mana mana pun ada!


JOMmariPERGIberamaiRamai!
*poster untuk KAHFI Zon Selatan :)

Cuti sekolah sudah bermula!

Pastikan anda / ahli-keluarga anda menyertainya!

PENGENALAN
Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) merupakan aktiviti tahunan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) yang disertai oleh ahli-ahli KeARAH.

Selari dengan tema yang digariskan - “KeARAH Menongkah Cabaran” perkembangan semasa yang semakin mencabar, membuatkan kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, jernih fikrah dan berkebolehan menyesuaikan diri untuk menyahut cabaran era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli KeARAH bagi merealisasikan motto KeARAH itu sendiri iaitu ”Kehadapan | Aktif | Responsif”. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini.

OBJEKTIF

1.Melahirkan ahli KeARAH yang memiliki ikatan ukhuwah yang kuat dengan memahami maksud sebenar ukhuwah Islamiyah itu sendiri.

2.Bagi melatih ketahanan diri serta kecergasan fizikal ahli KeARAH agar mampu berdikari dalam semua keadaan.

3.Bagi memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan jatidiri dan keyakinan diri ahli-ahli KeARAH.

4.Memperkenalkan gerak kerja beroganisasi kepada ahli-ahli KeARAH.


TEMA

“KeARAH Menongkah Cabaran”


ANJURAN
Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

PENYERTAAN
Terbuka kepada ahli-ahli Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) (13-17 tahun) putra dan putri sahaja termasuklah;
i. Anak-Anak Anggota HALUAN
ii. Pelajar-Pelajar Sekolah Angkat HALUAN
iii. Alumni / Lepasan Program KeARAH

KAHFI Zon Utara
(Isnin-Rabu) 14, 15 & 16 Jun 2010
@ Pusat Latihan Kokurikulum Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
RM 55.00 sahaja
Sila hubungi;

Pulau Pinang++En. Kamal++013 482 0141

Perak ++En. Zulkifli++019 574 6099

Kedah ++En. Zamri ++013 451 4345

Perlis ++En. Ghazali++012 426 2343


KAHFI Zon Timur
(Jumaat-Ahad) 4, 5 & 6 Jun 2010
@ Kem Sungai Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman
RM 50.00 sahaja
Sila hubungi;

Lelaki ++Sdr. Muadz ++013 296 6105

Perempuan ++ Sdri Mariah++013 392 6562


KAHFI Zon Tengah
(Selasa-Khamis) 8, 9 & 10 Jun 2010
@ Kem Rabutia, Gombak, Selangor Darul Ehsan
RM 50.00 sahaja
Sila hubungi;

KL/Selangor ++Sdr. Syed Hassan++013 335 6723


dan akhir sekali..mempersembahkan :)



bagi yang berada di Zon Selatan, ana tunggu antum!

KAHFI Zon Selatan
(Ahad-Selasa) 13, 14 & 15 Jun 2010
@ Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Johor Darul Takzim
RM 50.00 sahaja (Diskaun 20% jika bawa khemah sendiri)
Sila hubungi;

Lelaki ++Sdr. Adam Kadir++013 404 4787

Perempuan++Sdri Balqis ++013 672 4036


semoga Allah redha dengan usaha kecil kita ini dalam usaha untuk membina pemuda pewaris ummah. moga hati hati kita terproses di dalam program yang dianjurkan ini, insya Allah. ameen..

Comments

HafizuddinPirus said…
uhh teringin nak join.. tapi.. dah start SEM. mungkin Allah belum izinkan..

ape2 pun... Semoga program2 ini berjalan lancar dan menjadi medium tarbiyyah yang hebat.. ^_^ biar tidak hebat dimata manusia tapi biar hebat dihadapan Allah..
saraH²amizah said…
alhamdulillah..program berjalan lancar :)

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.