when strangers are like family


alhamdulillah. hari ini Allah beri sedikiiiiit kelapangan waktu untuk mengepos. sebenarnya saya dah tulis post ni lama dah. tapi baru sekarang sempat nak post. moga moga kehidupan kita daripada pagi tadi masih lagi dalam Fitrah Islam :)

alhamdulillah, pada 10 dan 11 jun yang lepas, HALUAN kawasan Skudai telah mengadakan Family Day di Teluk Sengat Johor Lama, Kota Tinggi. memang tempat yang best dan mempunyai view yang sangatlah cantik. Sebenarnya rancangan awal memang tak dapat pergi. mulanya Ainin dengan Mama nak ikut, tapi tak jadi disaat saat akhir. sedih. kalau tak meriah sikit bila ada baby kecik. last last kami bertiga je pergi..

kami telah berkumpul.ya.manusia manusia inilah yang telah saya anggap sebagai family saya. walaupun tiada hubungan darah, tetapi mereka ini mendapat tempat yang sangat istimewa dalam hati saya. memang muahmuahmuah la senang kata :)

umi dan makcik pah. sahabat umi dari zaman kat utm dulu.

apa yang membuatkan saya sangat sangat gembira sebab dapat jumpa kawan kawan lama, yang membesar sekali, yang duk bergaduh sekali..dah besar panjang dah semua orang rupanya. sampaikan, memang dah takdak sangat babies. semua dah besar. yang paling kecik pun si Muhammad tu, dalam empat tahun macam tulah. kalau dulu dulu, memang meriah la sebab ramai budak kecik. kemudian rasa gembira jugak dapat jumpa family makcik makcik dan pakcik yang dah saya anggap seperti keluarga sendiri saya sendiri. family makcik nab+pakcik nazri(orang kuat FD), makcik min+pakcik hamid, makcik syadah+pakcik aliyas, makcik sal, makcik pah+pakcik zahar, dr seha+pakcik reza, makcik opie+cg razak, dr baha, pakcik hakim,makcik aisyah, cg faridah dan raaaaaaaaaaaaamailah lagi yang tak tersebut namanya.. fuh.. berbual sakan. anak anak mereka nilah jadi kawan bergaduh dari kecik sampai besar.

orang lain pergi daftar, abu bakar, latip dan muhammad buat projek lain :)
dengan sahabat sahibah inilah saya bercamping di bekok masa umur kecik kecik dulu, berprogram aulad sama. teringat lagi dulu dulu kita selalu kumpul ramai ramai, lepas tu makcik syadah ajar macam mana nak buat kueh gula melaka lah, macam mana nak kemas rumah lah..memang memori betul..

eceh ceh..bang braim menung apa tu? keke

saya dapat merasa sedikit kelainan bila duduk bersembang dengan makcik makcik ni. dalam keadaan duduk yang santai pun, masih lagi memperkatakan perihal keimanan, perihal masalah masyarakat dan lain lain. memang saya sangat tabik dengan mereka. campak pi kat mana pun, mesti cakap pasal islam. dan saya rasa sangat rendah dan jauh daripada tahap bila nak banding dengan mereka. Allah..

tak sangka, kita smua dah besar rupanya kan?

oklah.

saya bertolak dari rumah kurang lebih pukul 12 macam tu. singgah di pekan Kota Tinggi beli barang sikit, solat di masjid terdekat dan sampai di lokasi kurang lebih pukul 3..

masa kami sampai tu, ada beberapa family yang dah sampai. pakcik zahar dah sampai, pakcik hamid, dr bahar..sapa lagi pun macam tak berapa nak ingat dah. sambil tunggu tunggu family yang lain daftar, kami dijami dengan makan petang. ada la sikit sikit roti canai yang sedap nye bukan main, dan juga minum teh o. thanx to makcik nab. sedaaap..

makcik opie and makcik min. sambil sambil tunggu yang lain daftar

the last person yang daftar pada petang yang indah..

kemudian, lepas semua orang dah sampai, mulalah acara pembukaan. ada sedikit kata kata pembukaan oleh pakcik nazri dan breifing tentatif program. lepas tu acara yang best pun bermula. SUKANEKA! haa..bukan takat budak kecik je yang main, kami yang dah beso ni pun join sekali. tapi macam segan sikit je nak main. dah besar lah katekan.. mak ayah pun main..orang kata bonding time lah lebih kurang.

pancing botol. saya dapat tau jek.sedih betul

game mencari pasangan ideal. last skali takda sapa yang ideal sebab smuanya pecah dan basah!
macam macam game ada. pancing botol, bowling kelapa dan campak air kasih sayang. memang happening yang amatlah. semua orang enjoy. main untuk release tension barangkali. tapi yang tak bestnya, ayah tak join pun. ayah tak sehat, demam..sedih.

yeah..bowling kelapa. stylo betul latip baling kelapa. ntah jatuh ntah tak botolnya

tapi yang bestnya, semua orang dapat hadiah..sambil sambil main tu, ada la jagung panas yang meneman kami bermain. sambil tengok orang main sambil makan jagung. bestbestbest.

rilex je makcik opie baling guna satu tangan je..

kak mardhiah focus terlebih. tu pasai tak kena tu.hehe

and the winner are...tahniah..tahniah..cantek je susun ikut tinggi

lepas main, semua rediredi untuk solat maghrib-isyak. sambil sambil tunggu kaum adam guna toilet, kami pun sambung main dekat jeti tu. ada yang main boyan lah. ada yang main tempat apa tu nama dia pun saya tak tau. yang kena pusing pusing kan batang, lepas tu kat batang tu ada patung, lepas tu kena sepak bola.haa. yang tulah. lepas tu ada juga yang baring baring dekat hammock..ambil angin petang. yang makcik makcik ni pula buka la kedai kopi..bukan sebarang kedai kopi, tapi kedai kopi yang terisi dengan keimanan..hehe.
sambil tunggu yang lelaki mandi, kami main kat sini :)

kebetulan, saya dapat satu bilik dengan umi, makcik syadah dan makcik opie. memang geng umi lah ni. macam bergego dinding rumah bila depa start bercerita.haha. ade je benda yang nak diceritakan. cerita apa lagi? fasal anak anak lah. pakat duk tanya saya dapat masuk mana, tapi masa tu result upu belum keluar lagi. jadi selamatlah sikit. ada tu tanya cucunye sehat ke tak. ada tu tanya anak anak lani kerje kat mana. ada tu cerita anak lelaki nak masak kat dapur pun bergaduh lah. macam macam. saya yang budak kecik ni pun malas nak join depa bercerita. takpelah. bagi chan sikit..lagi pula ada kerja kerja LL4G yang perlu dibereskan T_T..

geng kedai kopi umi

kemudian, selepas isya' kami bergerak ke masjid. ingatkan dekat. rupa rupanya jauuuh nun di sana. sebenarnya yang membuatkan perjalanan rasa jauh bila saya kena tolak umi guna wheelchair umi yang chomel tu. kalau lalu jalan tar takpa juga. sekali lalu pasir daa. mau pecah peluh malam malam tu. tapi alhamdulillah, tertanya pula dekat penduduk kampung tu jalan nak pi masjid, terus dia tunjuk jalan tar yang ada kat belakang rumah dia. rupa rupanya kami salah masuk jalan..maka alhamdulillah allah mudahkan perjalanan..sambil berlari saya menolak umi :)

kami orang last sampai di masjid. memang mengah jugalah bila sampai masjid tu. bila dah sampai, tunggu beberapa belas dekat puluh minit, kami pun makan..memang sedaaap lauk pauk dia. macam macam ada. menu utama mestilah nasi puteh. lepas tu ada sup sayur, ikan belanak goreng, ketam, udang, air teh, tembikai otak otak dan macam macam. smuanya sedap sedap belaka. maklumlah, berehlah ditepi pantai, mestilah kaya dengan seafood. kak balqis and the geng meratah ketam sampai penuh satu dulang. memang tak buleh nak handle.

penuh dulang..kemain lagi depa makan tak maumau!

tapi saya sedikit terkilan lah. setakat nak tengok orang makan tu buleh la. kalau saya sendiri nak makan, memang minta maaf. sedap memang sedap. tapi itulah. pak thobib kata saya tak buleh makan ketam. tak buleh makan udang. ape apelah yang namanya seafood selain ikan. hehe. sebab kang nanti ada yang sakit tak pasai, tak ke naya. tapi kadang kalau degil dah menguasai diri, bedal jugalah. sakit tu nombor dua. hehe.

kemudian, ada sedikit perkongsian daripada anak makcik opie+cg razak, iaitu bro hilal. perkongsian ni untuk remaja.. tapi makcik makcik and pakcik pakcik pun pakat dengar sekali..bercerita perihal keimanan, tanggungjawab remaja dan kesah dia di jordan. memang best jugalah. sambil dengar penyampaian, sambil tu jugalah duk sibuk siapkan video untuk LL4G malam esoknya..fuh..lepas tu, masa sesi soal jawab santai, banyak jugalah orang bertanya itu dan ini terutama perihal belajar di jordan..tapi main point yang nak disampaikan, belajar di jordan buatkan kita ada banyak masa kosong.wah wah! best betullah kalu camtu. :)

kongsi jangan tak kongsi.

lepas perkongsian tersebut, kami dihidangkan dengan otak otak. sedap..panas lagi..fresh pulak tu otak otaknye. terima kasih lah ye kepada pembakars otak otak yang saya tak pasti siapa. lain kali buleh bakar kan lagi.

kemudian kami pulang ke chalet masing masing. tapi kali ni naik gheta. tak larat dah nak tolak umi. jauuh.. sampai di bilik, terus siap siapkan diri nak berehat. tiba tiba teringat yang preparation untuk LL4G esok belum siap. alamak..terpaksalah kluar bilik dan pergi lepat di bilik atas bersama kak afiqah and the geng.

memang terima kasih yang amat pada kak afiqah, kak balqis, kak fazirah dan lain lain. saya kalau bab buat video ni memang fail. seriously saya tak pandai. tak pernah teringin pula nak buat video guna movie maker. tapi yang peliknya guna flash pandai pulak. pelik pelik. jadi pada malam itu, dengan terkial kial saya belajar guna movie maker from zero. thanx kak afiqah dan kak fazirah sudi ajar. dalam banyak banyak video tu, takda satu pun yang saya buat. hehe. smuanya depa yang buat. saya tolong beri idea, edit, dan beritahu video yang macam mana yang 'orang atas' nakkan. jadi macam mandor jugalah.hehe. kak balqis dan kak mardhiah pula sibuk tlg convert video, pilih mana video yang sesuai dan so onnn.. last last sekali, mata dah tak larat celik. pukul tiga pagi lebih, kami pun tidur..

kalau dah tidur pukul tiga pagi lebih, alamatnya memang qiam pun terbabas. umi ada kejutkan. tapi tak larat. umi je yang bangun. ighfir zunubi ya Allah..

selepas subuh, makcik opie dan makcik syadah pergi ke rumah makcik nab, nak tolong buat sarapan katanya. dan hasilnya memang sedap yang amat. meehun dia sedap tak terkata. sampai bertambah saya makan mee tu. nak kena menuntut juga ni sebab biasanya time saya goreng mee kat rumah rasa dia tak sesedap tu. hehe

tapi sebelum tu, masa tunggu sarapan siap, kami yang perempuan ini ada sedikit penyampaian. kira semacam perkongsianlah. smua orang berkumpul di bilik kami di tingkat bawah. alhamdulillah muat. tajuk yang disampaikan adalah perihal ukhuwah islamiya oleh makcik sal. best juga. dapat sambutan. perbincangan dua hala. ada yang duduk di katil ada yang duduk di sofa, ada yang duduk di bangku, dan saya sendiri, lebih senang duduk di lantai yang sejuk tu. almaklumlah, kalau duduk di katil, tidur lah jawabnya :)

semasa kami ada penyampaian, sayup sayup kedengaran suara budak budak kecil main bola. mungkin bermain dengan ayah ayah mereka kut. nampak macam best je. kadang tu teringin juga nak main bola, tapi bila fikir balik, tak ke macam bazer masa je ramai ramai duk rebut n kejar bola tak bernyawa tu?hmm.pelik..pelik..

selepas sarapan, kami pergi mandi pantai. sebelum pi parking kat tepi jalan tu, saya, umi and makcik sal pi ronda ronda rumah kamcik nab dulu. buleh tahan besar dia. atas bukit, betul betul tepi pantai. memang cantik view dia subhanallah..lepas parking gheta, dengan semangat membara nak pi mandi pantai dengan makcik makcik yang lain. tapi yang lawaknya bukan pi mandi, ruparupanya takat rendam kaki ja. disebabkan kawasan tu di teluk, jadinya takda ombak. nak mandi pun semacam tak syok ja. air pulak tak dalam mana. jadinya kami pun main rendam rendam kaki jelah. tapi masa on da way nak balik chalet, kelihatan pakcik pakcik, abang adik segala berendam sakan. syok la tempat depa dalam. tempat kami cetek..

selepas sakan 'mandi' kami pun balik bilik dan redi redi untuk makan tengah hari. lauk dia pun sedap juga. ikan sembilang masak asam pedas, sotong goreng kunyit, sayur bendi, syur kangkung dan belangkas. paling tak buleh handle, buat pertama kalinya saya tau yang belangkas ni rupenye binatang semacam ketam tapi kecik sikit. ingatkan belangkas hidup kat hutan, ruparupanya belangkas duk kat pantai.haha.sarah hamizah..sarah hamizah..dah sembilan belas tahun hidup baru nak tau ka? tapi nasib baik saya tahu sebelum umur dua puluh kan? kurang kurangnya still ada title remaja. takdelah malu sangat kirenye.

selepas makan makan, semua orang kemas kemas barang nak bertolak balik dah. yang sedihnya, kita takdak pun bergambar ramai ramai kan? kalau ada gambar kenang kenangan mesti lagi syok. nanti lagi 10 tahun ka, lagi 20 tahun ka, bila kita dah beranak pinak nanti, syok juga kalau buleh tunjuk kat anak anak.hehe.

kota Johor Lama

masa nak bertolak pulang tu, kami sempat singgah Kota Johor Lama. tempat pentadbiran Johor yang dulu. buleh la tengok tempat tempat bekas meriam, dan guide tu ada la singkap kembali sejarah lama. macam mana British nak serang johor dan lain lain. kedudukan Kota ni yang atas bukit buatkan Kota ni dapatla nak bertahan sat. takdalah terus kalah macam tu je kan..

bila habis kat situ, kami pun bertolak pulang. moga ukhuwah atas keimanan yang kita bina ini berkekalan hingga ke syurga :)

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

Comments

| Afeefah sza | said…
wah
wah
meriahnya

buat orang jeles je
saraH²amizah said…
weee..sapa suruh hang amek cotcem.kan dah tak dapat ikut..hehe
saraH²amizah said…
weee..sapa suruh hang amek cotcem.kan dah tak dapat ikut..hehe
+akufobia+ said…
ngaa.nak jelous.
Aura Besi said…
oh~~teringat jagung dalam beg examo.huhu~~ kami adik beradik darurat bersorak riang kepada pemenang2
saraH²amizah said…
jagung..ohh jagung..makcik sal lagi la kelakar dengan jagung2nya.haha

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.