KAHFI Selatan Sukses!

Pemantapan Sahsiah Remaja melalui Kem Survivor oleh Kelab HALUANSISWA dalam KAHFI 2010 Zon Selatan

disediakan oleh : Arina Mohd Daim~Setiausaha KAHFI'10~HALUANSiswa Johor

22 Jun, Segamat – Kelab Fasilitator KeARAH zon Selatan telah berjaya menjalankan Kem Asah Fakulti Insan atau kini lebih dikenali sebagai KAHFI pada 13 hingga 15 Jun 2010 bertempat di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat, Johor Darul Takzim. Kem ini dahulu lebih dikenali dengan nama Kem Minda Kreatif atau Kem Kembara Muda telah sudah lebih sembilan kali dianjurkan pada setiap tahun. Bermula pada tahun 2010, gerak kerja KAHFI telah diselaraskan di peringkat nasional dan pada tahun ini, KAHFI Zon Selatan telah memasuki siri ke-11.


pemuda KAHFI

Peserta KAHFI terdiri daripada remaja berumur antara 13- 18 tahun dari kategori anak-anak Ahli HALUAN, pelajar-pelajar IPS HALUAN, dan pelajar-pelajar cadangan Ahli HALUAN. Alhamdulillah, jumlah peserta yang berjaya meyertai KAHFI seramai 44 orang peserta putera dan 38 orang peserta puteri menjadikan jumlah keseluruhan peserta sebanyak 82 orang. Kem dengan tema tetapnya „KeArah Menongkah Cabaran“ kali ini bercorak survivor telah mengasah dan melengkapkan pelbagai kemahiran kepada para peserta untuk hidup berdikari. Antara pelaksanaan kemahiran yang telah diterapkan ialah para peserta dikehendaki untuk memasak makanan sendiri sepanjang kem dengan dibekalkan bahan-bahan mentah yang dibawa. Tambahan pula, kem ini juga merupakan kesinambungan daripada Kem Minda Kreatif (KMK) ke-10 yang telah dijalankan sebelum ini yang lebih bercorak kepimpinan. Sesungguhnya murabbi atau pemimpin yang cemerlang ialah peribadi yang tangguh, tahan lasak dan mampu untuk hidup mandiri dan bukanlah sebaliknya. KAHFI justeru melengkapkan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap peserta agar suatu hari nanti mereka mampu menjadi seorang da’ie yang produktif dan berketrampilan, Insya-Allah. Selain penekanan yang serius terhadap mu’tabaah ibadah, kem kali ini adalah yang pertama menjalankan disiplin hafalan al-Quran (Surah As-Saff, 61: 1-5) dan Hadith berkenaan tentang Islam yang kembali dagang. Sekalipun perjalanan program agak padat namun hampir semua tenaga penggerak dan peserta menghafal dan mentadabburinya.


pemudi KAHFI

Perjalanan KAHFI Zon Selatan kali ini dipimpin oleh Akhi Hilmi bin Abdul Razak selaku kem komandan dibantu oleh Ukhti Sarah Hamizah binti Zainal Abidin dibawah pantauan pegarah KAHFI 2010, Akhi Adam bin Mohd Kadir. KAHFI di Johor kali ini menyaksikan perubahan drastik yang positif iaitu pertambahan bilangan tenaga penggerak yang terdiri daripada Ahli-ahli HALUANSISWA serta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang menetap di Johor. Sikap yang positif seiring dengan fiqrah yang dimiliki oleh 39 siswa dan 27 siswi yang terdiri daripada urusetia dan fasilitator telah menjayakan kem ini sekalipun dalam keadaan kem yang amat mencabar fizikal dan mental. Kehadiran setiap tenaga penggerak di kem kali ini sangatlah dihargai memandangkan banyak tenaga yang diperlukan untuk membina suasana yang kondusif dalam melancarkan perjalanan program.


sebahagian komiti KAHFI

Antara pengisian yang diselaraskan bertajuk “Cabaran Remaja Masa Kini” yang telah disampaikan dengan berkesan oleh Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Mohammad dimana ia telah membuka mata para peserta tentang Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran) yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam kepada para remaja Muslim hari ini. Para da’i mesti mengetahui kondisi dan situasi dunia Islam dahulu dan sekarang, mengenal musuh-musuh Islam dan mengetahui cara dan tindak-tanduknya. Selain itu, selaras dengan visi KeArah iaitu „Aktif, Responsif dan Kehadapan“, para peserta membentangkan masukan-masukan mereka tentang pengisian dalam sesi LDK Remaja Responsif.


sebahagian komiti KAHFI

Hari seterusnya para peserta mendapat pengisian ruhi bertajuk “Tarbiyyah Kendiri” yang disampaikan istimewa oleh Akhi Hilal Asyraf bin Abdul Razak yang juga merupakan perintis awal Kelab Remaja Haluan Johor. Tambahan lagi, slot terakhir istimewa untuk bakal-bakal murabbi KAHFI kali ini ialah “Kahfi Race” yang dari sisi lain dalam memperbaiki diri yang dituntut dari para da’i ialah menjaga kesihatan jasmaninya agar mampu memikul beban dan tugas da’wah dan jihad dalam rangka mewujudkan cita-cita besar yang diharapkan.

KAHFI kali ini juga telah menerapkan 10 Muwassafat Tarbiyyah dalam setiap modulnya kerana sesungguhnya kita menginginkan seorang Muslim yang berjihad untuk dirinya, yang berguna kepada manusia, yang menjaga waktunya, yang disiplin dalam segala urusannya, dan yang mampu bekerja untuk memenuhi keperluan hidupnya. Semua itu merupakan aspek penting yang patut dimiliki oleh setiap peribadi Muslim, agar dapat memainkan peranannya dengan benar. Pendukung da’wah harus lah berebut kesempatan dalam berbuat baik kepada manusia dan cepat-cepat menuju kepadanya.

Allah berfirman:

“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya”. (Al-Mukminun: 61)

Semoga KAHFI 2010 dan semua program-program ketaatan yang telah dan bakal dianjurkan lagi mampu memantapkan sahsiah diri kita sebagai da’i umat ini. Jazakallahu khair kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KAHFI di Johor kali ini. Hakikatnya, Allahu ya Jizkal Khair atas segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.