namanya Zainal Puteh

ainin konin :)

assalamualaikum semua.moga moga petang kalian masih di dalam fitrah islam. alhamdulillah, amsaitu 'ala fithrotil islam aidhon..

jumaat lepas.

"yang kamu kata nak pi kota tu bila?"

"petang ni.awatnya?"

umi menyampuk."ayah nak balik kedah malam ni. kalau tak buleh la kamu tolong hanta kat sri puti cam bese"

"nga? malam ni? awat tetibe jek?"

"tok masuk hospital kali lagi"

"o.je ok je kalau nak hanta ayah. yang kat kota tu sahabat pun buleh pi"

"takpalah.ayah nanti pakcik hamid buleh tolong hantakan.kamu wakilkan ayah pi sana"

"o.owight"

semalam.

"ayah kata tok dah stabil balik. maybe balik malam ni kut"

"o.orite.je nak kena basuh keta la kalu camtu. bagi chantek sikit nak jemput ayah"

"ha.bagus"

malam semalam.

tet tet.. "ayah balik malam ni. bas pukul 9, Mayang Sari"

"orite.take care"

pagi tadi.

"je.bangun.kata nak pi jemput ayah"

"nga.awal lagi.ayah tak call pun lagi."

"takde takde.siap je nanti ayah call terus buleh pi amek."

"ye.ok.ok"

"afeefah...bangun.cepat goreng cempedak ni ha.nanti ayah sampai buleh terus sarapan"

"....."

"afeefah.."

"ye ye. bereh mi. jangan risau"

selepas itu.

wing wing..wing wing.. "ayah dah sampai ni. tapi kat larkin.bukan kat sri putri. driver ni takmo benti kat sri putri. kamu buleh amek tak?"

"no hal.buleh je.kitorang keluar skarang"

dalam kereta.

"je.kamu daftar bila?"

"4.7.hari ahad"

"dah setel ke semua surat surat tu?"

"blum sampai lagi.tapi kawan je dah sampai dah surat dia"

"dah cek kat mailbox blum?"

"keke.belum"

sampai rumah.

"niha suratnye.dah basah dah. kamu ni harapkan ayah juga yang cek"

"nga.tak perasan pun abang posmen tu datang bila"

dalam rumah.

sampai rumah. ayah get ready nak pi utm pulak. ada seminar katanya. kesian ayah penat. then makan cempedak goreng yang makcik khairiyah bagi semalam.sedap.

"mana offer letter tu meh nak tengok sikit"

saya pun beri offer letter tu

"huish.8ooo satu sem?"

"mane de.ayah bayarkan sibu je.balance tu gomen bayo"

"okeh.gi dulu.nanti pape hal ym jek"

"na.jap jap. nak amek gambo.jaaapp"

semangat nak bergambo ngan ayah ni.maklumlah.hari istimewa katakan. psoing sana. peace sini. peep pun semangat nak amek gambo ngan ayah.

"layankan jelah anak anak ni" kata ayah dalam hati. kut la.hehe

+++++

ayah.semangat buka my offer letter :)

orite.untuk post kali ni. saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kat ayah.24.06.57.so lani ayah dah genap 53 tahun. moga iman dan amal sentiasa bertambah seiring usia. moga ayah sehat selalu. bagi buleh buat kerja kerja islam ni dengan tenang. moga ayah tabah dengan segala ujian yang menimpa kita satu keluarga. moga Allah sayang ayah..kami semua sayang ayah.last sekali, je nak cakap, terima kasih untuk SEGALANYA. you are the best! and always gonna be the best!

ayah

alhamdulillah.syukur sangat sangat Allah beri saya peluang untuk dapat ayah macam ayah. yang bertanggungjawab.alhamdulillah.

tanggungjawab.

bila cakap fasal tanggungjawab.kat dunia ni, kita hanya perlu laksanakan tanggungjawab kita kepada yang berhak. betul tak. contoh kata, ayah. alhamdulillah ayah laksanakan tanggungjawab dia sebagai ayah,suami, anak, hamba and so onn.

tapi contoh kata, ayah tak laksanakan tanggungjawab dia dengan baik[minta jauh]. itu antara dosa ayah dengan Allah. dan juga dosa ayah dengan orang yang berhak tu.

tapi, saya nak ingatkan di sini. walaupun kalau rezeki kita dapat ayah yang kurang bertanggung jawab, jangan sesekali kita abaikan tanggungjawab kita sebagai ANAK kepada AYAH.tak lupa juga kepada IBU. sebab, kalau ayah kita ni jahat ka. nakal ka. dan kita sebagai anak memprotes tindakan ayah dengan tak sayang dekat ayah. cakap kasar kat ayah. tak ke nanti kita pun jadi sama macam ayah yang jahat dan nakal tu? betul tak?

ingat. dalam quran pun dah ada cakap. sentiasa dan wajib berbuat baik kepada ibu bapa. walaupun ibu bapa kita tu kafir! hatta kalau ayah kita bunuh kita pun, Islam tidak buat bunuh balas untuk tuntut bela kematian kita. akan dikenakan dendaan lain. so. nampak tak betapa tingginya darjat seorang ayah dalam islam, untuk anak anak tunaikan. ingat tu. kalau ayah dan ibu dah tak nak laksanakan tanggungjawab, takkan nak paksa [buleh je kalau paksa]. tapi kita sebagai anak, wajib laksanakan tanggungjawab kita as anak. ingat tu kawan kawan.

lastly, sayangilah ibu bapa kita walaupun mereka banyak kelemahan. percayalah, mereka sudah buat yang terbaik untuk keluarga dan anak anak. dan kalau Allah beri kita ibu bapa yang kurang bertanggungjawab, mungkin itu ujian keimanan dan kesabaran untuk kita.

'ala kulli hal, afwan.

salam sayang dari je untuk ayah.
dan untuk kalian juga :)

Comments

Anonymous said…
alhamdulillah, ayah anda mest tersenyum.
teruskan penulisan.yang menyentuh hubungan kekeluargaan .
saraH²amizah said…
moga ayah terus tersenyum.
insya Allah..terima kasih atas dorongan

moga Allah redha dengan kehidupan kamu anonymous :)

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.