe.sampai la umi sebut

"sarah hamizah!"

barula saya stop agah.biasanya, kalau dah sampai sebut nama penuh tu, memang dah serious habis lah tu.hehe.tapi nak buat cemana. dapat anak tak makan saman. saya bagi jugak umi cacing tu.letak kat kaki umi.wakaka. jahat..jahat..astaghfirullah..

lepas tu, tebas pokok tu lah. kutip daun daun lah. siram pokok..akhirnya dekat dua jam jugaklah duk kat luar layan umi dan pokok pokoknya.

dan bila masuk rumah balik, saya rasa puas.gembira.hati rasa lapang je.walaupun hanya untuk seketika.siapa tahu, kadang tu, dengan buat kerja yang kita tak suka la yang akan buat kita happy.kan kan?

++++

betullah kan apa yang orang selalu kata. walau macam mana pun, memang ibu kita yang paling memahami kita. yang paling tahu mengenai masalah kita walaupun kita tak beri tahu. yang paling tahu macam mana nak buat kita happy bila kita sedih. dan yang paling itu dan ini.

walaupun kaki umi tengah sakit yang amat lani, tapi umi gagahkan juga diri. konon kononya nak gardening. tapi saya tau, umi benanye nak gembirakan saya je.

memang thanx banyak banyak kat umi..sayang dekat umi sangat sangat. moga Allah redha dengan umi. moga umi redha dengan ujian yang sedang Allah berikan kat umi.

kewajipan

insya Allah. selagi Allah beri peluang, je akan jaga umi elok elok. gembirakan hati umi. masakkan untuk umi. bawa umi gi program. jadi driver umi. dan apa apa lagi la yang umi nak.asalkan umi happy :)

jadinya.jangan lupa ye kawan kawan. walau macam mana pun, umi sentiasa no satu. ibu,ibu,ibu, barulah ayahmu! wajib.wajib.wajib.

selagi mereka ada, gembirakan mereka! walaupun masa tu kita tak gembira.

sekian daripada saya.moga Allah redha dengan kehidupan kita hari ini.

salam :)

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.