KAHFI~nerbes sikit


13.06.10 HAri Pertama KAHFI

akhirnya hari yang ditunggutunggu tiba. gembira ada. rasa bersemangat pun ada. tapi tipulah kan kalau tak nervous. mesti la ada sikit sikit. nak nak bila kebanyakan pesertanya saya kenal. ada yang saya jaga masa mereka kecik di Taska Ghufran. dan saya pasti ada di kalangan mereka yang lebih hebat daripada saya.dan ada sikit segan pada rakan sekerja.malu seh bila mereka tahu cara kita berkerja :)

tapi. walaumacam mana pun, kita kena sahut juga cabaran! kata Daie. kata Pewaris Nabi, takkan dengan perkara kecil macam ni pun nak segan dan takut? so apa lagi, balun jelah adik adik ni. buat muka toye je(muka sardin). sebab muka toye itu kepakaran saya yang diwarisi daripada ayah.hehe.

5.15 pagi

saya satu khemah dengan Kak Am dan Kak Arina. terdengar Kak Am bangun. Alhamdulillah. Allah masih beri nikmah kehidupan kepada kami. saya pun bangun jugalah. dan kami mempersiapkan diri untuk sujud menyembah Ilahi. kemudian kami membaca wirid yang menjadi kewajipan kita setiap pagi dan petang~alma'thurat secara berjemaah

pemandangan KAHFI

6.45 pagi

Alhamdulillah. selesai satu ibadah khusus. terus, Pengarah Program, Akhi Adam membuat sedikit perjumpaan untuk gerakkerja terakhir KAHFI sebelum program bermula. majlis diserahkan kepada Akhi Muhaimin untuk memberi taklimat serba sedikit berkenaan plan tapak perkhemahan. ohh. banyak perkara tak siap lagi rupanya. segala atap kanvas ni kena buka semula. dan pasang balik mengikut plan yang telah ditetapkan. ada juga tambahan khemah. kawasan dapur diperbaik dan diperluaskan lagi. serta khemah urusetia juga dipasang awal awal. bagi mudah sikit kerja nanti.

sepanjang persiapan akhir gerakkerja, memang hati rasa gelabah je. wee. alhamdulillah kak Am ada banyak bantu. tenangkan hati. yelah. dah lama tak pergi camping. orang yang berprogram bersama kita pula hebat hebat. dan saya rasa sangat tidak layak dan terasa sangat kerdil memegang jawatan ini. Alhamdulillah hikmah yang saya dapat, memang banyak. banyak ilmu yang saya belajar daripada abang dan kakak senior ni. terima kasih abang kakak. tak lupa juga adik adik sekalian :)

kami.duduk sebentar dan berbincang.

10.00 pagi

sambil sambil peserta mendaftarkan diri dan ambil angin bersama keluarga di kawasan perkhemahan, keesemua Fasilitator,PKemKom dan Kem Kom mengambil kesempatan waktu yang ada untuk duduk bersama sekejap, dan bincangkan flow program untuk hari pertama. sebab sekejap lagi pukul 11 dah nak mula aktiviti. macam macam kami bincang. pertamanya, mestilah berkaitan tentatif. lepas tu bincang modul lah. macam mana nak kendalikan modul, macam mana nak bersama adik adik dan peranan fasi itu sendiri. paling saya tak buleh lupa, kami ada juga berlatih membuat gaya untuk nasyeed tema.

berlatih gaya nak nasyid.

Akhi Ayub sangat bersemangat nak ajar kami beberapa gaya yang saya sendiri pun pening nak ingat. tapi hanya sekadar berlatih la. nasyid tema untuk KAHFI kali ni tak berapa nak dinyanyikan sangat. sebab nasyid tu kalau takda sound system yang best, dia jadi tak best. lagu tema kali ni ialah Ini Langkahku~ShouHar.

kelihatan peserta hadir bersama ibu bapa

11.00 pagi

kelih kelih kat jam, eh. dah pukul 11 lah. tapi peserta yang dah daftar macam tak ramai lagi.hmm. nak wat cane ek? takpalah. perbincangan pun dah habis. akhir sekali kami bersurai, dan ambil masa beramah mesra dengan adik adik peserta yang dah sampai ni ha.

dia kidal. daftar jangan tak daftar :)

12.00 tghari

Alhamdulillah. selepas lewat satu jam, Allah izinkan juga akhirnya kami memulakan program. bermula dengan taklimat Kem Kom berkenaan perkara asaslah berkenaan KAHFI. kenapa datang KAHFI, apa itu KAHFI, niatkan hati kerana Allah, objektif, lagu tema ayat hafalan Quran dan juga hadith. saya pun dah tak berapa nak ingat dah apa Kem Kom cakap lagi.


12.30 tghari

usai habis taklimat semua tu, peserta diarahkan untuk membina khemah. tak susah mana pun. 3 minit dah buleh siap pasangnya sebab tu khemah pasang siap! hehe. oleh sebab kumpulan tak dibahagikan lagi, jadi kami hanya membekalkan kepada peserta khemah dan tidak perlu untuk masukkan barang lagi. nanti bila semua peserta dah datang dan kumpulan dah dibahagikan, barulah masukkan barang ye adik adik..

yang lagi buat adik adik ni syok, makan tengahari tu disediakan. fuuhh. nilah camping pertama kali saya pergi yang mana pihak pengurusan sediakan makan banyak kali. tengaharilah. sarapanlah. tak aci betul. lain kali kalau saya, nak bagi adik adik ni masak sepenuhnya. biar kita latih dia susah sikit dan macam mana nak bahagikan makanan ni ikut keperluan. hehe.

lepas makan, ape lagi. solat lah. Alhamdulillah. kami solat berjemaah di khemah utama :)

semasa taklimat

1.45 tghari

taklimat by Abang Renjer. yang paling saya ingat dia kata
"Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!" hehe. semangat 1Malaysia betul Abang Renjer yang saya dah lupa nama dia. Hasan ka Husin. lebih kurang macam tulah nama dia.

"tempat ni selamat insya Allah. dahan dahan pokok tak jatuh kebawah. melainkan kalau ada angin ribut"

"jaga adab dalam hutan ye adik adik..jangan ikut daann je suluh suluh ke atas time malam malam. kalau nak guna torchlight kat tepi sungat time malam pun kena lebih hati hati. kut kut la ada ular"

dan bla blee blue..panjang sangat abang ni bercerita. dia siap keluarkan fakta fakta sejarah lagi. saya tak mampu nak ingat semua. hehe

antara fasilitator yang membantu

3.00 ptg

haa.. masa untuk bertaaruf pulak. saya yang kena jadi Pengerusi nya. saya panggil sorang sorang lah kan. perkenalkan diri masing masing dan amanah yang dipegang. ada yang introduce diri sendiri sikit je. dua tiga patah ayat. ada tu sampai segala galanya dia beritahu. macam macam

" assalamualaikum. nama ana Fatimah Kamaruddin, allah izin ana menjadi Ketua Fasilitator perempuan "

"nama saya Nurul Ain. jadi chef besar untuk KAHFI kali ni "

" Ayub nama ku. jadi fasilitator "

ada yang kata harapan mereka untuk adik adik peserta KAHFI, ada yang kata itu dan ini.

3.15 ptg

yeay! akhirnya. saat yang ditunggu tunggu sampai jugak akhirnya. nak main game! weeeeehu. teka kami main apa? main..main..main.. modul yang pertama~Jumlah Mata Wang. cara main dia gini. contoh kata, setiap orang akan dapat satu getah tempe yang kat situ diikat dengan harga. kalau anda dapat getah tempe yang ada harga 10sen, maka 10sen lah anda. dia ada macam macam harga. 10 sen - 50 sen. 10 sen untuk tingkatan satu, dan seterusnya. lepas tu kan, game pun bermula!

Kem Kom pun jeritla berapa harga yang dia nak. lepas tu, nanti semua orang kena form kumpulan based on harga tadi. pastikan cukup harganya satu kumpulan. kalau tak cukup..nanti fasi buh kat muka adik adik dengan arang. hehe

"ok. ana nakk..2 ringgit"

"aaaa..cepat cepat.."

"weh.mai masuk sini. kurang 50 sen lagi neh!"

kedengaran adik adik bising nak form satu kumpulan yang harganya 2ringgit. masa yang diberikan lebih kurang seminit dua. memang best.

kidal juga. best tak adik akak conteng.kehkehkeh

"ok. 1.70 sen pulak"

gedebak gedebuk adik adik cari kumpulan. yang baki tu, apa lagi. kena buh ngan arang. tapi jangan risau, walaupun saya tak main, tapi saya pun kena jugak. Yott yang bubuh. macam chumil je ada arang kat muka. hehe

last sekali, antara kami form kumpulan tetap juga melalui modul ini. kalau ada rasa tak seimbang tu, kami tukar lah sikit sikit.

tapi kan. bila main game ni, saya teringat masa di matrix dulu, saya ada juga main game ni. yang membezakannya, kami main di dewan besar, sambil kena lari lari. dan yang pastu, campur lelaki perempuan. bila moderator jerit nak berapa ringgit, memang semua orang kena lari cari kumpulan. ada masa masanya yang lelaki dengan sesuka hati je pegang atau tarik baju budak perempuan. time nilah mereka nak ambil kesempatan. chet betul. jadi untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa keadaan, saya saja matikan diri sendiri dan duduk ditepi. Alhamdulillah.

apa apa pun, credits tu Akhi Muhaimin, pemilik modul yang mencadangkan untuk buat modul ni. memang enjoy sungguh la :)

kumpulan Dedaun nama dia.unik

3.30 ptg

kumpulan dah ada. lani kita masuk modul yang kedua pulak~Amanahku Amanahmu. yang ni pun best juga. setiap kumpulan kena buat bendera dan diberi satu barang amanah berupa kertas A4. tak buleh basah tak buleh koyak. atas kertas tu di tulis KAHFI and so onn lah. dan yang paling mahal, ada tandatangan saya kat situ.ececeh..perasan lebih.

sahabat ada kata, sahibah yang kena tandatangan. sebab sahibah punya ada love love lah. pusing sana pusing sini. tapi maaf ye. saya tak termasuk golong tersebut. buat yang simple simple sudah. sarah hamizah dalam jawi. kan senang [senang ke?]

3.40 ptg

aktiviti diteruskan dengan Slot satu iaitu ucapan pembukaan bertajuk Remaja Masa Kini oleh Pakcik Zul. lama juga penyampaian Pakcik Zul. macam macam yang diperkatakan. dan Allah izin, saya tidak berkesempatan untuk mendengarnya kecuali masa 10 minit yang terakhir. ada perkara lain yang perlu diberehkan. tapi jangan risau, saya ada ambil note sikit daripada adik adik peserta. apa yang boleh dikongsikan dengan kalian ialah,

cabaran utama Remaja Masa Kini ada 4 ; menuntut ilmu, berakhlak mulia, menjaga pandanga, dan cabaran daripada musuh islam itu sendiri. dan cabaran daripada musuh Islam terbahagi dua iaitu 4F ; Fun, Fashion, Food, Female dan 4S ; Sport, Smoke, Sex dan satu lagi saya lupa. minta maaf ye. kalau nak tahu penerangan lanjut, silalah tanyakan kepada adik adik peserta ni. buleh uji sekali ingatan dan kefahaman mereka :)

LDK bersama peserta

4.45 ptg

penyampaian tammat dan peserta kena mulakan LDK bersama fasilitator. penting LDK ni nak tengok kefahaman peserta. Alhamdulillah. apa yang saya nampak, mereka semua dapat faham dan jelas mengenai isi penyampaian pakcik Zul. setiap kumpulan wajib untuk bentang ye. takda pengecualian :)

cooking for dinner.sedaapp

6.15 ptg

lepas habis semua semua tu, peserta pun dilepaskan. mereka diberi masa untuk rehat, mandi, masukkan barang dalam khemah dan apa apa la lagi yang berkaitan. pastikan 7.15 mlm dah kena berkumpul di khemah utama untuk solat jama' maghrib-isya' lantas membaca ma'thurat. untuk pengetahuan kalian, KAHFI kali ini sangat menitik beratkan bacaan ma'thurat. kerana ma'thurat ni adalah salah satu ikhtiar kita untuk mengelakkan daripada gangguan makhluk ghaib ni ha. almaklumlah kan, bercamping di hutan..

solat jama' maghrib-isya'


8.15 mlm

lepas dah selesai semua semua tu, saya tak ingat apa yang Kem Kom buat untuk peserta. tapi untuk saya sendiri, saya perlu menguruskan perlantikan Penghulu dan Penghuluwati dengan dibantu oleh Ketua Fasilitator lelaki, Akhi Saiful Islam. perlantikan kali ini dibuat atas sistem syura. ada sedikit taaruf ringkas, dan kena promote diri sendiri. bukan untuk riak. tetapi nak beritahu apa kekuatan dan kelebihan kita yang buleh dimanfaatkan oleh peserta KAHFI secara umumnya. kami buat di khemah urusetia, agak jauh sedikit daripada tempat peseta berkumpul. sebelum itu, Akhi Saiful juga ada mengingatkan apa tanggungjawab Penghulu/wati dan saya sendiri menerangkan serba sedikit flow arahan atau aduan kepada mereka. peserta>ketua>penghulu>fasi>Kem Kom. begitulah lebih kurang. Alhamdulillah. selesai. Penghulu nya adik Abbas dan juga adik Lin. tahniah ye adik adik sekalian. ingat, ni bukan lantikan main main. tanggungjawabnya bukan mudah.

kemudian, Kem Kom meminta semua peserta untuk bersedia dan berkumpul di khemah utama dengan memakai kasut sukan semua. kita akan ada Kembara Malam. weeeeeeehu. bestbestbest. setiap kumpulan dibekalkan dengan sebatang lilin dan tiga batang mancis. torchlight tak dibenarkan kecuali fasi. hehe.

kembara malam.nasib baik camera ada flash :)

9.oo mlm

kami berkumpul di dataran perdana depan pejabat renjer. selepas kiraan peserta dan taklimat, jom! terus masuk hutan. lama juga perjalanannya. sampai pukul 12.30 mlm. fuh. memang mengantuk. ada masa masa tu saya buleh tertidur sementara nak tunggu orang depan jalan. hmm. macam macam. kadang tu, terlompat lompat sebab lalu kat sarang semut api. maafkan kami semut. tak nampak malam malam camni. ada tu terpegang durilah. ada juga yang manfaatkan dengan tasmi' hafalan quran dan hadith. dan ada juga yang bertaaruf. sambil bertanya tanya apa progress dakwah di ipt. tapi itu fasilah. adik adik belum masuk U lagi. hehe. perjalanan pun agak mencabar. mungkin sebab malam kut. jadinya mind settingnya belain sikit.

12.30 mlm

alhamdulillah. kami selamat sampai. semua cukup. takda yang terlbih. takda yang terkurang. kemudian, peserta terus diberi kelepasan untuk berehat.

1.00 pagi

kesian si penghuluwati. masih lagi sediakan jadual khatibah. saya pun masih lagi tak tidur. tolong lah dia apa yang patut. letaklah beberapa nama fasi yang akan membantu semsa khatibah nanti..sambil sambil tu kak Nasuha suapkan makana. sedapnye. kat khemah dapur masa tu. memang feeling betul. kemudian kami pun masuk tidur.

tapi yang paling sedih, setiap jam ada je yang kejut saya tanya itu dan ini. memang Allah nak uji kesabaran betul. sat sat ada orang ketuk dari dinding khemah, main kejut dari luar je. seram pun ada. bila bangun pagi esoknya, memang agak lalok sikitlah. nak wat cemana. fenin kefala bangun tidur bangun tidur.

walau apa pun, saya rasa bersyukur sangat. walaupun untuk hari yang pertama ni, agak kalut pada permulaannya, sehinggakan saya rasa ada beberapa aktiviti yang tak sempat nak buat. tapi Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk laksanakan juga modul tu seperti yang dirancangkan. Allah timing kan kami cukup cukup je. memang perfect. Alhamdulillah.


tata.tidur dulu na :)

oklah.rasanya macam tak best je post kali ni. mungkin sebab dah ngantuk kut. kita sambung pulak dengan post berikutnya,hari kedua KAHFI~terbang.melayang :)

salam.

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.