KAHFI~cukup tiga kali.

dott.sara.timah. :)

selepas berjaya memaksa diri yang kehilangan momentum dan mood, saya kembali di sini. yeah. di Rindu Firdausi. rindulah kan nak pergi Syurga. nak jumpa nabi Muhammad. nak lihat wajah Allah. tapi sudah cukupkah Rahmat Allah untuk saya jejakkan kaki saya di SyurgaNya? hmm..

pada 12.06.10 yang lepas, cukuplah tiga kali saya menjejakkan kami di Sungai Bantang, Bekok Segamat. bila cukup tiga kali maksudnya buleh la nak dikata banyak kali kan kan?

pertama kali saya pergi masa kem Aulad HALUAN. masa tu umur berapa pun tak ingat. tapi masa tu kecik kecik lagi. tudung pun tak pakai lagi masa tu. masa tu, Pakcik Ismail Salian yang jadi Kem Komnya. Pakcik Ismail memang sangat sangat berpengalaman untuk program program macam ni. memang best sangat sangat. tapi masa tu, saya pergi ke Kem tu sebagai penyibuk je. bukan sebagai peserta. masa tu yang jadi peserta abang, bandin, kakak and kakcik. saya duduk duduk kat tepi je bila Pakcik Ismail bagi arahan itu ini. kalau aktiviti macam syok, saya join. kalau rasa macam tak best, tak mau la join kan. kecik lagi masa tu. dimaafkan lagi kut. hehe. kecik kecik dah pandai ikut kepala sendiri. sampai besar macam itulah. masih dengan ikut kepala sendiri. selagi tak salah, tak kire la.

kali kedua saya pergi masa saya tingkatan 4 kalau tak silap. masa tu, saya bukan lagi Aulad HALUAN. tapi dah jadi KeARAH~Kelab Remaja HALUAN. betul ke dah remaja? betullah kut. tapi perangai masih lagi macam kanak kanak ribena. sebab macam best kan jadi kanak kanak ribena? masa tu KKM [Kem Kembara Muda] tu, bukan Pakcik Ismail dah yang jadi Kem Kom. Pakcik Ismail dah ada pewaris kerja kerja dia. masa tu, Bro Hilal Asyraf yang jadi Kem Kom nya. sebab dia dah lepas remaja. dah masuk Siswa dah masa tu. masa tu memang best jugak. tapi yang tak bestnya tak buleh dah nak ikut kepala sendiri. yelah. dah besar sikit kan. pulak tu jadi peserta. dah tak buleh la nak nakal nakal sangat. tapi nakal nakal sikit tu ada la. yang bestnya, ada makcik makcik yang teman kami sepanjang kem. jadi pemantau lah kononnya. umi pun ada. yang paling saya ingat, makcik Supini tolong buat kan cekodok. satu gorengan habis. satu gorengan habis. hehe. tapi tak syok juga kalau makcik makcik ni banyak tolong. jadi tak adventure pulak rasanya. aktiviti masa tu saya dah tak ingat lah. tapi yang pasti aktiviti dia best lah. tapi takleh tanding dengan aktiviti untuk yang ketiga kali saya pi Bekok.

kali ketiga saya pergi ke Bekok masa 12 haribulan hari tu. dan saya harap ini bukan kali terakhir saya pergi sana. pemergian saya ke Bekok pada kali ini Allah izin bukan lagi sebagai peserta. tetapi diberi tanggungjawab sebagai antara insan yang perlu menjayakan kem pada kali ini. kem untuk remaja juga. tetapi diberi nama baru, KAHFI [ Kem Asah Fakulti Insan ]. itulah dia sunnah alam. ada masa masanya kita perlu menjadi pewaris untuk membuat kerja kerja Islam ni. sampai bila nak mengharapkan Pakcik dan Makcik ni? betul tak? kita sebagai pemuda yang patut dan mesti menggantikan tempat mereka. yeah!

insya Allah, nanti kalau sempat saya post kan secara detail apa yang berlaku sepanjang KAHFI na. termasuk isi isi penting setiap pengisian yang diberikan.

salam perjuangan kepada semua.

*sepertinya rasa macam tengah jatuh tergolekgolek. sedang mencari kekuatan untuk bangkit.
*saya yang sangat memerlukan doa daripada kalian.

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.