dia mai dah..


kesibukan yang melanda diri sejak akhir akhir ini, membuatkan saya hampir hampir ralat dengan kehadiran bulan yang penuh kemuliaan dan kisah~bulan REJAB. jadi sahabat sahabat sekalian, Rejab sudah datang, itu bermakna Ramadhan semakin mendekat. jom. kita buat persiapan bermula dari sekarang! kita persiapkan diri dengan amal islami, agar setiap saat kehidupan kita di dalam bulan Rejab ini mendapat redha Ilahi.

pastikan, kehadiran Rejab, Syaaban dan Ramadhan pada tahun ini bukanlah sebagai suatu yang sia sia, tetapi sebagai platform untuk kita memperbaiki dan mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. insya Allah.

*****

baru baru ini ada rehlah family day haluan johor di kota tinggi. kemudian ada pula KAHFI. kemudian ada pula beberapa program LL4G. insya Allah ada kesempatan waktu, saya kongsikan ceritanya di sini. insya Allah.

moga Allah redha dengan setiap hembusan nafas kita.

Comments

Popular posts from this blog

i'm back

2014: Beli Kereta, Kahwin, Property Pertama dan...??

Give me a reason.