KAHFI~kalut nak ToT


kami punya family day~ni masa tengah main bowling kelapa :)

masa hari khamis dan jumaat 10-11hb haritu, ada family day kan. penat pun ada juga sikit sikit. hari jumaat tu, kebetulan jalan jammed. perjalanan yang sepatutnya satu jam lebih jadi dekat tiga jam. mau tak penat. sampai di skudai kurang lebih pukul 5.45. tapi sempat lagi singgah di Kip Mart. pi perbetui henset umi dulu. lepas tu baru la nak balik rumah. sampai rumah dalam pukul 6 macam tu. terus kalut kalut nak pergi kedai hardware kat depan tu. nak beli barang utk KAHFI pulak. kalau lambat nanti kedai tutup. dah 6.30.

Dr Arba'ai Syawal yang berkongsi pengalaman

malam tu. ada program Perkongsian bersama Aktivis Mavi Marmara di Simpang Renggam. dan saya, kena pergi awal. alhamdulillah, bahan semuanya dah siap. ayah kata kena keluar awal sebab lani jalan jam. nak keluar betul betul lepas solat maghrib. memang agak kalut. tak siap siap lagi. tak makan lagi. tak ambil kak fazirah lagi. macam macam. tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar. ramai juga yang hadir. panggil satu kampung ha. majlis tammat around 11.30 macam tu. terus bertolak balik rumah. mungkin sebab ayah dah keletihan, ayah bawa slow slow je. sampai rumah lebih kurang pukul 12 lebih. penat. penat. penat.

dalam kepala fikir nak tidur ja. tapi bila tengok keadaan sekeliling. rasa tak jadi nak tidur. rumah macam tongkang pecah je ni. yelah. dah kena tinggal. nak nak baru balik family day. banyak baju tak basuh lagi. barang pun bersepah. baju untuk KAHFI esok pun tak kemas apa lagi. barang barang pun tak masukkan dalam unser lagi. haila. macam macam.

berfikir sekejap. kalau nak rehat jap. mesti tertidur punya. kalau dah tertidur. belum pasti larat nak bangun awal. last last. kemas jelah. kemas satu rumah. memekak jap dekat dapur. whoa. bestnya. dah berkilat :) lepas siap semua baru kemas barang barang KAHFI. tertidur sendiri. kurang lebih pukul 3.30 pagi.

macam dah kata tadi. mesti tak berjaya bangun awal. tengok tengok. alamak. dah pukul 6pagi. cemana ni? terus cepat cepat bangun. solat subuh. lepas tu siap siap kan diri. lepas tu. terus memekak pagi pagi. ke hulur ke hilir angkut barang. umi macam biasa, tolong tengok je :) ayah yang kalut tolong bawa keluar kanvas semua.

bila buka boot unser. Allah..awat sepah sangat ni. berpasir pulak tu. nak tak nak, terpaksalah kemas dulu. sapu and vacumm apa yang patut. memang ujian betul. masa tengah angkat angkat barang, tengok ayah naik kapcai ayah. gi beli sarapan kut. terus je kirim " Yah, je nak nasi ambeng. tak nak yang lain" . hehe. takpe. bukan selalu pun demand. tengah tengah sedap menjamu selera sambil tunggu kak mardhiah dan kak balqis and the geng sampai, orang di Simpang sudah call tanya kat mana. alamak. saya keluar rumah pun belum. baru pukul 7.30 masa tu. orang yang nak tumpang pun tak sampai lagi.

tapi memang janji kata nak gerak dari rumah pukul 7.30. memang minta maaf tak tepati janji. saya memang dah siap. tapi orang yang nak tumpang nye tak sampai sampai lagi. nak buat cemana kan. takkan nak tinggal kut. hehe

lepas tu terus cepat cepat call yang lain lain. tak da mood terus nak makan nasi ambeng kegemaran. hmm. tunggu punya tunggu,lebih kurang pukul 8.20, semua orang dah sampai. terus bertolak. gogogo.

bawak punya bawak. sampai pun kat tol skudai. bila dah sampai tol kan. tiba tiba terfikir sekejap. lahai..purse tertinggal lah. cemana ni? jadi pendatang haram pulak nanti. IC takdak. lesen pun takdak. baru ingat nak pecut. kalau ada ic and lesen, koman koman kalau kena tahan pun, ada la benda nak tunjuk. ni memang kosong. lepas tu tanya kak mardhiah dia buleh drive ke tak, dia kata dia tak buleh drive manual. pandai auto je. tanya pulak kak balqis, dia kata tak berani sebab tak pernah bawa lagi. harapkan ada lesen jelah. ades..memang masalah. nak tak nak memang saya la yang kena drive. tawakkal jelah. lepas tu, terus call umi. nasib baik umi tak kata apa. umi faham kut anak dia kalut pagi tadi. saya minta umi pass barang tu pada makcik opie. alhamdulillah setel :)

bila bawa unser dengan penuh keslowan, memang menguji kesabaran. bila tengok gheta lain potong potong, tak buleh jadi ni. sabar tadi tu tahan 2-3 minit je kut. lepas tu..hehe. tak kira. nak pecut juga. dalam hati doa doa la takda polis buat operasi ke ape ke. ..90..110..120..135..140..okeh okeh..cukup. orang kat belakang dah tahan nafas je tengok saya pecut. puas hati. perjalanan yang biasanya 45min-1jam jadi 35 minit je lebih kurang. pukul 9 saya dah sampai Ghufran. memang syok.. hehe.

unser kereta dakwah. memang sangat berjasa.

sampai di ghufran, kelihatan sahabat dah mula punggah barang. yang sahibbah duduk di kantin dan makan..isk isk.. bila unser dah sampai, buka boot.. dan sahibbah pun mulakan lah projek..saya tengok je. macam keletihan sikit. tu yang tak tolong tu. tapi ada tolong juga la. tolong tengok :)

masukkan selagi muat~kak mardhiah kata

memang rasenye selagi muat tu memang depa nak angkut semua barang. segala buluh semua nak bawa. sampai tak nampak side mirror. haila. dalam pukul 10 macam tu, kami bertolak konvoi ramai ramai dari Ghufran ke Bekok. mulanya ada 5 kereta. lepas tu tiba tiba terputus. tinggallah unser bersama kancil. dan avanza bersama 2 lagi kereta yang lain.

perjalanan yang memang membosankan dan sangat lah lambat. sat follow belakang lori. sat follow belakang bas. lalu jalan dalam. sebab tu susah sikit nak main potong memotong. tapi kan. masa tengah drive tu, tiba tiba teringat Dr Abdullah Sudin ada pernah kata. dia kata, memang rugi kalau perjalanan yang lama tu, kita tak niatkan untuk ibadah kepada Allah. memang membazir waktu, tenaga dan lain lain. dia kata, bila kita dah niat untuk ibadah, kalau kita bosan pun sepanjang perjalanan, kurang kurang dapat pahala. kalau sambil kita drive tu sambil kita berbual perkara bermanfaat, lagi la double pahalanya. tapi bila cakap fasal berbual, saya toleh kak mardhiah yang duduk di kanan saya. lepas tu, tengok pula orang belakang. sekali semua orang dah tidur la. cemana nak berbual? ngantuk pun ngantuk. memang ujian..

selamat sampai alhamdulillah

alhamdulillah. kami selamat sampai lebih kurang pukul 12 jugalah. masa tu dah ada orang lain yang sampai awal. sampai je, terus punggah barang, angkat barang dan letak kat kawasan lapang kat tempat kem. di sini saya nampak semangat kerjasama dan ukhuwah antara sahabat. semua orang tolong ankat barang, tolong pas pas barang. kalau buat ramai ramai, kuranglah sikit bebannye kan? ada yang angkat kancas, ada yang ankat stove, ada yang itu dan ada yang ini. lepas tu, kami mulakan sesi 'duduk dan beriman sebentar'

duduk, dan beriman sebentar :)

masa sesi ini, dipengerusikan oleh sapa saya dah tak ingat. tapi mind dan heart setting disampaikan oleh Akhi Izzat Ibrahim. dia kata, Allah pertemukan hati hati kita sekali lagi. bukan dalam perjumpaan yang biasa, tapi berjumpa dalam keadaan kita berkerja. dan hasilnya ke atas hati kita bila akhir program nanti, hati hati kita insya Allah akan lebih erat. lagi lagi bila perjumpaan ini bila diteraskan dengan keimanan, untuk mengejar Syuga Firdausi.

kemudian,pengarah program- Akhi Adam Kadir pula ada mengatakan bahawa Allah telah memilih hati hati kita untuk bersama pada kali ini, untuk kita sama sama membuat kerja kerja Islam. Semua daripada kita kena betulkan balik niat agar Allah redha dengan kerja kerja yang kita buat ini. sebab syaitan ni tak pernah berhenti untuk menghasut kita, agar niat kita lari daripada niat yang asal.

kemudian kami membincangkan serba sedikit gerak kerja yang belum selesai dan buat checklist tugas tugas dan peralatan yang belum ada dan buat pembahagian tugas.

Dott tolong saya kira barang.

selepas solat zohor, kami mula berkerja. yang sahabat, mula settup tempat. panjat sana sini untuk buat atap in case kalau hujan nanti, barang barang insya Allah tak basah. ada juga yang keluar beli barang dan yang pasti, beli makanan tengahari. yang sahibbah pula, settup dapur, pasang khemah, tulis nama KeARAH Johor di setiap barang.dan lain lain. dan oleh sebab urusetia bahagian peralatan sahibah takda, kak Am minta tolong saya untuk cek barang apa lagi yang takda. barang keperluan dapur, barang basah untuk masakan, barang perkhemahan dan so on..semuanya perlu di rekodkan. semuanya perlu dikira jumlahnya ada berapa. alhamdulillah, sahabat sahibbah sangat memberi kerjasama masa nak checklist barang barang. terima kasih semua :)

sahabat tengah settup tempat

sambil sambil tunggu lunch

bila makanan tengahari dah sampai, alhamdulillah masa tu kami dah siap settup tempat. makanan dihidang dalam talam. rindu rasa nak makan dalam talam. dah lama tak makan guna talam. yang lagi syok, main suap suap. ahh..memang best. saya suap yott. yott suap saya. saya suap dott. dott suap kak nasuha pulak! hehe. memang penuh mahabbah dan feeling. moga Allah redha denga ukhuwah kita sahibbah ku :)

bila dah petang sikit, hujan rahmat turun.. mata masa tu dah tak buleh nak celik dah. memang mengantuk yang amat. tanya dott lani dah pukul berapa. dott dengan penuh kefahaman kata " kak sarah, belum asar lagi ni. baik kak sarah tidur. nanti dah asar tak elok pulak" hehe. terima kasih la bagi akak tidur na. bila tengok ada satu khemah yang sahibbah pasang tadi tu kosong, saya ajak aqilah. rupa rupanya khemah baru. kami yang rasmikan.. tak pasti bila tertidur. tapi tup tup bila buka mata je, eh. la..still hujan. kelih kat henset tengok dah dekat pukul 5.30. chet. kanak kanak ni tak kejutkan saya rupa rupanya. tak pasal dah tidur lepas asar. bila tanya depa awat tak kejut, dia kata "takpa, kami kesian tengok kak sarah fenat. lagi pun rezeki namanya tu.." macam macam..

geng pengambus sampah sarap.sambil hujan mereka berkerja penuh dedikasi :)

tiba tiba dengar bunyi bising bising. tengok rupa rupanya Dott and the geng tengah cangkul tanah. katanya nak kambus sampah yang busuk lagi berulat tu. saya yang tengah mamai tu tengok jelah. belum ada energi nak tolong. hehe. lepas satu, satu lagi sampah yang dibuang dalam lubang buatan sendiri. lepas dah siap tu, saya tolong depa buat 'longkang'. senang nanti takdelah banjir kawasan kem nanti. sistem perparitan itu perlu ye kawan kawan.. :)

lain lain sahibbah yang kelihatan seperti kekurangan kerja, kami ajak buat hafalan dan borak borak tarbawi. kena pastikan ni semua orang sebelum esok dah hafal hadith dan ayat quran yang diamanahkan. seperti biasa, sebelum hafal, kena la baca dan perbetulkan dulu hukum hakamnya. Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk memperbetulkan beberapa kesalahan pada bacaan sahibbah saya. kalau bukan masa ni nak betulkan, bila lagi kan? sambil sambil betulkan buleh eratkan hubungan. ye tak?

kemudian masa maghrib, kami buat solat jama' taqdim. lepas solah tu kami ada baca ma'thurat, tilawah quran dan sesi taaruf sikit sikit. almaklumlah. dah lama tak berjumpa, apelah salahnya kalau kita refresh balik personal info sahibah sahibah kita. macam ; lani belajar kat mana, umur dah berapa. alhamdulillah. lepas selesai taaruf, kami mulakan balik meeting gerak kerja.

tapi sebelum meeting tu, kami ada buat sedikit solat hajat. pertamanya supaya Allah jaga keikhlasan hati hati kami dalam berkerja untuk Islam, keduanya untuk memohon agar KAHFI kali ini Allah bantu dalam perlaksanaannya, keselamatannya, tercapai objektif serta dapat menyentuh hati hati peserta insya Allah

mulanya, pengarah program ingin menunggu taiko besar kami iaitu Abang Anas~Pengerusi Kelab Fasi KeARAH dan sahabatnya, Akhi Muhaimin. mereka ke Kuala Lumpur membeli khemah katanya. tapi memandangkan malam semakin lewat, dan banyak perkara yang belum diselesaikan, kami putuskan untuk teruskan meeting gerak kerja tanpa menunggu mereka. sekurang kurangnya bila mereka sampai nanti, sudah ada persoalan persoalan yang mereka kena jawab. takda lah kami menunggu kosong ja.

sambil sambil bincang, sambil sambil itu saya diperingatkan agar beri checklist barang dan beritahu apa yang perlu untuk dibeli. baik bos. jangan risau. semuanya setel.

dan Alhamdulillah, lebih kurang pukul 12 malam, mereka sampai bersama barang barangnya. yang pasti, khemah pun ada. baru lagi tu. perbincangan pun dah nak habis. terus siap siap pasang khemah. kena cepat. nanti pukul 1 generator tu akan automatically terpadam. dah gelap nanti susah nak pasang khemah. bila siap je pasang khemah, generator pun terpadam. gelap terus kawasan perkhemahan. memang gelap yang amat. kami pun tanpa membuang masa, berkerjasama dan bersatu hati untuk tidur! yeah.

orite.tammat kesah ToT. insya Allah kita jumpa lagi untuk KAHFI~nebes sikit(day one) :)

*walaupun macam dah basi je cerita KAHFI, tapi saya nak cerita jugak.weehu

Comments

+akufobia+ said…
wahhwahhwahh.semangat.
saraH²amizah said…
semangat itu mesti.

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.